Sabtu, 15 Oktober 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Remaja rela berhenti sekolah

Posted:

Remaja rela berhenti sekolah

Remaja rela berhenti sekolah

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


LATT Shariman Abdullah (kiri) melawat keluarga Ahmad Nazri Abu Bakar (empat dari kiri) bersama Fatimah Abdullah (tiga dari kanan) serta Nor Hidayu dan Nor Erdiyana di Kampung Peremba, Alor Setar, kelmarin.


ALOR SETAR 14 Okt. - Dalam usia 14 tahun, Ahmad Nazri Abu Bakar terpaksa melupakan alam persekolahan untuk membantu nenek dan dua adiknya yang masih kecil meneruskan kehidupan walaupun terpaksa memperjudikan masa depan sendiri.

Remaja dari Kampung Peremba di sini terpaksa melupakan hasrat untuk bersekolah seperti remaja lain kerana kesempitan hidup.

Menurut Ahmad Nazri, sejak di sekolah rendah lagi dia sudah mula membantu neneknya, Fatimah Abdullah, 59, dengan bekerja sambilan menyusun bata di sebuah kawasan pembinaan.

"Saya kasihan tengok tok (nenek) kerja seorang sebab masa itu mak sakit. Ayah pula dah meninggal dunia beberapa tahun lepas.

"Bila habis darjah enam saya nekad tidak mahu sambung belajar, nak tolong tok cari duit sebab hidup kami susah," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurut Ahmad Nazri, pesanan ibunya supaya jangan nakal dan menjaga adik-adik sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 11 September lalu membuatkannya tekad membantu neneknya menyara keluarga dengan melakukan pelbagai kerja.

"Saya pernah kerja basuh ayam di Pasar Besar Alor Setar dan terpaksa berhenti kerana tidak cukup umur. Sekarang saya ikut tok kerja dengan katering dan dibayar gaji antara RM10 hingga RM15 sehari.

"Saya terpaksa bantu tok kerana dia bukan menyara kami adik-beradik sahaja tetapi juga pak cik kami yang sakit kencing manis," katanya.

Menurutnya, pesan arwah ibu, Nor Aishah Daud sentiasa diingati menjadikan dia nekad berhenti sekolah walaupun tidak dipersetujui oleh neneknya.

"Arwah ibu pun tentu tidak suka tetapi saya terpaksa lakukan perkara ini, jika tidak siapa yang akan bantu kami. Biarlah saya bekerja dan adik-adik sahaja bersekolah," katanya.

Tambah remaja itu lagi, dengan sedikit upah sekurang-kurangnya dia dapat membantu adiknya, Nor Hidayu, 13, dan Nor Erdiyana, 8, membeli kelengkapan sekolah.

Dalam pada itu, kesempitan hidup keluarga Ahmad Nazri mendapat perhatian daripada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah dan Pejabat Zakat Daerah Kota Setar yang melawat keluarga itu semalam.

Latt berkata, pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memasukkan semula Ahmad Nazri ke sekolah.

Beliau berkata, selain itu bantuan membaiki rumah yang didiami oleh Ahmad Nazri juga akan diteliti bagi memberi keselesaan tempat tinggal kepada mereka.

"Sepatutnya Ahmad Nazri bersekolah, namun dia terpaksa berhenti semata-mata untuk mencari pendapatan untuk keluarganya dan perbincangan dengan PPD akan dilakukan untuk membantu Ahmad Nazri bersekolah semula," katanya.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Logman Husien pula berkata, pihaknya akan memberi bantuan bulanan sebanyak RM400 bermula bulan depan kepada keluarga Ahmad Nazri.

Beliau berkata, bantuan keperluan dapur turut diserahkan sewaktu lawatan diadakan dan berharap agar sumbangan yang disampaikan itu meringankan beban mereka sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Fatimah 012-5231692 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 0210041000067475 (Nor Hidayu Abu Bakar).

Full content generated by Get Full RSS.

Nur Jannati baca 300 novel muncul Tokoh Nilam Perak

Posted:

Nur Jannati baca 300 novel muncul Tokoh Nilam Perak

Nur Jannati baca 300 novel muncul Tokoh Nilam Perak


Nur Jannati Syakirin Ramli bersama piala setelah diumumkan Tokoh Nilam Negeri Perak di Ipoh, kelmarin.


IPOH 14 Okt. - Minat mendalam terhadap karya-karya agung hasil nukilan para sasterawan negara membawa tuah kepada Nur Jannati Syakirin Ramli sehingga dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak kategori sekolah rendah.

Ketika rakan-rakan seusianya lebih gemar membaca buku bacaan ringan, Nur Jannati Syakirin Ramli, 11, pula mengakui 'jatuh cinta' dengan novel-novel berat karya penulis tersohor dari dalam dan luar negara.

Percaya atau tidak, anak seorang penternak lembu di Felda Trolak Selatan itu sudah membaca lebih 300 novel tempatan termasuk yang berbahasa Inggeris.

Tidak hairanlah, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan itu turut dipilih memenangi Anugerah Nilam bagi kategori sekolah luar bandar sekali gus melayakkannya membawa pulang trofi, wang tunai bernilai RM900 dan sijil penyertaan.

"Saya amat meminati karya- karya besar seperti Detik-Detik Diri di Daerah Daif yang ditulis oleh Shahnon Ahmad dan Debu Hiroshima karya Othman Puteh.

"Meskipun ia mungkin agak 'berat' untuk dibaca, saya dapat menimba ilmu pengetahuan daripadanya dengan menyingkap pengalaman yang dicoretkan penulis," katanya selepas Majlis Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang dan Anugerah Nilam 2011 Peringkat Negeri Perak, di sini semalam.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri, Abd. Majid Yusof yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri.

Sementara itu, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Taman Tasik, Taiping, Anand Phraseart Ma Noon, 16, pula muncul sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak bagi kategori sekolah menengah.

Anak kepada pasangan berketurunan Siam, Sormon Nai Liew dan Ma Noon Ta Oo itu juga meminati karya penulisan sasterawan negara seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad dan Hujan Pagi hasil nukilan A. Samad Said.

"Bagi saya, elemen sastera sangat berkait dengan kehidupan dan ia mampu menterjemahkan ideologi yang didukung oleh seseorang penulis.

"Novel sebegini dapat mengajar kita bagaimana menjalani liku-liku kehidupan dan seterusnya berjaya mengharungi kesulitan dalam hidup," katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu, dia sering mengambil peluang membaca pada waktu lapang di sekolah meskipun sibuk mengikuti pelajaran dalam aliran sains tulen.

Full content generated by Get Full RSS.

Lokasi pelancongan dinaik taraf

Posted:

Lokasi pelancongan dinaik taraf

Lokasi pelancongan dinaik taraf


Hamidah Osman bersama Zahir Khalid mendukung anak singa Afrika ketika melawat Zoo Taiping, kelmarin.


TAIPING 14 Okt. - Kerajaan negeri sedang giat menjalankan kerja-kerja menaik taraf beberapa destinasi pelancongan bagi menyediakan kemudahan terbaik kepada pelancong dalam dan luar negara menjelang kempen Tahun Melawat Perak tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, usaha penambahbaikan destinasi pelancongan terbabit juga merupakan antara strategi bagi memberi nafas baharu dalam industri tersebut di negeri ini.

''Saya melihat negeri Perak mempunyai banyak lokasi pelancongan menarik yang berpotensi dikembangkan secara terancang untuk dijadikan tarikan baru pelancong dalam dan luar negara.

"Setakat ini, beberapa kawasan pelancongan sudah dikenal pasti untuk dinaik taraf bagi menyediakan suasana yang kondusif bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan galeri pelancongan dan kerja-kerja menaiktaraf Zoo di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Zahir Khalid.

Pembinaan galeri dan menaik taraf zoo berkenaan menelan kos RM3.8 juta merupakan inisiatif terbaru kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan itu sebagai pusat informasi pelancongan terbaharu di negeri ini.

Hamidah memberitahu, antara kawasan lokasi pelancongan lain yang akan dinaik taraf adalah Dataran Stesen Kereta Api, Hutan Lipur Lata Kijang, Kellie's Castle dan Pesisiran Sayong Kuala Kangsar.

Beliau memberitahu, kerja-kerja menaik taraf lokasi terbabit akan dilakukan secara sistematik bagi memastikan ia masih boleh dilawati pengunjung walaupun pengubahsuaian sedang dijalankan.

''Kita mahu pastikan perancangan tersusun dibuat bagi memastikan sebarang kerja-kerja naik taraf ini tidak mengganggu aktiviti pelancongan di lokasi berkenaan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved