Sabtu, 23 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


73 anak tentera terima anugerah

Posted:

73 anak tentera terima anugerah

73 anak tentera terima anugerah

Oleh ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my


Sulaiman Mohamad (kanan) beramah mesra dengan beberapa pelajar cemerlang di Lumut, semalam.


LUMUT 22 Julai - Seramai 73 pelajar yang merupakan anak-anak warga tentera menerima Anugerah Kecemerlangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2011 bagi peringkat zon Perak hari ini.

Ketua Staf Markas Armada, Laksamana Pertama Sulaiman Mohamad berkata, penganugerahan itu bertujuan memotivasikan anak-anak anggota tentera untuk mencipta lebih banyak kecemerlangan dalam bidang akademik.

Katanya, sejak anugerah itu diperkenalkan pada 1991, pencapaian anak-anak warga tentera meningkat setiap tahun dan ia terbukti apabila 797 pelajar menunjukkan kecemerlangan pada 2011 berbanding tahun lalu seramai 662 pelajar.

"Bagi peringkat zon Perak pula, 18 pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 55 pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya semasa berucap pada majlis itu di Lumut dekat sini.

Selain sijil penghargaan, mereka yang cemerlang dalam SPM menerima sumbangan RM1,500 dan RM750 pula untuk pelajar cemerlang PMR.

Sulaiman berkata, saguhati yang disumbangkan melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) itu sebagai galakan kepada mereka yang rata-rata sedang melanjutkan pelajaran.

Tambahnya, jika sebelum ini sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM dan PMR adalah berjumlah RM1,000 dan RM500, kini LTAT menaikkan lagi jumlah tersebut.

"Selain itu, ATM juga menyediakan pelbagai insentif lain bagi meningkatkan mutu akademik anggota dan anak-anak mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Saya percaya insentif yang disediakan akan terus menjadi pendorong kepada pencapaian yang lebih cemerlang di kalangan anak- anak tentera," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MBI sediakan 96 petak niaga sempena sambutan Aidilfitri

Posted:

MBI sediakan 96 petak niaga sempena sambutan Aidilfitri

MBI sediakan 96 petak niaga sempena sambutan Aidilfitri

IPOH 22 Julai - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menjadikan tempat letak kereta di antara Bangunan MBI dengan Taman Bougainvilla di sini sebagai bazar jualan barangan sempena Hari Raya Aidilfitri.

MBI dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, sebanyak 96 petak niaga akan disediakan untuk peniaga berminat.

Sehubungan itu, peniaga berminat boleh mendapatkan borang yang mula diagihkan semalam dan permohonan lengkap perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Penjaja MBI selewat-lewatnya pada 27 Julai pukul 5 petang.

"Setiap peniaga dikenakan bayaran lesen perniagaan RM100 dan hanya dibenarkan memohon satu petak. Jenis perniagaan yang dibenarkan adalah barangan seperti pakaian, songkok dan aksesori.

"Jualan minuman dan makanan memasak serta barangan yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan," kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pemberian tapak adalah melalui kaedah pengundian yang akan diadakan pada 29 Julai pukul 9 pagi di Bilik Gerakan Tingkat 2, MBI.

"Pemohon hendaklah hadir sendiri untuk mengundi dan wakil adalah tidak dibenarkan. Kelewatan kehadiran pada hari pengundian tidak akan dilayan," katanya.

Kenyataan itu menyebut, MBI tidak menyediakan sebarang khemah dan pemohon dikehendaki menyediakan keperluan untuk perniagaan dan tapak itu mesti dikosongkan selepas waktu berniaga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dua anggota polis tidak mengaku rasuah

Posted:

Dua anggota polis tidak mengaku rasuah

Dua anggota polis tidak mengaku rasuah

IPOH 22 Julai - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang lelaki pada November tahun lalu.

Lans Koperal Mohd. Fauzi Embong, 31, dan Koperal Zulkifli Mohamed, 51, dari Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjong membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa meminta suapan wang tunai RM1,000 daripada Arban Shiti sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lelaki itu yang memiliki dadah jenis syabu.

Kejadian didakwa berlaku pada pukul 12.15 tengah malam, 17 November tahun lalu di rumah No. 19, Lorong Setia Jaya 2, Sitiawan, dekat sini.

Kira-kira 35 minit kemudian, kedua-dua mereka didakwa menerima suapan wang tunai RM300 daripada Arban di hadapan Pejabat Pos Laju, Sitiawan bagi tujuan yang sama.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan mengikut Seksyen 17(a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Hakim Noor Hayati Mat memerintahkan kedua-dua tertuduh yang diwakili oleh peguam Ranjit Singh, dikenakan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 23 Ogos ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved