Utusan Online - Hiburan |
Linda berbasikal untuk kesihatan Posted: Linda berbasikal untuk kesihatanOleh KHADIJAH IBRAHIM
BEGITU berhati-hati sekali pelakon Linda Hashim mengeluarkan basikalnya dari kereta dan kemudian memasang tayar sebelum memulakan kayuhan di sekitar Tasik Titiwangsa untuk sesi foto S3, baru-baru ini. Linda atau Norhazlinda Hashim, 27, berkata, sudah lama dia tidak berbasikal kerana sibuk di lokasi, namun atas permintaan S3, pelakon utama drama bersiri Tudung Ekspress itu sanggup turun padang. "Dulu Linda memang aktif berbasikal dengan kawan-kawan dari kumpulan berbasikal. Sekarang ini, Linda berbasikal di sekitar kawasan rumah sahaja sebab kesuntukan masa. "Walaupun sibuk, Linda perlu berbasikal untuk satu atau dua jam kerana ia salah satu cara untuk mengeluarkan peluh," katanya yang mula jatuh hati dengan sukan berbasikal sejak dua tahun lalu. Menurut Linda, pada mulanya, dia hanya ikut rakan-rakannya berbasikal dan tidak sangka sukan itu menarik minatnya dan terus membeli basikal mountain bike. Menariknya kata anak kedua daripada tiga beradik itu, pertama kali dia mengikut rakan-rakannya berbasikal secara berkumpulan di Putrajaya pada waktu malam. "Linda memang teruja bila berada bersama kumpulan basikal yang terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang tanpa mengira bangsa. Semua yang berkumpul itu tidak mengenali antara satu sama lain, hanya diberitahu menerusi laman web. "Pertama kali ikuti rombongan berbasikal sejauh 25 kilometer itu, memang penat tapi seronok. Aktiviti itu bukan sahaja baik untuk kesihatan malah ia mengajar kita untuk bekerjasama dan bersabar. Sekarang ini nak sertai aktiviti yang dilakukan sebulan sekali pun susah sebab Linda sibuk," katanya. Penggemar pakaian jenama Fox itu berkata, sewaktu aktif berbasikal dia dapat merasakan perubahan pada lengannya yang kelihatan berotot. Dek penangan sukan berbasikal, sekarang ini jika ternampak kedai menjual basikal, Linda pasti singgah untuk melihat produk terbaru. "Sekarang ini, Linda sibuk menjalani penggambaran drama Cut Amirah sebanyak 26 episod, terbitan Media Corp dan AMC. Penggambaran dilakukan di Singapura. "Jadi sesekali bila ada waktu lapang, Linda akan menjenguk ke kedai basikal di sana. Linda boleh habiskan masa satu atau dua jam di kedai itu sebab teruja tengok aksesori basikal. Basikal yang Linda guna ini pun sudah diubahsuai. Macam orang ubahsuai motosikal atau kereta," terangnya. Pemegang watak Toh Puan Norashikin Mohd. Seth dalam filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata, sejak sibuk dengan penggambaran drama dan filem, dia amat merindui basikal jenama Jammis yang sudah lama dibiar tersadai di rumah. | ||
Posted: Taxi pertaruhkan funkyGambar RASHID MAHFOF TAXI optimis kumpulan mereka mampu mengharungi arus muzik tanah air. Kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda kelahiran Johor itu kini bernaung di bawah label Warner Music. Walaupun kumpulan ini baru sahaja ditubuhkan, namun keserasian di antara mereka jelas dapat dilihat ketika di temuramahS3 baru-baru ini. Menurut vokalis kumpulan berkenaan, Muhammad Ar-Rashidin Tuah, 19, atau lebih dikenali sebagai Cidin, mereka sebenarnya telah mula bermain alat muzik sejak kecil lagi. "Kami saling mengenali daripada kecil lagi. Cuma sebelum ini, kami tidak jamming bersama. "Idea untuk menubuhkan kumpulan ini hanya timbul sehari sebelum pertandingan Twisties Bingit. "Bayangkanlah ketika itu, masa semakin suntuk dan kami pula baru hendak mencari ahli kumpulan dan juga berlatih," katanya. Namun, berdiri di atas semangat berpasukan, kumpulan yang mendaftarkan diri di saat-saat akhir pertandingan tersebut akhirnya berjaya merangkul gelaran juara. "Kenangan nyaris tidak dapat mendaftar sebagai peserta akan kami ingat sepanjang hayat kerana jika peluang itu terlepas, kami tidak akan berada di sini," ujarnya merendah diri. Selain Rashid, Taxi juga 'dihidupkan' oleh dua bersaudara, Sukri Salleh atau mesra dipanggil Amin, 23 (bass) dan Sazuan Salleh, 19 (dram) serta Mohd Edzwan Shah, 23 (gitar). Lahir dengan album pertama mereka, Langkah Pertama, sememangnya kumpulan ini optimis dapat membina nama yang kukuh dalam industri seni tanah air. Menurut Edzwan, dia sangat berterima kasih kepada peminatnya kerana tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kumpulan mereka. "Alhamdulillah, kami mendapat reaksi positif daripada peminat melalui lagu Angkubah dan juga Warna. Malah ada peminat yang tidak sabar-sabar menantikan lagu terbaru kami. "Jika diberi peluang, kami ingin melebarkan sayap ke negara lain. "Malah, jika berkesempatan, kami juga ingin berkolaborasi bersama Adira naib juara Akademi Fantasia 8," ujar mereka terus terang. Selain Angkubah dan juga Warna, album Langkah Pertama turut memuatkan lagu Ku Emosi, Mimpi Semalam termasuk rakaman semula lagu Ghazal Untuk Rabiah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan