Sabtu, 15 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


TNI nafi Malaysia ceroboh wilayah

Posted:

TNI nafi Malaysia ceroboh wilayah

TNI nafi Malaysia ceroboh wilayah


Salah satu tanda sempadan yang merupakan sebatang kayu antara Kampung Telok Melano (kiri) dan Desa Temajuk di sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang didapati sama sekali tidak diusik ketika tinjauan dilakukan semalam.


JAKARTA 14 Okt. – Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Agus Suhartono (gambar) hari ini menegaskan di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bahawa tiada wilayah negara itu di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat diambil oleh Malaysia seperti yang didakwa baru-baru ini.

Menurutnya, perbatasan Kalimantan Barat dikawal oleh anggota TNI seperti mana perjanjian yang dicapai antara Indonesia dengan Malaysia dan kesemua pos penjagaan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan.

Beliau memberitahu, anggota TNI sering mengadakan rondaan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di wilayah perbatasan itu.

"Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya," katanya pada sesi perjumpaan dengar pendapat dengan Suruhanjaya I, DPR di sini.

Isu sempadan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram.

Suhartono berkata, sebelum ini Panglima Daerah Tentera XII Tanjungpura, Mejar Jeneral, Geerhan Lantara telah melakukan tinjauan ke kawasan yang didakwa berlaku pencerobohan dan hasilnya didapati perkara itu tidak berlaku.

Pemimpin TNI itu seterusnya menempelak laporan media tempatan berhubung isu sempadan wilayah itu yang dikatakan memberi kesan psikologi kepada anggota TNI.

Menurut beliau, laporan media cetak dan elektronik tempatan seperti menafikan peranan dan tanggungjawab pasukan keselamatan yang mengawal wilayah perbatasan itu.

"Laporan media (tempatan) seolah-olah mengecilkan tugas dan menidakkan peranan perajurit TNI di kedua-dua kawasan itu. Perajurit tentunya dapat merasakan mereka seperti tidak menjalankan tugas dengan baik berdasarkan laporan media," jelas Suhartono. – Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

4 juta penguat kuasa digerak

Posted:

4 juta penguat kuasa digerak

4 juta penguat kuasa digerak

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 14 Okt. – Lebih empat juta anggota penguat kuasa akan digerakkan secara bersepadu di seluruh negara apabila operasi besar-besaran dilaksanakan terhadap majikan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingkar terhadap Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Operasi membabitkan lokasi di darat, laut, dan sempadan darat itu bakal diketuai Jabatan Imigresen dan disokong hampir tiga juta anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), 125,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 110,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat agensi penguat kuasa pelaksanaan program 6P anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

"Mesyuarat turut membincangkan pendekatan serta kaedah penguatkuasaan yang akan digunakan ketika arahan operasi dikeluarkan sebaik sahaja tarikhnya diputuskan oleh kerajaan.

"Ia selaras dengan pelaksanaan fasa kedua Program 6P iaitu Proses Pemutihan yang bermula sejak Isnin lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mesyuarat turut dihadiri wakil Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Majlis Keselamatan Negara (MKN); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia); Unit Pencegah Penyeludupan (UPP); Jabatan Tenaga Kerja (JTK); Jabatan Depot; ATM; PDRM; Jabatan Imigresen dan Rela.

Selain kementerian-kementerian berkenaan, agensi lain yang turut akan bertindak sebagai sokongan pada program tersebut adalah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM); Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM); pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Bagi lokasi darat, operasinya akan membabitkan PDRM, Rela, ATM, JTK, Jabatan Depot, PBT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, JPAM, AADK dan JKKK.

Operasi di laut pula diletakkan di bawah tanggungjawab JKDM, TLDM, Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan sementara di sempadan darat pula akan membabitkan MKN, PDRM, Jabatan Imigresen, UPP, JKDM, JTK, Rela, Jabatan Depot serta Polis Sempadan di bawah KDN.

"Bagaimanapun, operasi penguatkuasaan ini hanya akan dilaksanakan oleh agensi yang mempunyai kuasa di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, ATIP (Pindaan) 2010 manakala agensi yang tidak tertakluk di bawah akta tersebut hanya boleh menjalankan operasi penguatkuasaan dengan disertai anggota Jabatan Imigresen sebagai peneraju," katanya.

Sebagai agensi peneraju, Jabatan Imigresen bertanggungjawab merancang dan menyediakan pelan strategik operasi penguatkuasaan, menyelaras tindakan di peringkat negeri dan melaporkan statistik harian penguatkuasaan kepada Jawatankuasa Pelaksana Program 6P di KDN.

Berdasarkan prosedur operasi kerja yang dicadangkan KDN, majikan serta PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P akan diberi satu tempoh khusus bagi tampil menyerah diri di mana-mana pejabat Jabatan Imigresen seluruh negara.

"Tindakan menyerah diri ini akan mengecualikan mereka daripada hukuman undang-undang, tetapi pada masa yang sama majikan dan PATI terikat dengan peraturan untuk menghantar pulang PATI ke negara asal mereka dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan," tegas beliau.

Menurutnya, kerajaan akan mengumumkan tarikh akhir bagi proses menyerah diri dan selepas tamat tempoh tersebut, operasi besar-besaran akan dilaksanakan bagi menahan majikan serta PATI yang ingkar terhadap pelaksanaan Program 6P iaitu mendaftar bagi tujuan rekod biometrik atau menyerah diri selepas gagal melaksanakan pendaftaran.

Full content generated by Get Full RSS.

Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14

Posted:

Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14

Sultan Kedah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (tiga, kanan) bergambar bersama (dari kiri) Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-226 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR, 14 Okt. — Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara di sini hari ini.

Pemilihan itu berkuatkuasa 13 Disember depan untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.

Sultan Abdul Halim, 83, yang kini Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Sementara itu, Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved