Utusan Online - Utara |
Posted: Bersyukur jadi penjaga kuburOleh HASHIM P. MAMAT DIN Ahmad Sham menyembur racun rumput di Tanah Perkuburan Islam Jalan Baru, Kuala Kangsar, baru-baru ini. KUALA KANGSAR 13 Okt. - "Tiada apa yang mahu ditakutkan, jauh sekali hendak berasa malu. Bagi saya ini pekerjaan mulia, malah ia membuat saya sentiasa sihat." Itu jawapan spontan warga emas, Din Ahmad Sham (gambar) ketika diajukan pertanyaan mengenai pekerjaannya sebagai penjaga dan penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Jalan Baru, Jalan Sultan lskandar Shah di sini, sejak lebih 15 tahun lalu. Bagi Din atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din, pekerjaannya itu bukan untuk dinilai dengan wang ringgit, sebaliknya keikhlasannya untuk menyumbang bakti kepada masyarakat Islam di kawasan tersebut. Hanya menerima gaji sekitar RM100 sebulan, Pak Din berkata, dia cukup gembira melihat tanah perkuburan seluas lebih empat hektar itu sentiasa bersih dan selamat daripada masalah kecurian. Ketika usianya sudah mencapai 85 tahun, Pak Din mengakui pekerjaannya itu memberi banyak keberkatan, termasuk nikmat kesihatan dengan tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti yang dihadapi oleh ramai golongan seusianya. "Nikmat kesihatan ini juga sebahagian daripada berkat pekerjaan ini dan Pak Din bersyukur kerana dalam usia begini, masih mampu melakukan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang muda," katanya yang mempunyai dua isteri, 21 anak, 52 cucu dan 19 cicit. Bercerita mengenai sejarah hidupnya, Pak Din bukanlah sebarangan orang. Dia pernah mendapat pendidikan di Madrashah Idrisiah, Bukit Chandan di sini sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua dan berkhidmat sebagai tentera British di Singapura antara 1949 hingga 1955. Pak Din kemudiannya menabur khidmat sebagai Konstable Khas selama tiga tahun sebelum berkhidmat sebagai guru al-Quran di sebuah kolej Melayu sekitar l955 hingga l960 selain terlibat secara serius dalam aktiviti keagamaan. Dia juga pernah menjadikan rumahnya di Jalan Kenas di sini sebagai pusat mengajar al-Quran. Bercakap mengenai tugas rutinnya, Pak Din berkata, dia memastikan rumput atau lalang di kawasan tersebut sentiasa bersih selain membuat persediaan sekiranya berlaku kematian, terutama di Hospital Kuala Kangsar akibat kemalangan jalan raya. Percaya atau tidak, sepanjang bertugas di situ, tanah perkuburan tersebut pernah menjadi johan tanah perkuburan paling bersih di daerah ini pada 2003, 2004 dan 2010 selain pernah menjadi naib johan peringkat negeri. "Kemenangan tersebut menjadi rangsangan buat saya untuk terus berkhidmat selagi yang termampu dan walaupun agak berat, tetapi keluarga termasuk isteri dan anak-anak sering tampil membantu," katanya. Malah, bekerja sebagai penjaga kubur tidak menghalang Pak Din untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak sehingga ada antara mereka yang berjaya menjadi golongan profesional seperti arkitek, jurutera dan guru. Full content generated by Get Full RSS. |
E.D Ayam paling murah di Alor Setar Posted: E.D Ayam paling murah di Alor SetarDARI kiri, Nur Zahidah Mohd. Zahir, Nurzharfan Mohd. Zahir dan Muhammad Zuhair masih mampu menjual ayam RM6.80 sekilogram di gerai E.D Ayam di Pasar Besar Alor Setar, Kedah. ALOR SETAR 13 Okt. – Walaupun rata-rata peniaga ayam di daerah ini menjual bahan itu sekitar RM8.60 sekilogram, namun seorang peniaga ayam di Pasar Besar Alor Setar, Mohd. Zahir Zainal Abidin (gambar), 57, tetap menjualnya dengan harga RM6.80 sekilogram. Zahir yang juga pemilik gerai E.D Ayam berkata, harga yang rendah dapat dikekalkan kerana hanya mengambil sedikit keuntungan daripada harga pemborong, tetapi mendapat lebih banyak keuntungan apabila berjaya menjual dalam kuantiti yang banyak kepada pelanggan. "Sesetengah penjual ayam mendapatkan bekalan ayam daripada berlapis-lapis pembekal dan ini menyebabkan harga akhir kepada pengguna meningkat. "Saya pula hanya mendapatkan bekalan daripada satu pembekal sahaja," katanya ketika ditemui di pasar berkenaan di sini, semalam. Zahir berkata, harga ayam berubah-ubah sejak sebelum Ramadan lalu sehingga sekarang dan sebab itu tidak hairanlah jika terdapat peniaga lain menjual hingga RM8.60 sekilogram. Menurut, sesetengah peniaga pula menyalahkan kerajaan apabila harga yang diperoleh daripada pembekal agak mahal, namun sebenarnya kerajaan tidak boleh dipersalahkan begitu sahaja. Dia berpendapat, ini kerana sesetengah peniaga terpaksa menjual dengan harga tinggi kerana mengambil bekalan daripada banyak lapisan pembekal. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada pengguna untuk memilih dan membeli di mana-mana gerai, namun dia tetap mahu menjual dengan harga yang rendah sebagai strategi perniagaan dan pada masa sama membantu para pelanggannya. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Mohd. Sakri Saleh ketika dihubungi berkata, pemantauan pihaknya mendapati harga ayam standard di negeri ini dijual sekitar RM8.64 berbanding minggu lalu iaitu RM8.31 sekilogram. Sementara itu, peniaga sayur, Zainal Abidin Bulat, 61, pula berkata, sesetengah sayur-sayuran yang import dari Thailand kini naik harga kerana bekalannya sukar diperoleh daripada pemborong selepas negara itu dilanda banjir. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan permintaan terhadap sayur-sayuran tempatan meningkat, sekali gus terdapat kenaikan harga sedikit pada beberapa jenis sayur. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Restoran mamak naik hargaOleh SAHBULAH DARWI ALOR SETAR 13 Okt. - Sebahagian daripada restoran mamak yang beroperasi 24 jam di daerah ini didapati menaikkan harga makanan dan minuman antara 20 hingga 50 sen berbanding biasa. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah, Mohd. Sakri Saleh berkata, pihaknya mendapat aduan mengenai kenaikan itu berlaku sejak minggu lalu. "Minuman biasanya naik 20 sen segelas, manakala makanan seperti nasi dan juadah tengah hari naik sekitar 50 sen sepinggan," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini, semalam. Beliau berkata, roti canai bagaimanapun masih dijual dengan harga antara 80 sen hingga RM1 sekeping. Justeru, kata Mohd. Sakri, pihaknya meminta restoran dan gerai-gerai makanan dan minuman tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya kerana tiada kenaikan barang mentah yang ketara berlaku. Katanya, walaupun harga makanan dan minuman tersebut tidak dikawal oleh kerajaan, namun harga bahan mentah yang digunakan seperti gula, tepung dan minyak tidak naik kerana ia dikawal oleh kerajaan. Dalam pada itu, pengguna juga perlu berwaspada dengan taktik mengaut keuntungan berlebihan oleh pengusaha restoran seperti yang berlaku baru-baru ini apabila seorang pelanggan mengadu terpaksa membayar RM4 bagi sekeping roti canai istimewa. Mohd. Sakri berkata, siasatan mendapati pengguna tersebut meminta roti canai kosong tetapi mahu disediakan secara istimewa, namun pengusaha restoran mengambil kesempatan menambah dua biji telur, ikan sardin seekor dan bawang pada sekeping roti canai itu. Menurutnya, disebabkan bahan-bahan tambahan itu, sekeping roti canai itu dikenakan harga RM4 hingga menyebabkan pengguna tidak berpuas hati dan mengadu kepada PPDNKK. Kata beliau, sepatutnya, pengusaha restoran yang terletak di Jalan Putra di sini itu boleh menyediakan roti sardin atau roti telur yang berharga RM2.50 sekeping. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan