Sabtu, 23 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemandu lori hancur digilis kereta

Posted:

Pemandu lori hancur digilis kereta

Pemandu lori hancur digilis kereta

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

ALOR GAJAH 23 Julai - Seorang pemandu lori maut digilis beberapa buah kenderaan sehingga hancur ketika melintas lebuh raya di Kilometer 207, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.15 malam, Abd. Aziz Ramli, 46, mati di tempat kejadian setelah dilanggar sebuah kereta ketika cuba melintas lebuh raya berkenaan.

Mayatnya yang tercampak kemudian digilis sehingga hancur oleh beberapa buah kenderaan lain yang tidak menyedari mangsa di atas lebuh raya berkenaan.

Anak saudaranya, Muhammad Amirul Ridzuan Mohd. Sabri, 17, yang melihat sendiri nahas ngeri itu berkata, sebelum kejadian, lori yang dipandu bapa saudaranya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan dari Subang, Selangor menghala ke Melaka.

Menurutnya, arwah terpaksa menumpang kereta pengguna lebuh raya itu untuk ke stesen minyak berhampiran dan menumpang kenderaan lain untuk kembali ke lorinya.

"Ketika kejadian, arwah sudah membeli minyak dan sedang menyeberangi jalan. Ketika tiba di laluan paling kanan, arwah dilanggar oleh sebuah kereta dan tercampak ke seberang jalan sebelum digilis beberapa kereta lain hingga hancur," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini hari ini.

Muhammad Amirul Ridzuan berkata, dia yang melihat kejadian itu tergamam sebelum cuba menahan kereta untuk meminta pertolongan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

"Mayat mangsa yang berasal dari Jalan Kuching, Kuala Lumpur dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya.

Menurut beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Eksekutif pemasaran maut dalam nahas

Posted:

Eksekutif pemasaran maut dalam nahas

Eksekutif pemasaran maut dalam nahas


BEGINILAH keadaan kereta dinaiki Shakeera Hani Aznan yang dipandu oleh Abd. Salimi Abd. Halim terlibat dalam kemalangan di Kilometer 401.8, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Hulu Bernam, Selangor, semalam.


HULU SELANGOR 23 Julai - Seorang eksekutif pemasaran wanita di Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (Umes) maut selepas tercampak ke dalam gaung sedalam 10 meter apabila kereta Proton Inspira yang dinaikinya terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum merempuh besi penghadang jalan.

Nahas ngeri itu berlaku di Kilometer 401.8, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Hulu Bernam di sini kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi.

Sejurus selepas kejadian itu, sepasukan polis bersama anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Tanjung Malim bergegas ke tempat kejadian namun gagal menemui mangsa.

Selepas tiga jam operasi mencari dijalankan, mayat Shakeera Hani Aznan, 26, yang baru empat bulan bekerja di Bahagian Pemasaran akhbar Kosmo! ditemui di dalam semak gaung kira-kira 10 meter dari lokasi kemalangan pada pukul 4 pagi.

Rakan sekerjanya yang memandu kereta tersebut, Abd. Salimi Abd. Halim, 31, hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi Yahya berkata, ketika kejadian, kereta dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang dari Pulau Langkawi menghala ke ibu negara.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, tayar hadapan kenderaan itu pecah menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi lebuh raya.

"Kenderaan itu kemudian berpusing beberapa kali sebelum melanggar besi penghadang lebuh raya menyebabkan mangsa yang duduk di sebelah pemandu tercampak dan jatuh ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Awan Larut, Taman Yarl di Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pukul 3 petang.

Kata beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, abang mangsa, Alaric Aznan berkata, dia dan keluarganya terkejut dan sedih sebaik sahaja dimaklumkan berita yang menimpa adiknya.

"Kami sekeluarga reda di atas pemergiannya," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Iklan akhbar Kosmo!, Stella Abdullah berkata, Allahyarham Shakeera Hani yang baru bekerja empat bulan di Umes sempat ditemui sebelum bercuti untuk ke majlis perkahwinan rakannya di Langkawi.

"Walaupun baru bekerja di syarikat ini, dia seorang yang berdedikasi di dalam menjalankan tugasnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved