Sabtu, 15 Oktober 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cerita perkahwinan bahagia

Posted:

Cerita perkahwinan bahagia

Cerita perkahwinan bahagia


(dari kiri) Sharifah Shahirah, Sari Yanti, Pengarah urusan Johnson Malaysia, Susan Manen, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akshah.


PERKAHWINAN yang bahagia adalah berkat kesabaran dan kasih sayang yang disemai, namun kedua-dua faktor ini sering tidak diendahkan akibat kehidupan dunia moden yang terlalu sibuk. Maka itu, Mandian Susu Johnson's baby membawa kebahagiaan perkahwinan ke setiap rumah melalui dokumentari TV berjudul Semarak Kasih, Seharum Cinta.

Bakal ditayangkan dalam empat episod, dokumentari ini menyingkap kehidupan empat pasangan selebriti tempatan, antaranya adalah Sari Yanti dan suaminya, Mohd Eddy Casmady, Sharifah Shahirah dan suaminya, Ijoy, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi, serta Susan Manen dan suaminya, Mustapha Kamal.

Setiap episod dokumentari TV ini mendedahkan kreativiti dan usaha pasangan dalam meluahkan kasih sayangnya terhadap suami mereka. Pasangan selebriti ini juga menceritakan kisah cinta mereka. Dengan menunjukkan bagaimana selebriti berusaha supaya cinta mereka kekal membara walaupun telah lama berkahwin dan sibuk dengan anak-anak, Mandian Susu Johnson's baby berharap penonton akan mendapat inspirasi untuk berusaha demi perkahwinan mereka.

"Penyelesaiannya mudah sahaja, iaitu komunikasi. Ini bermaksud, mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh pasangan anda, berbincang bersama, ketawa bersama. Komunikasi bukan sahaja menunjukkan bahawa anda menghargai pasangan anda tetapi juga membantu anda mempelajari tentang dirinya.

Ramai orang beranggapan bahawa mereka tahu segala-galanya tentang suami atau isteri mereka, tetapi satu hari nanti mereka akan sedar bahawa pasangan mereka telah menjadi orang yang asing. Anda perlu menikmati masa bersama dalam perkahwinan. Pasangan yang bertahan lama adalah mereka yang tahu keseronokan bersama dan betapa berharganya keseronokan itu untuk mereka," menurut nasihat Datuk Siti Nor Bahyah.

Ingin mengetahui rahsia selebriti mengekalkan kehangatan cinta dalam perkahwinan? Jangan ketinggalan menonton dokumentari "Semarak Kasih, Seharum Cinta" di TV3, setiap hari Selasa, dari jam 6.00 hingga 6.30 petang, bermula 4 Oktober 2011.

Full content generated by Get Full RSS.

Berkongsi jersi "otai" Perlis

Posted:

Berkongsi jersi "otai" Perlis

Berkongsi jersi "otai" Perlis

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto FAIZAL ABU HASSAN

DIAKUI bahawa sukan bola sepak adalah sebahagian daripada jiwanya. Cukup sebati dan menjadi penyokong kuat permainan tersebut. Sanggup berhabisan dan buat apa saja demi sukan tercinta.

Kegemaran yang dipupuk sejak kecil lagi. Seperti kebanyakan kanak-kanak lelaki bermain bola sepak pada zaman persekolahan mereka.

Namun perasaan itu semakin mendalam sewaktu melangkah ke alam pekerjaan. Apabila kesedaran untuk menyokong pasukan bola sepak negeri kelahirannya, Perlis semakin memuncak pada tahun 1996.

Pekerja kilang gula ini begitu bersemangat sehingga sanggup 'berkorban' demi pasukan negerinya. Sanggup 'terbang' ke Kota Kinabalu, Sabah untuk melihat persembahan permainan bola sepak pasukan kesayangan.

Jadi tidak hairanlah, ahli komiti Kelab Penyokong Perlis yang kini dikenali sebagai Ultras Perlis ini mahu mencari sesuatu untuk kenang-kenangan satu masa nanti.

Menerusi komiti yang disertainya itu, laluan Anuar Che Ahmad semakin luas untuk mendekati barisan pemain pasukan tempatan.

"Saya memilih untuk mengumpul baju jersi yang pernah dipakai oleh pemain bola sepak Perlis sebagai koleksi peribadi," kata lelaki ini membuka bicara dalam perbualan malam Rabu lalu.

Katanya, lebih 100 pasang baju jersi pemain berada dalam simpanannya sehingga hari ini. Bermula dengan pemberian jersi jenama Uslsport daripada pemain legenda Saidin Osman pada tahun 1995. Saidin yang bermain di posisi penyerang itu berbesar hati untuk menghadiahkan Anuar jersi tahun terakhir dia terlibat dalam dunia sukan bola sepak kepadanya.

Kemudian diikuti jersi pemain luar negara pertama yang bersama pasukan Perlis iaitu Adalberto De Souza Sequira pada tahun 2000. Anuar dihadiahkan Anuar jersi sebelum pulang ke tanah airnya, Brazil.

Seterusnya pemberian Suhairi Abdul Karim yang bermain di posisi pertahanan pada tahun 1997, Chepita (2006), Adrin Jurad Chamrong (2006), Amran Omar (2011) dan terkiri V. Marimuthu.

Kesemua koleksi berharga itu disimpan rapi di rumahnya. Ada yang sudah difikir-fikir untuk dibingkaikan. Kesemuanya mempunyai nilai sentimental dan merupakan satu-satunya di dunia.

Ditanya adakah Anuar akan berkongsi koleksi peribadinya, lelaki berusia 43 tahun ini mengiyakan. Hajatnya, dia akan menyerahkan kepada pihak Galeri Stadium Utama Kangar sebagai bahan pameran satu masa nanti. Boleh menjadi bahan bukti kesetiaan seorang anak jati Perlis terhadap negerinya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved