Jumaat, 14 Oktober 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Semak semula pemecatan imam

Posted:

Semak semula pemecatan imam

Semak semula pemecatan imam

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR PUTEH 13 Okt. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diminta menyemak semula pemecatan Imam Tua Masjid Mukim Tualang Tinggi, Tuan Ismail Tuan Muda, 70, yang telah berkhidmat lebih 18 tahun di kampung itu kerana menimbulkan tanda tanya di kalangan jemaah dan penduduk.

Penghulu Mukim Tualang Tinggi, Che Ahmad Mat Yasin berkata, proses pemecatan imam berkenaan yang berkuat kuasa 30 September lalu, dilihat tidak adil kerana hanya berdasarkan laporan daripada sebelah pihak.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan berkata, sepatutnya sebarang pemecatan imam dibuat berdasarkan siasatan menyeluruh termasuk merujuk perkara tersebut kepada AJK masjid, selain memberi peluang kepada imam berkenaan membela diri.

"Kami selaku AJK masjid tidak tahu menahu dan tidak pernah dibawa berbincang termasuk tidak memaklumkan mengenai pemecatan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Che Ahmad berkata, tiada gunanya AJK masjid dilantik jika fungsinya terhad dan ahli-ahli pula tidak boleh menyuarakan pandangan berkaitan hal ehwal masjid termasuk dalam soal pemecatan imam sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk.

Seorang AJK masjid berkenaan, Aziz Yaacob, 38, berkata, pemecatan tanpa alasan itu mengelirukan anggota jemaah dan tidak seharusnya berlaku kerana Tuan Ismail telah banyak berkorban tenaga dan wang ringgit untuk pembangunan masjid.

"Beliau adalah seorang pemimpin agama yang disegeni dan dihormati oleh anak mukim serta adil terhadap semua pihak tanpa mengira fahaman politik, selain banyak membantu pembangunan masjid," katanya.

Sementara itu, Tuan Ismail yang juga seorang usahawan berkata, dia tidak terkilan dengan pemecatan itu tetapi khuatir kemungkinan berlaku perpecahan di kalangan 200 anggota jemaah membabitkan empat buah kampung seperti Kampung Tualang Tinggi, Tasek, Gong Tambak dan Gong Puyuh.

Tuan Ismail yang menyandang jawatan itu selama 18 tahun berkata, MAIK tidak memberi sebarang notis sebelum melakukan pemecatan terhadapnya dan surat pula hanya disampaikan oleh seorang pegawai MAIK beberapa hari selepas pemecatan berkuat kuasa.

"Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi kecuali hanya ingin berkhidmat secara ikhlas kepada penduduk kampung dan membuat kebajikan sepanjang sisa usia yang ada," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk bimbang ancaman babi hutan

Posted:

Penduduk bimbang ancaman babi hutan

Penduduk bimbang ancaman babi hutan


Dua kanak-kanak melihat tempat babi hutan menggondol tanah kebun di Kampung Kubang Keranji, Pasir Tumbuh, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 13 Okt. - Penduduk di Kampung Kubang Keranji, Pasir Tumbuh di sini dan kawasan sekitarnya bimbang selepas sekumpulan babi hutan menyerang dan merosakkan tanaman sehingga menjejaskan punca pendapatan mereka.

Penduduk mendakwa, ancaman babi hutan itu berlaku sejak 2009 lagi tetapi ia semakin serius kebelakangan ini apabila tanaman seperti ubi kayu dan pisang yang diusahakan mereka sering dimusnahkan binatang berkenaan.

Seorang penduduk, Mohamad Azman Hussin mendakwa, gangguan binatang tersebut juga semakin ganas terutamanya pada musim hujan.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan penduduk berada dalam kebimbangan dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Saya pernah melihat beberapa ekor haiwan itu berkeliaran di kawasan belakang rumah saya dan merosakkan tanaman penduduk.

"Keselamatan penduduk di kawasan ini juga makin terancam kerana serangan binatang berkenaan tidak menentu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang petani, Mek Yah Mohamad, 56, mendakwa, tanaman ubi kayu yang diusahakannya kerap kali dirosakkan oleh babi hutan menyebabkan dia mengalami kerugian.

"Keadaan itu menyebabkan peniagaan tapai saya terjejas kerana ubi kayu merupakan bahan utama. Ini menjejaskan mata pencarian saya," katanya.

Dalam pada itu, seorang kanak-kanak, Mohamad Alif Fudin Abdul Halim, 12, mendakwa, dia sering terserempak dengan kumpulan haiwan berkenaan ketika bermain bola sepak di sebuah padang dekat kampung berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Gandingan mantap politeknik, industri

Posted:

Gandingan mantap politeknik, industri

Gandingan mantap politeknik, industri

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my


Ab. Rahim Md Noor (tengah) menyerahkan dokumen kepada Harald Burchart sambil diperhatikan oleh Wan Sabri Wan Ahmad pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dengan YTL Paka Power Station di Dungun, semalam.


DUNGUN 13 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi yakin jalinan rangkaian kerjasama antara politeknik dan pihak industri dapat menyediakan graduan yang dapat memenuhi keperluan pasaran kerja dengan lebih meluas.

Ketua Setiausahanya, Datuk Ab. Rahim Md Noor berkata, melalui kerjasama dalam situasi 'menang-menang' di antara kedua-dua pihak, perkongsian kepakaran dan maklumat dapat disalurkan dengan lebih terancang, strategik dan sistematik.

Katanya, ia sekali gus bagi memastikan bekalan tenaga kerja di pihak industri sentiasa dipenuhi dan graduan politeknik mencapai kualiti yang diperlukan mereka.

"Pihak industri bukan sahaja mendapat bekalan tenaga kerja dengan kuantiti dan kualtiti yang diperlukan malah turut berpeluang menjalinkan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bakal menguntungkan kedua-dua belah pihak.

"Contohnya, melalui skim Sangkutan Industri Pensyarah (SIP), pensyarah mampu berkongsi dengan pelajar melalui pengalaman dan pemerhatian yang dibuat oleh pensyarah sepanjang menjalankan latihan dan praktikal di industri itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Pengarah-pengarah Politeknik di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini hari ini.

Pada majlis tersebut juga, satu Memorandum Persefahaman ditandangani di antara PSMZA yang diwakili Ab. Rahim manakala YTL Paka Power Station Sdn. Bhd oleh Pengarah Urusannya, Harald Burchardt dan Local Engineering (M) Sdn. Bhd diwakili Pengurus Besarnya, Ir. Wan Sabri Wan Ahmad.

Turut menyaksikan majlis itu ialah Pengarah PSMZA, Mejar (K) Zolkarnain Jobshi.

Mengulas lanjut, Ab. Rahim berkata, sehingga kini lebih 6,000 buah syarikat pelbagai industri telah menjalinkan kerjasama dengan 30 politeknik seluruh negara yang memberi manfaat kepada kira-kira 90,000 pelajar.

Jelasnya, langkah kerjasama itu juga mampu memperkasakan politeknik untuk menjadi salah sebuah pusat pengajian yang terulung di negara.

"Seharusnya ibu bapa pada masa kini lebih sedar tentang keupayaan lulusan politeknik yang kini mampu meletakkan diri mereka dalam apa sahaja peluang pekerjaan dan tidak hanya berharap pada ruang di dalam jabatan kerajaan sahaja," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya juga merancang untuk mempromosikan hasil-hasil rekaan pelajar-pelajar politeknik yang berjaya mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti dan mesra industri.

"Kita akui banyak produk yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar politeknik dan kita akan berusaha ke arah itu jika produk mereka dapat menarik minat mana-mana syarikat kerana ia merupakan peluang awal pelajar-pelajar tersebut didedahkan dengan bidang keusahawanan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved