Sabtu, 16 Julai 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Inspirasi kembara warisan asli

Posted:

Inspirasi kembara warisan asli

Inspirasi kembara warisan asli

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my


CAMEL Active kembali dengan koleksi barangan musim luruh dan sejuk terbaharu yang berkualiti tinggi.


DIINSPIRASIKAN oleh para pengembara ekspedisi awal kurun ke-20, Camel Active kembali lagi dengan koleksi barangan musim luruh dan sejuk terbaharu yang berkualiti tinggi.

Berkonsepkan elemen gaya pengembara yang vintaj serta pengaruh retro alpine, ia membawa peminat jenama tersebut ke destinasi pengembaraan merentasi kawasan pedalaman serta urban Rusia.

Kain bulu biri-biri serta kapas yang ringan digabungkan dengan fabrik moden berfungsi seperti karbon serta nilon yang melindungi pengguna yang lasak.

Bersesuaian dengan gaya vintaj serta retro itu, warna koleksi terbaharunya lebih kepada warna seperti asap, kotor, berfros dan berdebu.

Warna fros seperti kelabu dan hijau digandingkan dengan warna petrol dan plum. Warna berkarat, perang serta khakis dilihat menerusi penonjolan warna buah labu dan saffron, manakala warna biru pekerja dan hijau tentera digabungkan dengan warna merah Rusia.

Jaket ala tentera dengan pelindung kepala serta bulu binatang tiruan, disertakan dengan jaket berlengan pendek dan jaket kulit biri-biri memberi penampilan maskulin yang mencengkam badan.

Koleksi ini juga memiliki jaket kulit lengan pendek yang diperbuat daripada kulit anak lembu.

Sebagai tambahan, kot ramping dan blazer turut diberi penampilan baru iaitu disudahi dengan tenunan kasar berbutang tiga yang klasik dengan kolar bulat serta panjang.

Kain tenunan yang besar tetapi ringan dengan rasa lembut seperti tweed dan boucle menyerikan lagi gaya kelelakian.

Corak farisile serta norwegian memberikan rasa musim sejuk kepada koleksi ini sekali gus mewakili tema pengembaraan alpine. Ia turut didatangkan dengan warna corak di bahagian dalam hingga ke luar.

Selain itu, ciri-ciri polos dan kemeja T yang asas melengkapi lapisan pelindung dengan gaya keseluruhan yang diinspirasikan daripada pengembara vintaj.

Tema baru koleksi Camel Active kali ini adalah jaket berbutang. Dalam koleksi tersebut, pemakai akan kelihatan ramping dengan corak kekotak yang banyak poket ala tentera dengan pelapik di bahagian bahu.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan model terbaharu Camel Active, boleh kunjungi kedai berjenama tersebut di gedung membeli-belah berdekatan anda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Michele jurucakap terbaru Shiseido

Posted:

Michele jurucakap terbaru Shiseido

Michele jurucakap terbaru Shiseido

ULANG tahun ke-30 Shiseido bukan sahaja meraikan produk terbaru mereka, malah menyaksikan wajah jelita aktres Hong Kong, Michele Monique Reis menjadi jurucakap untuk produk tersebut.

Memang tidak boleh disangkal lagi Reis merupakan salah seorang daripada wanita tercantik di Asia. Dia yang dilahirkan di Macau, berketurunan Portugis dari sebelah bapa manakala ibunya pula adalah wanita yang berasal dari Shanghai.

Sepanjang kariernya, Reis bukan sahaja terkenal sebagai pelakon, malah dia juga merupakan model dan pelakon iklan terkemuka terutama bagi iklan yang disiarkan di Jepun, Taiwan, Hong Kong dan China.

Bersempena pelantikannya, Reis telah didatangkan ke Malaysia dalam sesi jelajah Shiseido Asia. Bertempat di KLCC, Reis telah berkongsi rejim kecantikannya bersama peminat di Kuala Lumpur, sekali gus menyatakan pendiriannya tentang kecantikan.

"Wanita dalam generasi ini memikul terlalu banyak beban. Mereka harus menyeimbangkan antara kerjaya, menjadi ibu bapa dan kerja rumah," ujarnya yang kini menjadi ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.

Reis menambah, dengan tuntutan hidup yang begitu, adakalanya membuatkan kebanyakan wanita menjadi begitu tertekan.

"Bukan mudah untuk hidup di zaman ini, tambahan pula dengan perubahan cuaca, keadaan menjadikan kita perlu lebih bersedia luaran dan dalaman agar kita dapat meneruskan kehidupan ini dengan penuh optimum," jelasnya lagi.

Bagi Reis, menjadi wanita adalah satu 'hadiah' yang tidak ternilai. Justeru hadiah ini harus dipelihara sebaik mungkin.

"Amat perlu bagi wanita menjaga kesihatan dan kecantikan mereka, jagalah pemakanan dan jangan lupa penjagaan kulit wajah anda," jelasnya.

Reis secara peribadi amat menggemari Revital Lifting Mask Science EX daripada rangkaian Shiseido Revital. Baginya mask tersebut memang berlainan daripada mask yang pernah dicuba sebelum ini.

"Pemakaian mask ini bukan sahaja merehatkan, malah ia melembapkan kulit saya. Namun apa yang lebih penting ialah mask ini merawat kulit dan menghilangkan garis halus pada wajah.

"Memang saya dapat rasakan sendiri perubahan tersebut sewaktu sedang memakai mask. Selepas menanggalkannya, kulit menjadi sangat lembut dan lembap. Siapa tidak suka melihat wajah di cermin dan kembali muda selepas menggunakan mask ini," jelas Reis sambil tersenyum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved