Utusan Online - Dalam Negeri |
- Lebih 2,000 termasuk NGO sambut kepulangan PM
- Najib bertemu rakyat program Sepetang Bersama PM di Subang
- Pelan rancakkan niaga francais
Lebih 2,000 termasuk NGO sambut kepulangan PM Posted: Lebih 2,000 termasuk NGO sambut kepulangan PMSEPANG 22 Julai - Lebih 2,000 orang termasuk ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membanjiri dataran Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi ini, untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari lawatan kerjanya di luar negara. Orang ramai yang tiba seawal pukul 9 pagi itu turut disertai beberapa pemimpin kerajaan dan ahli parti komponen serta gabungan Barisan Nasional (BN). Mereka menyambut ketibaan Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari lawatan kerja lapan hari beliau ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali itu dengan kain rentang sepanjang 12 kilometer yang tertera tandatangan 1.2 juta rakyat Malaysia yang menyokong kepimpinannya. Idea menghasilkan kain rentang yang dicetuskan oleh Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) itu dilancarkan secara serentak di 212 lokasi seluruh negara sejak 17 Jun lalu. Malah kempen melakar tandatangan di atas kain rentang itu turut diadakan di perkarangan Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Liverpool 16 Julai lalu. Pada sambutan kepulangan Perdana Menteri pagi ini, parti komponen dan gabungan BN turut meraikan harijadi Najib yang jatuh esok dengan menyediakan sebuah kek sejurus Perdana Menteri dan delegasinya turun dari kapal terbang. Antara yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Turut serta ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk S. K. Devamani. Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader turut hadir pada majlis itu. | ||
Najib bertemu rakyat program Sepetang Bersama PM di Subang Posted: Najib bertemu rakyat program Sepetang Bersama PM di Subang
SUBANG 22 Julai – Hanya tiga jam selepas pulang ke tanah air daripada lawatan kerja selama lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini terus turun padang menemui rakyat. Program Sepetang Bersama Perdana Menteri itu dimulakan pada pukul 1.20 tengah hari dengan menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Masjid Subang Perdana di sini. Selepas itu, Najib terus ke rumah seorang anggota polis, Razali Palal, 46, kira-kira pukul 2.10 petang untuk menukar pakaian sebelum makan tengah hari dan sempat menyambut ulang tahun kelahiran anak Razali, Nur Afiqah, 12, sebelum bersama kira-kira 2,000 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3 di sini. Dalam program di SK Jalan U3 itu, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin selain peruntukan untuk membaiki lima buah rumah menerusi dana 1Malaysia Development Berhad (IMDB). Najib kemudian meneruskan lawatannya ke rumah seorang guru agama yang juga pembimbing haji dan umrah, Hashim Karim, 57, di Kampung Melayu Subang untuk minum petang serta beramah mesra bersama ahli keluarganya. Perdana Menteri yang tiba di rumah Hashim kira-kira pukul 4.30 petang meluangkan masa lebih setengah jam sebelum berangkat pulang dengan titipan tiga naskhah buku agama. Najib turut melawat Gerai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Kampung Melayu Subang serta beramah-mesra dengan peniaga di kawasan tersebut. Ketika di gerai berkenaan, beliau meluangkan masa bermain dam aji bersama salah seorang pelanggan di situ, Hassan Ijoh, 66, selain beramah mesra dengan para peniaga. | ||
Pelan rancakkan niaga francais Posted: Pelan rancakkan niaga francaisOleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 22 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan melancarkan Pelan Pembangunan Francais Kebangsaan akhir tahun ini bagi merancakkan perkembangan model perniagaan itu dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, pelan yang akan menggariskan dasar serta arah baru industri francais itu kini dalam peringkat akhir perangkaannya. "Kerajaan juga kini mempertimbangkan insentif cukai bagi industri ini untuk mempromosikan francais sebagai model perkembangan perniagaan pilihan," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Francais Antarabangsa (FIM) 2011 di sini hari ini. Hadir sama, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Abdul Malik Abdullah. Muhyiddin menambah, kerajaan memperuntukkan RM8 juta dalam bentuk skim pinjaman mudah tahun ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 bagi menggalakkan golongan rakyat berpendapatan rendah menceburi perniagaan francais. Skim itu katanya, menawarkan pinjaman daripada RM5,000 sehingga RM50,000 dengan kadar faedah rendah iaitu sebanyak tiga peratus. Dengan segala insentif kerajaan itu, katanya, bidang francais dijangka meningkat sebanyak dua kali ganda atau 4.3 peratus Keluaran Dalam Negara (GDP) dalam tempoh lima tahun lagi. Menurut Timbalan Perdana Menteri, usaha itu juga akan mewujudkan 2.5 peratus peluang pekerjaan dalam negara dan berkembang kepada 9.4 peratus peluang pekerjaan pada 2020. "Saya yakin industri ini akan berkembang pesat serta berupaya memacu perkembangan ekonomi negara dengan sokongan penuh kerajaan serta kerjasama rapat oleh para penggiat industri francais," katanya. Dalam pada itu Abdul Malik berkata, FIM selama tiga hari yang bermula hari ini tersebut dijangka mencatat jumlah dagangan bernilai RM345 juta. Sebanyak 110 pengusaha jenama francais dari dalam dan luar negara mengambil bahagian dalam FIM kali ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan