Sabtu, 23 Julai 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


DAP, rasuah dan bunuh diri: SPRM usah goyah

Posted:

DAP, rasuah dan bunuh diri: SPRM usah goyah

DAP, rasuah dan bunuh diri: SPRM usah goyah

Bisik-Bisik Awang Selamat

Apa pun kandungan dan rumusan laporan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock (TBH) yang diumumkan kelmarin, semua pihak perlu berlapang dada.

Berdasarkan laporan tersebut, TBH tidak dibunuh sebagaimana yang digembar-gemburkan secara luar biasa oleh pembangkang sejak Julai 2009.

Malah ia dimanipulasi menjadi bahan sentimen perkauman yang keterlaluan. Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya. Persoalan sebenar iaitu gejala rasuah yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tenggelam.

Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar. Inilah kejayaan DAP selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dalam kes tersebut. Jika diamati laporan tersebut, boleh dirumuskan wujud amalan kronisme, penyelewengan dan manipulasi melibatkan kewangan.

Awang setuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa DAP yang sepatutnya memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.

Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sewajarnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerajaan, SPRM dan keluarga TBH. Awang berharap tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik.

Kepada SPRM, usahlah goyah jika ada kandungan laporan suruhanjaya berkenaan yang tidak disenangi dan tidak menggambarkan realiti sebenar. Awang boleh faham, proses soal siasat bukanlah sesuatu yang mudah. Di kebanyakan negara termasuk di Barat, soal siasat suspek atau saksi kes rasuah juga sentiasa terdedah kepada kritikan.

Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. Satu dua insiden bukan cerminan kepada kelemahan atau kegagalan suruhanjaya itu. Awang berharap moral para pegawai dan petugas SPRM tidak akan terjejas. Langkah SPRM menggantung tugas operasi terhadap tiga pegawai yang dikatakan melakukan soal siasat agresif, membuktikan suruhanjaya itu bersikap terbuka.

Namun mereka juga perlu diberi keadilan. Apa pun, peranan mulia yang para pegawai SPRM laksanakan mesti diteruskan dengan penuh yakin, tabah dan profesional.

Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir. Halangan utama adalah daripada golongan korup minda yang mempolitikkan kes rasuah sebagaimana dilakukan pemimpin DAP. Pemikiran yang korup itulah yang akhirnya menjadikan SPRM sebagai kambing hitam dan mangsa politik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rapuhnya psikologi

Posted:

Rapuhnya psikologi

Rapuhnya psikologi

Bisik-Bisik Awang Selamat

Awang tidak faham mengapa perbuatan bunuh diri ketika atau selepas soal siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes rasuah menjadi isu besar.

Di banyak negara lain, tindakan memudaratkan diri sendiri bukan sesuatu yang asing dalam penyiasatan kes rasuah.

Awang pernah menulis tentang hal ini dan ingin memaparkannya semula. Pada tahun lalu, beberapa pegawai awam di China bertindak membunuh diri disebabkan kemurungan, kebanyakannya ada kaitan dengan kes rasuah. Malah ada laporan media China menyebut bahawa membunuh diri sebagai salah satu cara bagi mengelakkan lebih banyak perkara terdedah dan bagi melindungi maruah keluarga.

Di Taiwan, saksi utama perbicaraan kes rasuah isteri bekas Presiden Taiwan, Chen Sui-bian bertindak membunuh diri hanya sejam selepas memberi keterangan pada Disember 2008.

Di Jepun, beberapa pegawai kanan awam dan anggota parti LDP membunuh diri ketika siasatan satu skandal rasuah yang hangat diperkatakan pada 1989.

Di Filipina, bekas panglima tentera, Jeneral (B) Angelo Reyes membunuh diri ketika siasatan satu skandal rasuah dan penyelewengan dana tentera. Banyak lagi kes membunuh diri atau cuba membunuh diri apabila perbuatan atau kegiatan mereka diketahui mahupun disiasat oleh pihak berkuasa pencegahan rasuah dan polis.

Apatah lagi jika ia melibatkan kartel, yang situasinya lebih kompleks. Meskipun kebanyakan kes itu tidak melibatkan kematian di premis pihak berkuasa, isunya tetap sama iaitu tertuduh atau saksi yang malu, tertekan dan murung mengambil jalan keluar sendiri.

Ada kes orang yang membunuh diri tidak mahu mengkhianati ketua atau organisasi mereka. Beberapa pakar termasuk Dr. Alex Lickerman dari University of Chicago dan kolumnis majalah Psychology Today melihat kebanyakan kes tersebut berpunca daripada kerapuhan psikologi individu.

Di Malaysia, kes bunuh diri semakin meningkat termasuk daripada kalangan orang muda dan remaja. Konflik emosi yang tidak mampu dikawal adalah penyakit generasi muda hari ini.

Awang sekadar ingin menyebut salah satu daripada sekian banyak kes. Baru-baru ini, seorang pelajar lelaki tingkatan enam sebuah sekolah menengah kebangsaan Cina bertindak terjun bangunan dan mati selepas menerima nasihat daripada guru kaunseling.

Kisah sedih itu berlaku selepas terdapat aduan bahawa dia cuba menganggu seorang pelajar perempuan. Pelajar yang mati itu juga punya masa depan yang cerah dan keluarganya kehilangan harta yang paling bernilai - anak. Tetapi dalam menggarap persoalan bunuh diri ini, apakah guru kaunseling itu yang mahu dipersalahkan?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved