Utusan Online - Hiburan |
Tempelak artis tak berdisiplin Posted: Tempelak artis tak berdisiplinOleh SYED MUSSADDAD MAHDI
BERANGAN hebat dan menyusahkan orang, mungkin itu senario yang sedang berlaku pada segelintir artis baru hari ini. Biarpun kebanyakan mereka memberi seribu satu alasan disebabkan hal yang dah terjadi, tetapi semua itu hanya alasan untuk menutup kesalahan diri. Isu datang lambat, menyusahkan orang dan bermacam-macam hal lain yang berlaku sebenarnya menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah artis yang bergelar pelakon. Dek kerana kelewatan orang lain tiba ke lokasi, mereka juga terheret sama dalam hal tersebut. Isu ini bukan isu baru dalam industri kita. Ia tak ubah seperti barah yang merebak dalam diam sedangkan orang lain hanya memandang tanpa melakukan apa-apa. Dan disebabkan hal itu juga ada yang melabel kerja pelakon adalah menunggu. Bagaikan tidak ada penyelesaian kepada isu ini beberapa pelakon kita pernah mencetuskan kontroversi akibat masalah datang lewat ini. Pelakon Aaron Aziz dan Fizz Fairuz pernah 'mengamuk' dalam Twitter, marahkan pelakon lain yang tiba lewat ke lokasi penggambaran. Tak cukup dengan itu, pelakon Iqram Dinzly juga pernah dituduh datang lewat sehingga menyebabkan namanya panas. Bukan mahu mencari salah sesiapa, tetapi inilah senario yang berlaku hari ini. Isu biasa tetapi tak pernah ada kesudahan. Malah, pelakon Nazim Othman juga pernah melakukan perkara yang sama. Meluah perasaan kepada segelintir artis lain yang tak pandai untuk menghormati masa orang lain. Benarkan pelakon kita semakin diva dan menyusahkan orang lain? "Tidak timbul isu diva atau rasa diri bagus. Bagi saya semua orang kena menghormati masa orang lain kalau nak jadi pelakon yang berdisiplin. Kalau masa orang lain pun dia tak hormat, macam mana nak kekal lama dalam industri. "Saya tidak mahu dedah apa yang dah berlaku. Kalau boleh saya hanya mahu orang-orang itu tahu erti kesabaran orang lain yang menunggu mereka tiba. Kalau nak kata saya tak sabar, rasanya dah lama saya lari. Dek kerana sabar inilah saya masih ada dalam industri. "Kalau berlakon tu kita libatkan pasukan yang besar. Kalau 20 orang dah ada tapi hanya menunggu satu pelakon tiba, tak ke memberikan masalah kepada kumpulan yang lagi besar ni. Kalau selalu jadi macam tu, memang tak patut sebenarnya. "Bukan saya rasa saya bagus sangat sebab datang awal. Tapi kesian tengok orang lain tunggu artis A atau artis B sedangkan mereka sudah tahu jadual masing-masing. Ini yang berlaku dalam industri kita dan soalan saya sampai bila kita kena hadap perkara ini?" jelas Nazim. Dalam pada itu pelakon yang cukup terkenal dengan drama Begitukah Cinta tidak menafikan yang kerjaya sebagai pelakon memang untuk menunggu. Namun tegasnya lagi, seharusnya tugas pelakon itu menunggu untuk penggambaran dan bukannya menunggu pelakon lain sampai. Dalam nada yang cukup merendah diri, Nazim berpendapat masalah sebegini tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Setidak-tidaknya perlu ada jalan penyelesaian kepada untuk mereka yang 'bermasalah' ini agar tidak terus menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain. "Orang lain selalu cakap kerja sebagai pelakon kena menunggu. Ya, memang kerja menunggu dah jadi sebahagian daripada hidup pelakon. Tapi kalau kena menunggu orang lain sampai macam mana pula tu? "Sebab tu kita kena sedar diri siapa kita. Kalau nama besar sekalipun jangan sesekali kita buat hal dengan orang lain. Kalau nak cakap pasal kecewa dengan perkara ni, terus terang saya cakap saya kecewa dengan sesetengah artis lain yang sering bagi masalah pada keseluruhan pasukan produksi. "Jangan sesekali pentingkan diri sendiri. Popular macam mana pun kalau disiplin tak ada tak guna juga. Sebab tu saya harap saya tak termasuk dalam mereka yang tak berdisiplin ini. Saya pun tak bagus mana, tapi sekurang-kurangnya saya tak saya tak mahu jadi pembawa masalah pada orang lain," jelas lelaki yang berusia 27 tahun ini lagi. Bercerita mengenai hal kerjaya pula, tidak dinafikan nama Nazim semakin dikenali ramai dengan pelbagai drama popular yang menghiasi kaca televisyen sejak tiga tahun yang lalu. Namun dalam usia yang sebegini matang, dia masih lagi disogokkan dengan watak remaja atau sebagai penuntut universiti yang sedikit sebanyak menimbulkan rasa resah bagi sebilangan besar peminat setia pelakon ini. Tidak mahu terus dilihat klise, Nazim berpendapat itu merupakan resam bagi orang baru sepertinya. Biarpun dalam hati kecilnya cukup mendambakan watak yang lebih berat dan mencabar, dia akur dengan kehendak orang yang mahu dia menjadi seperti itu dan ini dalam sesebuah karya. "Pemilihan watak itu cukup penting dalam kerjaya saya. Kalau orang cakap saya memang memilih, terpulang. Kalau watak tu memang tak sesuai dengan saya, untuk apa saya terima? "Saya pernah tolak tiga tawaran berlakon filem semata-mata kerana watak yang yang ditawarkan tak bersesuaian dengan saya. Bukan soal berlagak atau tak, tapi soal kepuasan itu yang lebih penting. "Kalau berlakon drama tak ada masalah tapi ini melibatkan filem. Saya ada hala tuju untuk sendiri. Kalau bukan sekarang, insya-Allah pada masa hadapan akan ada peluang itu," kata Nazim yang akan muncul dalam drama Impian Raya Emelyn. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Julia Perez berbikini masuk bank Posted: Julia Perez berbikini masuk bank
LEPAS satu, satu lagi kontroversi muncul. Nampaknya Julia Perez memang selalu mencari isu untuk mensensasikan diri sendiri. Terbaru, dia dikhabarkan masuk ke sebuah bank di Bali dengan hanya memakai baju dan seluar dalam . Kejadian tersebut berlaku ketika Julia sedang bercuti bersama kekasih hatinya Gaston Castano di pulau peranginan itu. "Saya sebenarnya mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM. Tiba-tiba sahaja elektrik terputus dan kad bank saya itu tertelan dalam mesin. "Saya panik seketika dan terus bergegas masuk ke dalam bank untuk meminta bantuan," katanya menjelaskan duduk perkara. Tindakan Julia itu ternyata mengundang kejutan ramai. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan