Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Kini merentasi benuaPENUNJUK perasaan berhimpun menyatakan bantahan ala Occupy Wall Street di Seoul, Korea Selatan, semalam. - AFP SYDNEY 15 Okt. - Demonstrasi jalanan ala Occupy Wall Street di New York dan The Indignants di Sepanyol bagi bagi membantah ketidaksamaan ekonomi kini merebak ke beberapa negara termasuk Australia, Hong Kong dan Jepun. Ia merupakan siri demonstrasi terbesar sejak ia pertama kali diadakan pada 15 Mei lalu di Puerta del Sol, Madrid yang seterusnya merebak ke negara-negara lain di seluruh dunia. Di Rom, Itali, demonstrasi bertukar ganas apabila sekumpulan penunjuk perasaan bertindak memecahkan cermin bangunan bank dan membakar kereta yang diletakkan di tepi jalan raya. Di Hong Kong pula, lebih 500 penduduk menyertai demonstrasi itu sebagai melahirkan rasa marah terhadap ketidakadilan dan ketamakan kapitalisme. Begitu juga di Tokyo, Jepun apabila lebih 100 orang berarak di jalanan sambil melaungkan 'Occupy Tokyo' termasuk menyatakan bantahan terhadap pembangunan nuklear di negara itu. Seorang penuntut di Hosei University, Tomoko Horagushi, 22, berkata, apa yang menjadi kemarahan penunjuk perasaan di New York turut dirasai penduduk di Jepun. Sementara itu, di Sydney, Australia, beratus-ratus rakyat berkumpul di kawasan perniagaan di Sydney hari ini bagi menjayakan protes ala Occupy Wall Street yang telah diadakan di New York sejak beberapa minggu lalu. Demonstrasi secara aman itu bagaimanapun berakhir dengan komitmen penganjur untuk terus melakukan piket di hadapan bangunan Reserve Bank of Australia (RBA) selama beberapa hari. Dalam pada itu, penganjur bergantung sepenuhnya kepada laman Facebook dan Twitter dengan menyatakan demonstrasi akan diadakan di 951 buah bandar di 82 buah negara di Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Afrika. - AFP/dpa Full content generated by Get Full RSS. |
Lelaki tiada tangan, kaki jalani hidup baru Posted: Lelaki tiada tangan, kaki jalani hidup baruBOSTON 15 Okt. - Seorang lelaki berusia 65 tahun yang tidak mempunyai kaki dan tangan menerima dua tangan baru selepas menjalani dua pembedahan pemindahan yang jarang dilakukan di Hospital Brigham dan Wanita di sini semalam. Pembedahan selama 12 jam yang dilakukan terhadap Richard Mangino pada minggu lalu itu melibatkan pasukan pembedahan terdiri daripada lebih 40 orang termasuk doktor, jururawat dan staf perubatan. Pihak hospital berkata, pembedahan yang merumitkan itu termasuk pemindahan kulit, tendon, otot, ligamen, tulang dan saluran darah di kedua-dua lengan dan tangan Mangino. Menurut doktor, Mangino sudah mampu menggerakkan jarinya hanya beberapa hari selepas pembedahan dan menganggap ia sebagai satu pencapaian yang membanggakan. Sementara itu, Mangino berkata, dia kini sedang menyesuaikan diri secara berperingkat dan tidak bimbang lagi untuk melakukan perkara mudah seperti membancuh kopi atau menyarung pakaian. Katanya, dia sentiasa berdoa untuk memiliki keupayaan tersebut supaya dapat menyentuh muka, membelai rambut dan mengajar cucu-cucunya membaling bola. Mangino yang berasal dari Revere, Massachusetts kehilangan kedua-dua tangan dan kakinya selepas mengalami kecutan sepsis, sejenis penyakit jangkitan darah pada 2002. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan