Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


2 rumah, masjid rosak dipukul ribut

Posted:

2 rumah, masjid rosak dipukul ribut

2 rumah, masjid rosak dipukul ribut

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my

MENTAKAB 16 Julai - Sebuah bengkel, dua buah rumah dan sebuah masjid rosak dalam kejadian ribut di Kampung Desa Bakti di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, rumah Imam Masjid Kampung Desa Bakti itu, Ramli Mat Zali, 73, antara yang mengalami kerosakan pada bahagian bumbungnya akibat diterbangkan angin kencang.

Ketika kejadian, Ramli sedang bersiap untuk menunaikan solat asar sebelum dikejutkan dengan dentuman guruh dan petir diiringi angin kencang yang menyebabkan kerosakan pada bumbung.

Dalam kejadian itu, Ramli berada di dapur rumah untuk mengambil wuduk.

''Saya sempat melihat panahan petir di luar rumah dan sekelompok sampah berterbangan dibawa angin kencang seperti puting beliung yang terus merempuh bumbung rumah saya.

''Dalam kekalutan itu, saya cuba azan tetapi tidak bersuara sebelum seorang anak dan isteri menarik saya ke ruang tamu untuk berlindung," katanya.

Ramli memberitahu, ketika cuba menyelamatkan diri untuk berlindung, atap zink dapur dan beberapa batang kayu tercabut dan melayang.

Pada masa sama, katanya, angin kencang itu menerbangkan bumbung bengkel kereta milik anaknya di depan rumah sejauh lebih 10 meter.

''Bumbung bengkel anak saya jatuh betul-betul di atas jalan utama Temerloh ke Karak dan nasib baik ketika kejadian tidak banyak kenderaan lalu lalang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pahang lantik semula ketua kampung

Posted:

Pahang lantik semula ketua kampung

Pahang lantik semula ketua kampung


Adnan Yaakob menyampaikan sumbangan kepada warga emas, golongan miskin dan pesakit kronik di Telemong, Bentong, petang semalam. - MINGGUAN/ALI MAHMOOD


BENTONG 16 Julai - Kerajaan Pahang bersetuju melantik semula 583 ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang tamat tempoh perkhidmatan mereka pada 30 Jun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pelantikan tersebut diputuskan pada mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, Rabu lalu.

Katanya, pelantikan serta-merta itu berkuat kuasa sehingga 31 Disember ini.

''Kerajaan negeri melantik semula semua ketua kampung dan pengerusi JKKK setelah mendapat sokongan wakil rakyat yang berpuas hati terhadap tugasan dan prestasi mereka selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampai bantuan wang tunai kepada warga emas, golongan miskin dan pesakit kronik di Telemong dekat sini semalam.

Menurut Adnan, kerajaan negeri amat menghargai tugas dan peranan ketua kampung serta pengerusi JKKK dalam membantu melaksanakan pembangunan di kawasan masing-masing.

"Tugas ketua kampung penting bukan setakat menjaga kemajuan dan keselamatan kampung tetapi membantu kerajaan mencorakkan pembangunan setempat yang memberikan manfaat kepada penduduk," katanya.

Sehubungan itu, Menteri Besar menasihati mereka yang dilantik semula supaya menggalas tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas dan tidak memilih bulu, budaya, kaum atau fahaman politik.

Ketua kampung tegasnya, memainkan peranan besar di peringkat akar umbi kerana menjadi 'mata dan telinga' kerajaan untuk menentukan maju atau mundur sesebuah kampung serta mukim.

Selain menterjemahkan dasar dan pembangunan kerajaan kepada penduduk, tambahnya, peranan ketua kampung dapat menentukan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencari kerja serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN

Posted:

Pencari kerja serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN

Pencari kerja serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN

KUANTAN 16 Julai - Ribuan pencari kerja terutama lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) menyerbu Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) pada hari pertama dan kedua di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini.

Kebanyakan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mencari pekerjaan yang ditawarkan oleh 74 agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam karnival selama tiga hari itu mulai semalam.

Seorang pengunjung, Nurul Amaliana Mohd. Rosli, 25, berkata, penganjuran karnival tersebut amat dinanti-nantikan olehnya dan rakan-rakan memandangkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan amat sengit.

Menurut graduan lepasan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, pelbagai peluang kerjaya ditawarkan pada karnival tersebut seperti dalam sektor perladangan, perindustrian, perkhidmatan dan perhotelan yang membolehkan pengunjung membuat pilihan pekerjaan.

"Saya juga menggunakan saluran lain untuk mendapatkan pekerjaan seperti di Internet dan iklan akhbar tetapi dengan cara sebegini, kita akan berpeluang ditemu duga secara terus," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi seorang mekanik, Mohd. Yusdi Mat Yasin, 25, walaupun mempunyai kerjaya sendiri, dia turut berhasrat menceburi bidang lain yang lebih mencabar selain mencuba sesuatu yang baru.

"Saya ingin mencuba bidang baru sesuai dengan kelulusan yang saya miliki dan pada masa sama mahu mencari dana untuk mengembangkan lagi perusahaan bengkel saya," kata lulusan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) itu.

Siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Farihah Abdullah, 22, pula berpendapat, penganjuran karnival itu memberi manfaat kepada generasi muda selain dapat dapat menangani masalah pengangguran di negara ini.

''Lepasan universiti harus rebut peluang sebegini dan ternyata karnival ini memberi faedah kepada semua sekali gus dapat meningkatkan taraf ekonomi negara kita.

''Saya berterima kasih kepada penganjur iaitu Pemuda BN yang mengambil inisiatif menganjurkan karnival ini dan prihatin dengan nasib mereka yang masih belum mempunyai pekerjaan,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved