Utusan Online - Selatan |
- Harta wakaf strategik dibangun
- Imigresen sasar daftar 35,000 pekerja asing sah
- 20,000 anak ikan lampam dilepas di Sungai Tehel
Harta wakaf strategik dibangun Posted: Harta wakaf strategik dibangunOleh NAZARUDIN SHAHARI
SEREMBAN 15 Julai - Harta wakaf di lokasi strategik di negeri ini akan dimajukan untuk mendapat pulangan yang boleh dimanfaatkan bagi pembangunan umat Islam. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada masa ini, Perbadanan Wakaf di bawah kendalian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah selesai mengumpulkan data lengkap mengenai harta wakaf di negeri ini. Beliau yang juga Pengerusi MAINS berkata, daripada data tersebut, pihaknya mendapati terdapat tanah wakaf terletak di lokasi strategik yang boleh dibangunkan dengan projek bagi faedah umat Islam seperti kedai Wakaf Mart. "Pembinaan Wakaf Mart di Masjid Kariah Panchor Jaya adalah contoh yang boleh dijadikan panduan bagi pembangunan harta wakaf di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan Wakaf Mart dan pelancaran Kedai Koperasi Masjid Kariah Panchor Jaya di sini, hari ini. Pada majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menyerahkan Wakaf Mart Masjid Kariah Panchor Jaya kepada Mohamad yang juga Pengerusi MAINS. Wakaf Mart itu yang dibangunkan YWM dengan kos lebih RM178,000 adalah antara tiga unit kedai selain 17 Bazar Wakaf Rakyat yang dibangunkan di dalam kawasan masjid terpilih di negeri ini. Mohamad memberitahu, pembukaan Wakaf Mart itu memberi faedah besar bukan sahaja kepada umat Islam tetapi orang ramai di kawasan Panchor Jaya memandangkan ia juga memuatkan barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia. "Orang ramai boleh mendapatkan barangan murah di sini seperti susu, makanan dalam tin dan air mineral," katanya. Sejajar dengan itu, kata beliau, kerajaan negeri memutuskan supaya Wakaf Mart itu menjadi panel kedai untuk penerima bantuan MAINS dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri ini. Menurutnya, penerima bantuan tersebut akan diberikan kupon bagi membolehkan mereka membeli barangan di kedai berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Imigresen sasar daftar 35,000 pekerja asing sah Posted: Imigresen sasar daftar 35,000 pekerja asing sah
SEREMBAN 15 Julai - Jabatan Imigresen negeri mensasarkan sejumlah 35,000 pekerja asing yang sah untuk didaftarkan dalam Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing bermula sejak kelmarin sehingga 31 Julai ini. Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, pegawai dan anggotanya kini ditempatkan di dua kilang di Nilai dekat sini bagi melaksanakan proses tersebut yang melibatkan lebih 5,500 pekerja asing yang sah. "Di kilang Recron (Malaysia) Sdn. Bhd. ini kita sedang mendaftarkan lebih 3,500 pekerja asing yang sah dari negara Bangladesh, Vietnam, Indonesia dan Nepal. "Manakala di kilang Alps Electric (Malaysia) Sdn. Bhd. pula kita sedang mendaftarkan sekitar 2,000 pekerja asing yang sah dari negara Vietnam dan Indonesia," katanya kepada Utusan Malaysia di Nilai hari ini. Beliau berkata, dua kaunter bergerak yang ditempatkan di kilang berkenaan akan beroperasi 24 jam sehingga pendaftaran itu selesai. Menurut beliau, pihaknya juga membuka kaunter pendaftaran di pejabat penguat kuasa Imigresen di Senawang serta cawangan di Port Dickson bagi tujuan sama. "Sepanjang proses pendaftaran, majikan perlu membawa bersama pasport asal pekerja dan pekerja asing itu perlu datang untuk didaftarkan. Majikan juga perlu datang atau wakilnya sebagai pengesahan," katanya. Kata Faizal, maklum balas majikan dalam sektor perkilangan amat baik kerana ia melibatkan 50 peratus daripada 35,000 pekerja asing yang sah didaftarkan dalam negeri ini. Bagaimanapun, katanya, majikan dari sektor perkhidmatan dan perladangan masih perlahan, mungkin disebabkan kurang maklumat mengenai keperluan pendaftaran ini dilakukan. Sektor ini, katanya, termasuk kedai makan, restoran, kedai gunting rambut dan ladang. Beliau dalam pada itu memberitahu, pihaknya tidak pernah melantik agen bagi menguruskan pendaftaran ini dan tiada bayaran dikenakan. "Jangan tertipu dengan pihak ketiga yang cuba mengaut keuntungan. Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing tidak dikenakan bayaran," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
20,000 anak ikan lampam dilepas di Sungai Tehel Posted: 20,000 anak ikan lampam dilepas di Sungai Tehel
JASIN 15 Julai — Jabatan Perikanan Melaka melepaskan 20,000 anak ikan lampam di Sungai Tehel di Kampung Tehel dekat sini, bagi meningkatkan sumber ikan air tawar kepada penduduk. Pengarahnya, Rosmawati Ghazali berkata, ikan lampam dipilih kerana kajian mendapati sungai tersebut sesuai sebagai habitat dan pembiakan ikan jenis itu. "Selepas 10 bulan akan datang, ikan tersebut sudah cukup besar dan orang ramai bolehlah datang memancing," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Program Pelepasan Benih Ikan di Perairan Umum Sungai Tehel di Kampung Tehel oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Datuk R.Perumal hari ini. Rosmawati berkata, program itu juga bagi mengimbangi ekosistem di sungai tersebut dan menjadikan sungai itu sebagai pusat rekreasi keluarga dalam aktiviti memancing. Beliau berkata, program tersebut akan diperluaskan ke sungai lain yang mana jenis ikan adalah mengikut kesesuaian sesuatu sungai itu. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan