Utusan Online - Keluarga |
Posted: Alam pelik penggila bukuOleh Hafizahril Hamid SEBUAH kedai buku yang dihias dengan penuh kreatif mampu menarik pembaca dari pelbagai golongan dan latar belakang. BUKU walau apa pun isi kandungannya sedikit sebanyak ia umpama pengetahuan yang perlu di baca sehingga habis untuk mendapat manfaatnya. Walau apa pun genrenya dari novel ke falsafah, agama, ekonomi, sastera dan pelbagai lagi, tidak dinafikan ilmu yang diperolehi begitu besar sehingga ia mampu mengubah dunia. Malah ada yang menggelar buku adalah kuasa. Sesungguhnya jasa buku terlalu banyak dalam kehidupan manusia sehinggakan tidak keterlaluan untuk menyatakan kehidupan kita sekarang ini yang jauh lebih baik berbanding 5, 50, 500 atau mungkin 5000 tahun dahulu adalah hasil usaha dari buku-buku yang dihasilkan manusia sendiri. Bersesuaian dengan perubahan zaman, kita sendiri boleh menyaksikan bahawa semakin banyak buku yang dihasilkan maka semakin maju tamadun manusia. Maka seharusnya semakin maju tamadun itu pastinya semakin bijak atau cerdik manusia itu sendiri. Namun bagaimana manusia itu menggunakan kebijaksanaan itu adalah satu perkara lain kerana kebijaksanaan itu tidak membawa maksud mereka tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Bagaimanapun dari satu sudut, terdapat juga buku yang nilainya hanya layak dicampak ke tong sampah kerana isi kandungannya yang keterlaluan sifatnya seperti pengisahan kisah lucah, pornografi, pembohongan dan pelbagai lagi. Namun secara umumnya terlalu banyak buku yang mempunyai nilai dan faedah yang tinggi pengetahuannya, yang mampu membuka minda dan kepompong pemikiran kita ke arah yang lebih baik. Jadi secara umumnya, manusia itu akan berkelakuan lebih baik dan berhemah jika mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi hasil dari pembacaan buku yang pelbagai. Impak Namun bagaimana pula maknanya menjadi seorang penggila buku. Sama ada kita sedar atau tidak sejak abad ke 19 dan kini memasuki abad ke 20 terlalu banyak impak yang memberi signifikan nyata melalui ilmu pengetahuan yang diperoleh dari buku-buku yang dihasilkan. Seharusnya kita perlu berterima kasih kepada para penggila buku iaitu mereka yang begitu ghairah membaca, mengumpul dan kemudian menghasilkan pelbagai buku yang akhirnya bertanggungjawab membina dunia yang wujud sekarang. Alasannya mudah kerana melalui pembacaan selain pembelajaran, maka seseorang akan cuba mencari kebenaran, maka beliau perlu lebih lagi membaca dan akhirnya akan menulis pula buku mengenai kebenaran yang dijumpainya. Berkembang Sebagai contoh bagi mereka yang gemar membaca buku mengenai perundangan atau ekonomi. Sudah terlalu banyak buku mengenai dua bidang ini ditulis dan ia akan berterusan ditulis mungkin sehingga kiamat. Rata-rata mereka yang menulis mengenai perkara ini pernah membaca karya penulis lain dan ia semakin berkembang melalui pemahaman yang diperolehi. Namun tidak ada satu pun buku yang boleh kita tafsirkan sebagai paling betul kerana ia akhirnya dinilai berdasarkan kesesuaian dan kehendak. Paling tidak pun ia membantu kita dalam beberapa urusan yang berkaitan namun seperti mana ilmu itu sendiri ia akan senantiasa berkembang tanpa ada batasan. Dalam memperihalkan mengenai kaki buku, mereka ini boleh kita katakan antara insan terpilih kerana bukan semua di antara kita mampu untuk menjadi seperti mereka. Bayangkan mereka ini umpama perpustakaan bergerak kerana hampir semua persoalan mampu dijawab secara spontan tanpa perlu dirujuk pada mana-mana buku dan orang tertentu terlebih dahulu. Bibliomania Namun menurut definisi Barat, kaki buku atau digelar sebagai bibliophilia yang maksudnya gemar membaca, mengagumi dan mengumpul buku. Namun jangan tersilap antara bibliophilia dan bibliomania kerana maksud perkataan ini lebih kepada penyakit dihidapi seseorang yang begitu menggilai buku secara keterlaluan sehingga mungkin boleh membahayakan diri dan orang lain. Walaupun sukar untuk kita menerimanya namun menurut Dr. John Ferriar yang mengkaji bidang ini, secara psikologinya mereka ini tidak merbahaya tetapi mungkin boleh bertindak di luar batasan jika buku yang dimahukan terpaksa direbut dengan orang lain. Selain bibliomania terdapat beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan gila buku antaranya bibliophagy yang dikaitkan dengan seseorang yang sanggup makan buku, bibliokleptomania iaitu seseorang yang mencuri buku secara kerap dan bibliotaphy yang berkaitan dengan kegilaan seseorang yang sanggup menanam buku. Penyakit Antara mereka yang pernah dikaitkan dengan penyakit-penyakit di atas adalah Stephen Carrie Blumberg yang pernah ditangkap kerana memiliki buku curi sebanyak 23,600 naskah. Lebih hebat lagi buku-buku ini dicuri di lebih 268 muzium dan universiti di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada dan hampir kesemuanya adalah koleksi buku yang sangat jarang dilihat dan begitu berharga. Blumberg yang ditahan pada 1990 telah dijatuhkan hukuman penjara 71 bulan dan denda AS$200,000 (RM600,000). Lebih mengagumkan nilai buku yang dicurinya mencecah AS$5.3 juta (RM15.9 juta) dan dianggap sebagai kecurian buku paling besar dalam sejarah dunia. Satu lagi contoh bibliomania adalah Sir Thomas Phillipps (1792 - 1872) yang memiliki lebih 160,000 koleksi buku dan manuskrip. Berasal dari keturunan bangsawan namun akhirnya beliau sekeluarga terpaksa hidup berhutang keliling pinggang kerana terlalu gilakan buku-buku lama. Termuda Dunia pernah dikejutkan apabila seorang wanita berusia 18 tahun telah mencipta sejarah sebagai profesor termuda dunia pada 2008. Alia Sabur yang berasal dari New York dilantik menjadi profesor matematik di Universiti Konkuk di Seoul, Korea Selatan tetapi hanya kekal di sana selama setahun. Namun satu perkara menarik tentang beliau adalah kegilaannya membaca sejak dari kecil malah dikatakan mula membaca sejak berusia lapan bulan! Alia mengakui gemar membaca namun lebih meminati bidang matematik sejak kecil. Selain mempunyai wajah yang jelita beliau juga berjaya memperoleh tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri Tae Kwan Do hanya pada usia lapan tahun. Kegilaan Antara nama-nama besar lain yang dikenali dengan kegilaan mereka terhadap buku adalah bekas Presiden AS seperti Thomas Jefferson, ahli falsafah terkenal Adam Smith, bekas Perdana Menteri United Kingdom William Ewart Gladstone dan pencipta watak James Bond, Ian Fleming, sekadar menyebut beberapa nama. Selain itu terdapat juga kelab bagi mereka yang gilakan buku seperti Oxford University Society of Bibliophiles yang ditubuhkan pada 1950, Caxton Club yang diasaskan pada 1895 di Chicago, The Club of Odd Volumes yang diasaskan pada 1887 di Boston dan Grolier Club yang ditubuhkan pada 1884 di New York City. Namun bersesuaian dengan zaman, mungkin buku akan hanya tinggal naskah lusuh tetapi mempunyai nilai tinggi dan berharga dengan kehadiran gajet buku canggih seperti eBooks, iPad dan kindle. Namun waima apa pun kegilaan terhadap buku ini tidak akan mati tanpa mengira zaman walaupun ia sekadar peralatan canggih yang berfungsi di hujung jari. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Jiwa kental Mek HabsahOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Selepas arwah anaknya, Rosmaini meninggal dunia tahun 1996, Mek Habsah mula meninggalkan dunia seni perlahan-lahan. Baginya, pada usia 40 tahun, dia perlu berehat dan bersara daripada menyanyi atau berlakon. "Namun ujian Tuhan itu sangat besar. Kesihatan Mek mula merosot. Kandang-kadang hiba rasa hati, mana taknya, masa sihat dulu kita tidak ingat untuk menjalankan ibadat. Sekarang bila kita mahu berubah, macam-macam penyakit datang. Namun Mek bersyukur kerana masih berpeluang mendekatkan diri kepada-Nya," cerita Mek atau nama sebenarnya Habsah Bakar, 55. 14 tahun lalu, Mek Habsah pernah mengharungi saat genting apabila lebih 10 kali masuk keluar wad kerana menghidap penyakit kerosakan paru-paru sejak 1997. "Mek ketika itu menerima rawatan di Institut Penyelidikan Respiratori (IPR), Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Dulu tempat itu dikenali sebagai Hospital TB. Mek mneghidap bronket tesis pneumonia iaitu kerosakan paru- paru akibat jangkitan kuman. Sejak tahun 1997 hinggalah sekarang, Mek masih lagi diserang penyakit yang sama," ujarnya yang kini bertugas sebagai pembantu khas di Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur. Dengan bantuan ubat dan pemeriksaan kesihatan secara berterusan, penyakit paru-paru Mek Habsah dapat dikawal dengan kurang melakukan kerja berat. "Jika ikutkan, Mek perlu menggunakan bantuan pernafasan oksigen selama 16 jam sehari. Keadaan menjadi lebih teruk apabila jantung tidak kuat mengepam darah dan menyebabkan kaki Mek bengkak. Ini menyebabkan Mek mengalami masalah untuk membuang air kencing secara normal. Jika keadaan ini berlaku, Mek akan ditahan di wad dan doktor terpaksa mengeluarkan air kencing menggunakan tiub saluran air kencing," ceritanya. Sakit sendi Menjangkau usia 50-an, lain pula sakit yang menyerang Mek Habsah. Selain kepayahan menaiki tangga, Mek Habsah sukar berjalan mahupun berdiri lama. Paling menyentuh perasaan Mek Habsah, dia tidak boleh bersolat seperti biasa tetapi perlu dibantu dengan kerusi atau solat sambil duduk. "Doktor memberitahu, penyakit ini memang biasa menyerang orang tua seperti Mek. Sudah empat tahun Mek menderita sakit ini. Alhamdulillah selepas mencuba IZ Wellin, sakit Mek semakin berkurangan. Kini Mek boleh menaiki tangga dan jika melakukan solat sunat dua rakaat, Mek boleh melakukan secara normal," katanya yang bersyukur kerana dapat menunaikan haji dan umrah bersama suami, Rahamis Hamid walaupun ada kekangan kesihatan dirinya. Menurut Mek Habsah, suplemen ini membantu memberi isian (kartillage) kepada sendi agar tulang tidak bergesel. Mulanya, Mek Habsah menghubungi pengeluar IZ Wellin iaitu ZZ Beauty sebagai pengguna biasa dan sejak itu dia diambil sebagai testimoni suplemen ini sejak dua bulan lalu. "Jika dahulu saya akan memakan ubat tahan sakit untuk mengurangkan rasa sakit sendi lutut saya. Kini 90 peratus sakit lutut kanan saya berkurangan dan kiri masih dalam proses baik pulih kerana ia memang berada tahap kronik sejak dulu lagi," luahnya. Dalam pada itu, Mek Habsah juga sibuk menguruskan kedai makannya di Medan Selera, Taman Sri Gombak Ria ,Selangor dan melakukan perkhidmatan spa secara kecil-kecilan di rumah. "Mek bersyukur dikelilingi orang-orang yang banyak memberi sokongan. Suami dan keluarga sentiasa berada di sisi Mek. Manakala majikan sentiasa memahami keadaan Mek. Mek juga berterima kasih kepada pihak ZZ Beauty yang memberi peluang kepada saya mencuba suplemen IZ Wellin dan kolagen tulen mereka," katanya yang berpantang makan seperti kekacang untuk mengelak daripada ghaut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan