Utusan Online - Sukan |
Chong Wei dikerah sebelum ke separuh akhir Posted: Chong Wei dikerah sebelum ke separuh akhirKUALA LUMPUR - Dua pemain terbaik dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan dipaksa mengharungi pertarungan mencemaskan sebelum melangkah ke ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Jepun di Tokyo, semalam, sekali gus menghampiri final impian. Jaguh No. 1 dan 2 dunia itu diheret dalam perlawanan tiga set oleh dua lawan yang lebih muda, Kenichi Tago serta Chen Jin sebelum meneruskan kemaraan pada kejohanan Siri Super bernilai AS$200,000 (RM627,000) itu. Chong Wei yang tumpas kepada Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di London, bulan lalu mengakui, masih belum bangkit secara mental daripada kekalahan kepada musuh tradisi itu, namun dia tetap bersedia secara fizikal untuk berdepan dengannya jika ditemukan di perlawanan akhir sekali lagi. "Saya memegang mata perlawanan 20-19 dan 21-20 ketika itu, saya ada peluang untuk menang tetapi saya kalah perlawanan tersebut. Sejak itu, semangat saya agak merudum. Saya tetap pergi ke Jepun kerana saya rasa kejohanan kali ini istimewa, ia ulang tahun ke-30 Terbuka Jepun,'' ujar Chong Wei. Terdahulu, langkah cemerlang beregu muda negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah pula terhenti di suku akhir apabila tersingkir di tangan pasangan senior senegara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Kekalahan itu menyaksikan, Kien Keat-Boon Heong kini bakal memperbaharui permusuhan dengan beregu handalan China, Fui Haifeng-Cai Yun pada separuh akhir hari ini. Bagi V Shem-Khim Wah, walaupun kalah mereka terus menunjukkan potensi besar selepas mempamer permainan cemerlang dan memberi tentangan hebat kepada pasangan No. 5 dunia, Kien Keat-Boon Heong sebelum akur dengan keputusan 21-16, 19-21, 21-17. Dalam perseorangan lelaki, laluan Chong Wei untuk mempertahankan kejuaraan tidak mudah. Dia bukan saja dikejutkan dengan kekalahan di set pembukaan, malah diheret dalam pertarungan hampir sejam sebelum menyingkirkan pemain kental, Tago 21-23, 21-7, 21-18. Chong Wei, 29, yang juga juara 2007 melebarkan rekod pertemuan ke atas pemain berusia 22 tahun kepada 7-0, namun kemenangan kali ini antara yang paling sukar dicapai, apatah lagi Tago mempamerkan semangat juang kental dengan berjaya merapatkan jurang 18-20 selepas seketika ketinggalan 10-19 dalam set ketiga. Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock ketika dihubungi mengakui, kedegilan Tago hampir mengejutkan anak didiknya, terutama di set pembukaan dan penutup. "Pada hujung set pertama Chong Wei hilang fokus akibat terikut-ikut permainan lawan tetapi di hujung set ketiga pula dia terlalu relaks hingga membenarkan Tago merapatkan jurang,'' katanya. Menanti Chong Wei pada separuh akhir hari ini adalah juara 1998 dan 1999, Peter Hoeg Gade dari Denmark yang mara selepas mudah mengetepikan pemain Indonesia, Simon Santoso 21-16, 21-15 dalam satu lagi suku akhir. Sementara itu, juara dunia dan juara Terbuka Jepun dua kali, Lin Dan hampir dikejutkan rakan senegara yang juga juara dunia 2010, Chen Jin buat kali kedua dalam tempoh seminggu sebelum bangkit daripada ketinggalan untuk menang 20-22, 21-14, 22-20 dalam saingan yang berlangsung selama 1 jam, 8 minit. Li Dan yang dikejutkan Chin Jin pada separuh akhir China Masters, minggu lalu kini akan berdepan seorang lagi rakan senegara yang juga juara China Masters, Chen Long pada separuh akhir hari ini. Chen Long terdahulu mara selepas mudah menumpaskan Jan O Jorgensen 21-14, 21-13. |
Nasib Selangor di hujung tanduk Posted: Nasib Selangor di hujung tandukOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN KUALA LUMPUR - Adakah pemergian K. Devan mampu menyelesaikan kemerosotan prestasi juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor yang masih mencari rentak dalam usaha memburu sisa-sisa harapan ke suku akhir? Memang sudah tiada pilihan lain lagi buat Selangor jika masih berangan-angan memburu 'Misi 33' yang nampak semakin jauh daripada jangkauan selepas kalah 1-2 kepada T-Team minggu lalu di Stadium Shah Alam. Pengganti Devan, P. Maniam yang baru dinaikkan pangkat selaku jurulatih berdepan tanggungjawab berat bukan sahaja mencari kemenangan kepada Selangor tetapi perlu memulihkan moral kembali para pemain yang semakin merudum. Ketika dihubungi semalam, Maniam yang juga bekas pemain Selangor tahun 1990-an berkata, semua pemain sudah melupakan pemergian K. Devan dan mereka bersedia memberikan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan dengan PDRM. ''Peletakan jawatan Devan tidak lagi mengganggu tumpuan pemain sebaliknya mereka bertambah semangat bagi membuktikan sesuatu kepada para peminat setia bahawa mereka masih mampu ke suku akhir. ''Dua perlawanan ini amat penting buat kami dan saya harap kita boleh mencatatkan kemenangan dalam kedua-dua perlawanan tersebut sambil mengintai peluang ke suku akhir. ''Memang tidak dinafikan peluang kami ke pusingan kalah mati banyak bergantung juga kepada keputusan perlawanan T-Team dan Kuala Lumpur, jika Kuala Lumpur menang, peluang kami mungkin agak tipis kerana T-Team hanya bertemu PDRM pada aksi terakhir kumpulan dan dijangka tiada masalah mengutip tiga mata. ''Tetapi saya hanya mahu memberikan fokus kepada pertemuan dengan PDRM dahulu, mereka juga bukan calang-calang pasukan kerana perlawanan terakhir kami diberi tentangan sengit sebelum menang 2-0," katanya yang mengakui PDRM pasti bertambah semangat selepas berjaya mengutip mata pertama selepas mengikat Kuala Lumpur seri tanpa jaringan minggu lalu. Selangor yang sekadar mengutip empat mata dan berada di tangga ketiga Kumpulan D wajib mengutip enam mata dua perlawanan terakhir bagi memintas kedudukan salah satu pasukan, T-Team yang menerajui kedudukan kumpulan dengan sembilan mata sementara Kuala Lumpur ketinggalan satu mata di belakang kelab dari Terengganu itu. Walaupun begitu, Selangor perlu menghadapi PDRM tanpa khidmat dua tonggak utama, Hardi Jaafar dan Mohd. Nasriq Baharom kerana masih dibelenggu kecederaan. ''Ketiadaan Hardi dan Nasriq mungkin sedikit menjejaskan kekuatan pasukan tetapi kami mempunyai ramai pengganti yang boleh disandarkan," katanya.diamalkan oleh Devan. Kelantan pula hanya memerlukan satu lagi kemenangan ke atas Johor FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi mengesahkan laluan ke suku akhir manakala Perak, satu mata sahaja sudah memadai. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan