Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Reds hebat kita menyengat

Posted:

Reds hebat kita menyengat

Reds hebat kita menyengat

Oleh ABD. HAFIZ AHMAD dan FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my


PEMAIN pertahanan Malaysia, Helmi Remeli (dua kiri) menghalang percubaan pemain Liverpool, Sotirios Kyrgiakos pada perlawanan persahabatan sempena Siri Jelajah Asia kelab Liga Perdana England itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR – Kalah tapi ada peningkatan. Itu perwatakan yang dipamerkan skuad kebangsaan apabila tewas 3-6 kepada Liverpool dalam aksi persahabatan dalam Siri Jelajah Asia kelab itu di Stadium Nasional, semalam.

Walaupun kalah, pujian harus diberikan kepada skuad Datuk K. Rajagobal yang bangkit selepas ketinggalan 4-1 pada babak kedua untuk merapatkan jurang gol kepada 4-3.

Namun akibat kelalaian benteng pertahanan, Malaysia akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Liverpool, apabila melepaskan dua gol pada masa kecederaan.

Safee Sali paling mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit selepas dimasukkan pada babak kedua.

Keupayaan meledak dua gol sewajarnya menjadi amaran kepada Singapura, apabila berdepan Malaysia pada kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai ini.

Aksi menarik semalam bermula dengan skrip yang sama ketika menentang Arsenal Rabu lalu berulang buat Harimau Malaya, apabila Liverpool mendahului hasil sepakan penalti pada minit ke-24.

Ia bermula apabila pemain pertahanan Fadhli Shas dipersalahkan kerana menjatuhkan Andy Carroll.

Namun, keputusan pengadil Nagor Amir Noor Mohamed memberikan penalti mencetuskan kontroversi kerana Carroll yang melanggar Fadhli.

Pemain yang baru dibeli Liverpool, Charlie Adam mudah menyempurnakan penalti, walaupun sepakan pertamanya dibatalkan

Ketinggalan satu gol tidak melenyapkan semangat pemain negara sebaliknya bangkit mengikat kedudukan apabila ketua pasukan, Safiq Rahim menggegar jaring lawan dengan gol menarik hasil sepakan bebas.

Ia seakan-akan menjadi tradisi buat Safiq apabila sebelum ini menjaringkan gol yang hampir sama iaitu pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan pertama menentang Taiwan, di mana Malaysia menang hasil kelebihan gol di tempat lawan.

Liverpool akhirnya membuktikan kehebatan sebenar, ditambah dengan kelalaian pertahanan Fadhli dan Muslim Ahmad, apabila menjaringkan gol pada minit ke-64 dan 65 melalui David Ngog untuk menjadikan kedudukan 3-1.

The Reds menambah jaringan keempat pada minit ke-74, melalui Maxi Rodriguez namun seperti harimau luka, Malaysia berjaya merapatkan jurang 4-3 hasil kehebatan Safee, yang tenang memperdayakan benteng pertahanan Liverpool.

Hajat untuk Harimau Malaya menjaringkan gol penyamaan berkecai apabila kelalaian pertahanan Malaysia membolehkan Rodriguez dan Dirk Kuyt menambah gol Liverpool pada masa kecederaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Safee, Safiq pikat Clarke

Posted:

Safee, Safiq pikat Clarke

Safee, Safiq pikat Clarke


Pemain Liverpool berjalan keluar padang sambil bertepuk tangan bagi menghargai peminat yang menyaksikan perlawanan dengan skuad Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR – Ketua pasukan negara, Safiq Rahim dan penyerang gantian, Safee Sali mendapat pujian tinggi daripada penolong pengurus Liverpool, Steve Clarke hasil tiga jaringan mereka pada minit ke-42, ke-82 dan ke-86 perlawanan persahabatan sempena Siri Jelajah Asia kelab England itu, semalam.

"Sepakan bebas yang hebat oleh No. 8 (Safiq) dan No. 10 (Safee), dia seorang penyerang yang hebat," ulas Clarke pada sidang akhbar selepas perlawanan yang menyebelahi anak buahnya menang 6-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Malah pemangku tugas Kenny Dalglish yang terpaksa pulang ke England atas sebab kontrak Stewart Downing yang baru dibeli, menegaskan: "Malaysia mempunyai sebuah pasukan yang patut anda (penyokong) banggakan.

"Jika dinilai keseluruhannya, pasukan lawan memang mengagumkan saya tetapi jika anda mahu namakan individu yang menjaringkan gol itulah gerangannya," katanya.

Katanya, anak buah Datuk K. Rajagobal menunjukkan tentangan yang bagus dan gagah terhadap 'Jamie Carragher dan Rakan-rakan' sehingga beroleh tiga gol dan nyaris mengejutkan lawan dan menyamakan kedudukan ketika 3-4.

"Babak kedua rupa-rupanya lebih sukar daripada yang disangka dan berbeza daripada babak terdahulu. Jika lawan tidak hebat, mana mungkin mereka dapat jaringkan tiga gol.

"Namun saya tidak salahkan barisan belakang atau penjaga gol kami," katanya yang turut mengalu-alukan peluang pada masa hadapan untuk menerajui Liverpool pada satu hari nanti.

Sementara itu kata pemain The Reds, Charlie Adam berkata, Malaysia begitu sukar dijinakkan rakan sepasukannya, biarpun mereka masih mencipta pelbagai peluang jaringan dan memiliki kelebihan fizikal serta penguasaan bola.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved