Sabtu, 23 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Biak gamat secara komersial

Posted:

Biak gamat secara komersial

Biak gamat secara komersial

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my

SETIU 22 Julai – Selain Langkawi, Terengganu berkemampuan menjadi negeri pengeluar utama gamat atau 'timun laut' di negara ini setelah hasil kajian mendapati perairan negeri ini sesuai untuk pembiakan gamat secara komersial.

Dalam usaha ke arah itu, Jabatan Perikanan negeri dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan menghasilkan tukun inovasi penstabilan fosil khusus bagi keluarga timun laut 'stichopodidea' tersebut.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zakaria Ismail berkata, kajian oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), USM sejak tiga tahun lalu mendapati perairan negeri ini memang sesuai untuk pembiakan gamat.

Katanya, sebagai langkah perintis, sebanyak 15 unit tukun tiruan diturunkan di perairan Teluk Rotan di Pulau Redang dekat sini, sebagai tempat pembiakan gamat sebelum ia dipatenkan dan dikomersialkan sebagai satu komponen kultur marin.

Beliau berkata, tukun inovasi yang direka khas dan unik itu khusus kepada spesies gamat yang mana dindingnya dipasang dengan campuran bahan fosil termasuk cengkerang laut, pasir laut dan batu karang dengan konkrit.

"Saya yakin tukun inovasi seberat satu tan itu mampu menarik spesies gamat serta mampu membiak dengan baik yang sekali gus dapat dikomersialkan di negeri ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran tukun tersebut dekat perairan Pulau Redang, di Sutra Beach Resort di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Penyelaras projek tersebut, Prof. Madya Dr. Farid Che Razali, Ir. Shukri Omar dan Siti Hajar Yahya dari PPSK, USM dan Syed Abdullah Syed Abdul Kadir dari Jabatan Perikanan Malaysia (FRI) Rantau Abang, Dungun.

Menurut Zakaria, timun laut bukan hanya mempunyai nilai komersial tetapi juga nilai perubatan yang digunakan sejak turun temurun daripada bentuk tradisional sehingga kepada penerapan teknik bioteknologi.

Beliau menjelaskan, terdapat kira-kira 40 spesies gamat hidup di perairan negara ini dan dua spesies yang popular ialah gamat emas dan gamat sawa yang disifatkan sebagai 'ginseng laut'.

Zakaria menarik perhatian, Jabatan Perikanan negeri telah menurunkan kira-kira 1,008 unit tukun tiruan untuk pembiakan ikan sejak 2006 sehingga akhir tahun lalu.

"Setiap satu tukun yang dianggarkan seberat antara 10 hingga 15 tan itu, mampu bertahan sehingga 20 tahun dan tukun untuk gamat ini adalah yang pertama,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan dilancar

Posted:

Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan dilancar

Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan dilancar


Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan pelajar yang menerima sumbangan pada Majlis Pelancaran Skuad Sayang dan Gelombang Merah di SK Abdul Hamid, Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 22 Julai - Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan dilancarkan semalam dalam usaha pergerakan itu membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pelancaran tersebut dilakukan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan dihadiri kira-kira 3,000 ahli pergerakan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Abdul Hamid (1), di sini.

Pada majlis itu, Shahrizat turut melancarkan gerakan Gelombang Merah Wanita UMNO negeri yang antara lain berperanan mendekati rakyat di peringkat akar umbi bagi mengembalikan sokongan mereka kepada BN dan UMNO.

Beliau menjelaskan, dengan pelancaran Skuad Sayang dan Gelombang Merah, wanita UMNO akan menjadi tulang belakang kepada BN dan UMNO bagi menghadapi PRU-13 dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk mendekati rakyat.

"Aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan secara sukarela tidak semestinya besar, sekadar menjenguk orang yang sakit pun sudah memadai untuk mendekati kumpulan sasar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Gelombang Merah dan Skuad Sayang Wanita UMNO Negeri di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Abdul Hamid (1) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian, Datuk Hanafi Mamat; Ketua Wanita UMNO negeri; Rahimah Mohamad dan Komandan Skuad Sayang Wanita UMNO negeri, Zarina Md. Eusope.

Pada majlis tersebut, Shahrizat turut menyampaikan sumbangan daripada Wanita UMNO sebanyak RM15,000 kepada Madrasah Darul Saadah di sini, manakala RM15,000 lagi kepada kepada SK Dato' Abdul Hamid (1).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10,000 meriahkan Karnival Peladang

Posted:

10,000 meriahkan Karnival Peladang

10,000 meriahkan Karnival Peladang

PASIR MAS 22 Julai - Lebih 10,000 orang dijangka memeriahkan Karnival Peladang Kelantan di pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chetok di sini, bermula esok.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPK Chetok, Che Kamarul Wzaman Che Haron berkata, karnival tiga hari itu julung-julung kali diadakan melibatkan lebih 60 gerai jualan dan pameran yang memasarkan pelbagai hasil pertanian.

"Karnival itu diadakan selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan semangat kerjasama terutamanya sesama ahli dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, karnival itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan dipenuhi dengan pelbagai program menarik termasuk persembahan kebudayaan dan sukaneka.

Katanya, beberapa anugerah turut diberikan antaranya Peladang Jaya, Peladang Muda dan gerai pameran terbaik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved