Jumaat, 14 Oktober 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Nurul Nursyawaltie ditemui di P. Pinang

Posted:

Nurul Nursyawaltie ditemui di P. Pinang

Nurul Nursyawaltie ditemui di P. Pinang

KANGAR 14 Okt. – Tidak sampai 48 jam kehilangannya dihebahkan media, seorang pelajar perempuan, Nurul Nursyawaltie Mohd. Sabri, 14, akhirnya ditemui bersama seorang rakan perempuannya di Teluk Kumbar, Pulau Pinang malam tadi.

Ibu pelajar tersebut, Norhafiza Nordin, 37, berkata, ketika ditemui pukul 9 malam tadi, anak dan rakannya yang dikenali sebagai Amira itu sedang merayau-rayau berhampiran Masjid Sungai Batu di kawasan berkenaan.

Kata Norhafiza, dia dan suami, Mohd. Sabri Samat, 35, adiknya dan seorang rakan dibantu anggota polis dari Pulau Pinang berusaha mencari anaknya itu setelah mendapat maklumat daripada seorang rakan lelaki Nurul di negeri berkenaan.

"Pada awalnya, dia memberitahu Nurul Nursyalwatie berada di rumah rakannya di Balik Pulau namun ketika kami sampai di sana kira-kira pukul 7 petang, kami diberitahu anak saya dan Amira telah keluar ke stesen bas.

"Kami menemui seorang lagi rakan Nurul di Balik Pulau yang turut membantu mencari Nurul Nursyalwatie sehingga ke Teluk Kumbar dan kami bernasib baik apabila seorang peniaga mengecam gambar yang kami bawa sehingga membawa penemuan Nurul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kehilangan Nurul Nursyalwatie yang merupakan anak sulung pasangan tersebut setelah Mohd. Sabri menemui basikal anaknya di sebuah kawasan perumahan berhampiran sekolahnya.

Norhafiza hari ini turut bersyukur kerana kehilangan anaknya itu tiada kaitan dengan mana-mana lelaki, sebaliknya dia mengikut Amira untuk berjalan-jalan.

Walaupun terkilan kerana Nurul Nursyalwatie tidak memaklumkan pemergiannya ke negeri itu, Norhafiza bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu termasuk pihak media yang memberi liputan kehilangan anaknya sehingga dia ditemui malam tadi.

Sementara itu, Nurul Nursyalwatie ketika ditemui berkata, dia ke Pulau Pinang setelah diajak Amira untuk berjalan-jalan dan menemui rakan-rakannya namun tidak menyangka akan berada di negeri itu lebih lama.

Ketika ditanya mengapa tidak memberitahu keluarga, dia berkata telah kehabisan wang untuk menghubungi mereka.

Nurul Nursyalwatie juga berkata, Amira mencadangkan mereka untuk mencari kerja di Pulau Pinang bagi mendapatkan wang.

Full content generated by Get Full RSS.

Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas

Posted:

Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas

Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas


Seorang wanita menunjukkan tangki air pam tandas tempat bayi disorok selepas dilahirkan seorang gadis di sebuah rumah sewa di Kemaman, semalam.


KEMAMAN 14 Okt. - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dua jam ditemui di dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa dekat sini, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek berusia 23 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Abdullah Sani Salat, bayi seberat kira-kira dua kilogram itu dijumpai dalam keadaan kebiruan dan lemah, dipercayai akibat lemas di dalam air tangki pam tandas berkenaan.

Katanya, bayi tersebut yang mengalami sedikit kecederaan pada badan itu difahamkan telah disembunyikan oleh suspek bagi mengelakkan kejadian itu diketahui rakan serumahnya yang lain.

"Salah seorang rakan serumahnya menjumpai kesan darah yang terdapat pada lantai tandas menuju ke bilik suspek. Syak sesuatu yang berlaku, dia mula melihat-lihat di sekitar rumah berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi di dalam sebuah tandas dan menemui bayi berkenaan di dalam tangki pam tandas bilik air rumah sewa mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, rakan sebilik mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian terus membawa bayi berkenaan yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan.

Tambahnya, polis menahan suspek yang kini mendapatkan rawatan di wad Hospital Kemaman dipercayai ibu kepada bayi terbabit.

"Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan suspek yang juga seorang yatim piatu kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, rakan sebilik suspek yang hanya ingin dikenali sebagai Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke tandas rumah sewa berkenaan untuk membuang air besar.

"Selepas duduk terlalu lama dalam tandas, suspek akhirnya keluar dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan dan berbaring di atas katilnya.

"Saya terkejut apabila melihat ada kesan darah pada lantai rumah lalu mengesyaki sesuatu sebelum mendesak rakannya itu untuk menceritakan apa yang berlaku dan akhirnya saya berjaya menemui bayi yang disorokkan itu setelah mendengar tangisannya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved