Utusan Online - Selatan |
Posted: Wanita maut jatuh flatOleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRIutusanN9@utusan.com.my Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita yang maut selepas terjatuh dari tingkat 12 di Flat Tun Dr. Ismail di Lobak, Seremban, kelmarin. SEREMBAN 14 Okt. - Seorang wanita yang baru sehari keluar dari wad sakit jiwa Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12, flat Tun Dr. Ismail, Lobak di sini, semalam. Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah di sebuah tempat pembuangan sampah di flat berkenaan, kira-kira pukul 4.10 petang. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, memberitahu, dia berada di rumah sebelum terdengar bunyi benda terjatuh berhampiran tempat pembuangan sampah itu. "Apabila saya menjenguk ke luar tingkap saya terkejut selepas melihat tubuh seorang wanita terbaring berhampiran tempat itu. "Saya memaklumkan perkara itu kepada jiran sebelum mereka menghubungi pihak polis," katanya ketika ditemui di sini semalam. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Md. Yusoff Awang memberitahu, mangsa yang berasal dari Senawang dipercayai datang ke flat berkenaan dengan sebuah kereta sebelum mayatnya ditemui terjatuh di flat tersebut. "Berdasarkan siasatan awal, kita dapati mangsa baru keluar dari wad sakit jiwa HTJ sehari sebelum mayatnya dijumpai terjatuh di flat terbabit. "Kita masih menyiasat punca kejadian dan buat masa ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke HTJ untuk bedah siasat sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarganya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Mohon bantuan dinaikkanZULKARNAIN Abu Bakar (duduk dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada bekas tentera kurang upaya yang cedera sewaktu berkhidmat pada majlis Hari ATM Ke-78 Peringkat 1 Briged di Kem Rasah, Seremban, semalam. SEREMBAN 14 Okt. - Bekas tentera kurang upaya yang menerima sumbangan pada majlis meraikan anggota cedera sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-78 Peringkat 1 Briged di Markas 1 Briged Kem Rasah di sini menyuarakan rasa syukur di atas bantuan yang diterima oleh mereka hari ini. Menurut mereka, sumbangan tersebut membuktikan kerajaan sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan mereka semasa berkhidmat untuk negara. Seorang daripada mereka, Sulaiman Maarof, 60, memberitahu, beliau cedera selepas terkena jerangkap samar di Gerik, Perak pada 1977. "Ketika itu saya berasakan masa depan amat gelap kerana masih perlu menanggung sembilan anak yang masih bersekolah. "Namun, berkat kesabaran dan ketabahan, saya berjaya membesarkan kesemua anak termasuk ada yang menjadi pensyarah dan guru. "Seorang daripada anak saya turut mewarisi darah tentera dan kini menjadi pegawai berpangkat kapten di Kuala Lumpur," ujarnya. Sementara itu, Jumaat Zul Ceh Tak, 54, pula memberitahu, dia mula berkhidmat sebagai anggota tentera pada 1980 dan kini hanya berehat di rumah selepas pencen. "Memang saya mendapat pencen bulanan tetapi ia tidak mencukupi untuk menyara kami sekeluarga," jelasnya. Sehubungan itu, Jumaat berkata, dia dan rakan-rakan yang lain turut mengharapkan wang kebajikan yang diberikan oleh kerajaan dinaikkan. Hamid Katik, 56, pula berkata, dia terkena jerangkap samar pada 1978 semasa bertempur dengan pengganas komunis. "Saya memang tidak dapat bekerja selepas cedera dan kerana itu sangat berharap agar jumlah bantuan ini dinaikkan bagi menampung keperluan hidup dan perubatan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
33 bekas tentera kurang upaya terima bantuan Posted: 33 bekas tentera kurang upaya terima bantuanSEREMBAN 14 Okt. - Seramai 33 bekas tentera dalam kategori kurang upaya menerima sumbangan pada majlis meraikan anggota yang cedera sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-78 Peringkat 1 Briged di Markas 1 Briged, Kem Rasah hari ini. Program itu diadakan bagi mengingati dan menghargai jasa pahlawan yang cedera ketika dalam perkhidmatan. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka, Norasbi Said berkata, sejak penubuhan jabatan itu, terdapat penambahbaikan pengurusan anggota veteran dalam menghulurkan bantuan kebajikan. "Kami menyasarkan seramai 500 anggota veteran bagi pendaftaran baru setiap tahun. Kami sendiri akan turun padang bagi menyalurkan sumbangan kepada anggota veteran berkenaan. "Bantuan akan diberikan mengikut taraf hidup dan juga jumlah tanggungan," ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis tersebut. Turut hadir, Komander Markas Garison Gemas, Kolonel Zulkarnain Abu Bakar yang mewakili Panglima 1 Briged. Orang ramai atau ahli keluarga yang mempunyai anggota veteran yang cedera atau kurang upaya boleh menghubungi jabatan berkenaan di talian 06-2345931 atau 06-2345932 atau laman web www.jhev.com. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan