Utusan Online - Politik |
Posted: Sejarah akan menghukum AnwarOleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA KUALA LUMPUR 16 Julai - Sejarah pasti akan menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penderhaka paling jijik negara dan sejarah juga akan merakamkan kehebatan rakyat melawan penderhaka seperti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, dalam sejarah negara ini, tidak ada pemimpin politik yang sanggup menghina negara seperti dilakukan oleh Anwar. Penasihat PKR itu dakwanya, adalah pengkhianat negara moden seangkatan pengkhianat silam yang satu ketika dahulu pernah meruntuhkan empayar Kesultanan Melayu Melaka. "Orang desperado seperti Anwar akan buat apa sahaja untuk merosakkan nama negara demi menutup kesalahan dan kegagalannya. Dulu dia hina batik Malaysia di Indonesia dan dia akan guna apa saja termasuk media luar untuk terus menghina negara. "Namun, kita jangan gusar dan bimbang. Negara dulu pernah dihina semasa awal zaman reformasi dengan serangan media luar termasuk kehadiran pemimpin Amerika Syarikat (AS) seperti Al Gore. "Tetapi, kita buktikan pada dunia serangan seperti itu tidak menjadi kudis malah Malaysia tetap utuh dengan pemimpin dan rakyat yang setia dan menolak sebarang bentuk penderhakaan," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar dan pihak pembangkang yang gemar menggunakan media asing untuk memburukkan nama negara. Terbaru, lidah pengarang Wall Street Journal (WSJ) melaporkan maklumat salah berhubung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula mendakwa kesalahan laporan WSJ berhubung perhimpunan haram Bersih adalah bukti terbaru Anwar dan sekutunya bersekongkol dengan anasir luar bagi memburukkan imej negara. Beliau berkata, sememangnya Anwar adalah 'anak emas' kepada media asing yang mempunyai agenda jahat menaikkan pemimpin tempatan yang boleh tunduk kepada kehendak mereka. "Ini membuktikan Anwar, pakatan pembangkang dan Bersih mengutamakan kehendak anasir luar yang telah menaja mereka agar perhimpunan haram tersebut diteruskan. "Bantahan majoriti rakyat tempatan yang tidak mahu perhimpunan haram itu diteruskan tidak dipedulikan oleh Anwar, pakatan pembangkang dan Bersih," katanya. Oleh itu, katanya, jelaslah Anwar dan anasir luar saling memperguna dan dipergunakan demi menjayakan agenda jahat untuk menguasai negara biarpun melalui 'jalan belakang'. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Kedah tunduk tekanan DAPOleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH ALOR SETAR 16 Julai - Kerajaan Pas Kedah akhirnya tunduk kepada bantahan pelbagai pihak terutama sekutunya DAP apabila hari ini memutuskan untuk menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri ini daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan nanti. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pada masa sama, pihak pentadbiran kerajaan negeri juga telah diarahkan supaya mencari jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan semua pihak. Menurut beliau, satu pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan yang terlibat juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan. "Saya fikir kita telah menemui satu jalan penyelesaian seperti menetapkan syarat-syarat tertentu dengan pengusaha pusat hiburan tidak membenarkan premis mereka dikunjungi mereka yang beragama Islam. "Semua ini akan ditentukan dalam perbincangan antara pentadbiran kerajaan negeri dengan pengusaha terbabit nanti," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang turut menyerahkan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan mengenai isu berkenaan di Sri Mentaloon di sini hari ini. Kerajaan Pas Kedah Rabu lalu mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Keputusan itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk DAP dengan Pengerusinya, Karpal Singh semalam dilaporkan memberi kata dua supaya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan berkenaan. Azizan berkata, berikutan perkembangan terbaru itu, isu berkenaan boleh dianggap selesai dengan pihak yang terlibat hanya perlu menunggu arahan terbaru daripada pihak pentadbiran negeri selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan dalam tempoh sehari dua lagi. Dalam pada itu, mengenai kata dua yang diberikan DAP supaya Pas khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, Azizan berkata, beliau tidak mahu menjawab mengenainya kerana tidak mahu perkara itu berlarutan. Katanya, sebagai orang lama dalam politik, beliau dan DAP perlu menyelesaikan isu berkenaan secara dalaman dan bukan menggunakan media untuk mencari jalan penyelesaian. "Saya pun dikira sebagai orang lama dalam politik dan DAP pun orang lama, biar selesai atas semangat pakatanlah. Tak payah kita masuk surat khabar. Surat khabar bukan untuk penyelesaian. "Apa yang dia orang (DAP) kata itu, dia katalah... saya tidak mahu kata apa," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan