Ahad, 17 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Malaysia-UK buka lembaran baru

Posted:

Malaysia-UK buka lembaran baru

Malaysia-UK buka lembaran baru


Najib Tun Razak memotong kek ulang tahun ke-10 Persatuan Islam United Kingdom ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin Islam di London, semalam. - BERNAMA


LONDON 16 Julai - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom (UK) yang berakhir semalam berjaya membuka lembaran baru terutama dalam hubungan politik dan diplomatik antara kedua-dua negara.

Kepimpinan Perdana Menteri, David Cameron, yang menyedari hubungan dua negara diabaikan lebih sedekad semasa pentadbiran parti Buruh, mahu ia dipulihkan dan diberi nafas baru.

"Kerajaan campuran UK sekarang melihat lawatan ini sebagai berprofail tinggi dan memberi gambaran jelas mahu hubungan dipulihkan dan diberi suntikan baru," jelas Najib kepada wartawan Malaysia setelah mengakhiri lawatan rasmi empat hari, lawatan rasmi pertama beliau selaku Perdana Menteri ke negara ini.

Tiada lawatan rasmi dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia sepanjang 13 tahun pemerintahan parti Buruh dahulu.

Perakuan tersebut, kata Najib, diberikan sendiri oleh Cameron yang mengetuai kerajaan campuran serta menteri-menteri kanannya yang melihat Malaysia sebagai penting dalam agenda kerja negara mereka.

Oleh itu, jelasnya, hubungan Malaysia-UK, yang mempunyai sejarah panjang dan asas yang kukuh dari sudut sejarah dan bidang-bidang tradisional seperti ekonomi, perdagangan dan pendidikan dapat diperkasakan semula.

"Cameron akui selama ini kerajaannya tidak memberi tumpuan sangat dalam hubungan politik dan diplomatik.

"Berdasarkan kedudukan geopolitik, masanya telah sampai supaya hubungan dengan Malaysia diberi perhatian lebih tinggi. Interaksi kali ini menunjukkan objektif utama lawatan telah dicapai," katanya yang turut diterima menghadap Ratu Elizabeth II.

Komitmen Cameron dalam hal itu, kata Najib, digambarkan lagi dengan perakuan kemungkinan besar beliau akan melakukan lawatan ke Malaysia pada masa yang sesuai kelak.

Perdana Menteri berkata, UK juga menyambut baik hala tuju negara dan pelan transformasi ekonomi Malaysia menerusi ETP dan Model Ekonomi Baru selain melihat potensi yang amat besar dalam bidang perbankan Islam yang diterajui oleh negara sekarang.

Semasa di kota ini juga, Najib berpeluang menemui peneraju 25 syarikat UK yang terlibat dalam pelbagai bidang pada siri perbincangan meja bulat bagi memperjelaskan peluang pelaburan yang wujud di Malaysia.

Antara hasilnya, kata Najib, MIDA dan syarikat UK, HSBC, bersetuju memperhebatkan promosi pelaburan Malaysia di negara ini dan Eropah menerusi rangkaian HSBC.

"Prospek pelaburan baru dari UK yang dirangka ialah antara RM3 bilion hingga RM5 bilion berasaskan intensif modal dan berasaskan pengetahuan dalam tempoh masa beberapa tahun ini. Ia termasuklah dalam bidang aeroangkasa, pendidikan, pembuatan dan perdagangan," katanya.

UK merupakan rakan pelabur kelapan terbesar kepada Malaysia dengan 394 projek dilaksanakan tahun lepas melibatkan nilai AS$ 1.7 bilion. Ia juga adalah rakan dagangan ke-18 negara dengan nilai dagangan tahun lepas AS$ 4.1 bilion.

"Syarikat-syarikat UK juga yang kini diberikan kerja-kerja konsultasi di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Darat Malaysia (SPAD) telah menyatakan minat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan MRT di ibu negara," jelasnya.

Lawatan rasmi ini juga turut menyaksikan enam MoU dimeterai, satu sesama kerajaan manakala yang lain agensi-agensi berkepentingan kedua-dua negara. Ia melibatkan usaha membanteras jenayah rentas sempadan, pendidikan tinggi, penyelidikan, latihan serta bidang minyak dan gas. - Mingguan

Najib berkata, kedua-dua negara juga mendalami soal kerjasama keselamatan pertahanan serta tumpuan membanteras ancaman puak pelampau dan mereka yang boleh mencetuskan ancaman pengganas sama ada di kedua-dua negara ataupun keganasan di peringkat global.

Ancaman kepada keselamatan siber juga menjadi topik perbincangan pada lawatan ini kerana ia bentuk ancaman baru yang dihadapi oleh semua pihak malah ancamannya kepada UK sekarang amat serius, katanya.

UK juga tertarik dan menyokong pergerakan kesederhanaan sejagat yang diketengahkan oleh Malaysia dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya dalam memastikan keamanan dunia.

Perdana Menteri juga berkongsi pandangan dengan para pemimpin masyarakat Islam UK mengenai cara mana yang membantu memberi imej betul dan tepat terhadap ajaran Islam dalam usaha mengatasi Islamofobia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keamanan berkait rapat dengan perpaduan ummah

Posted:

Keamanan berkait rapat dengan perpaduan ummah

Keamanan berkait rapat dengan perpaduan ummah


Tuanku Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan para peserta Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 16 Julai — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin malam ini bertitah bahawa keamanan sesebuah negara adalah berkait rapat dengan perpaduan ummah.

Seri Paduka bertitah sesungguhnya Islam melarang umatnya membiarkan perselisihan pendapat, pandangan atau apa-apa keadaan yang akhirnya melemahkan negara, dan perkara ini turut ditekankan dalam al-Quran.

''Malah Islam mengajar kita bahawa setiap perselisihan pasti ada penyelesaian manakala penyelesaian yang dicapai hasil daripada pendekatan dengan cara yang berhemah mengikut cara Rasulullah adalah yang lebih mulia dan terpuji di sisi Allah," titah baginda ketika merasmikan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" .

Tuanku Mizan bertitah untuk itu, umat Islam perlu menghayati perihal Rasulullah SAW yang telah menunjukkan kaedah dan cara menunaikan kewajipan terhadap agama, masyarakat dan negara.

"Iaitu dengan mengukuhkan persefahaman dan perpaduan warganegara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan keturunan. Rasulullah dalam Piagam Madinah mewajibkan semua penduduk Madinah agar menyayangi dan menghormati bumi Madinah," titah baginda.

Seri Paduka bertitah, antara yang termaktub dalam piagam itu ialah sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang menjejaskan perpaduan di kalangan warga Madinah maka orang itu dikira sebagai mencabul kesejahteraan Madinah.

Tuanku Mizan turut bertitah jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, maka Allah telah menggariskan supaya al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti firman Allah dalam Surah An Nisa.

"Inilah yang ingin beta tekankan supaya kita kembali kepada ajaran Islam sebenar.

"Beta percaya bahawasanya keamanan negara berkait rapat dengan perpaduan ummah. Perkara ini ditunjukkan dengan kehancuran empayar-empayar hebat pada masa lampau akibat perlakuan rakyatnya yang tidak bersatu padu malah mengenepikan persefahaman dalam menjaga kemakmuran negara.

"Sesungguhnya Islam melarang umatnya membiarkan perselisihan pendapat, pandangan atau apa-apa keadaan yang akhirnya melemahkan negara," titah baginda Turut berangkat Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah,'' titah baginda.

Seramai 81 peserta termasuk 50 qari, dari 50 negara akan mengambil bahagian dalam tilawah kali ini yang akan berakhir pada 23 Julai ini.

Malaysia diwakili oleh qari Amirrahman Abas dan qariah Suraya Abu Hassan yang muncul johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kajian menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan disiapkan

Posted:

Kajian menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan disiapkan

Kajian menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan disiapkan

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin (dua kiri) bertemu tokoh-tokoh korporat dan usahawan muda di Surabaya, Indonesia, semalam. - BERNAMA


SURABAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang menyiapkan laporan kajian berhubung cadangan penilaian menyeluruh sistem pendidikan kebangsaan bertujuan meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, laporan awal yang sedang disiapkan oleh pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud itu akan diperoleh hujung tahun ini.

"Selepas itu kita akan bawa (laporan) itu kepada Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau beliau bersetuju, sudah sampai masa kita membuat penilaian semula, itu kita akan lakukan," kata Muhyiddin pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin kelab UMNO Indonesia di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, cadangan kajian itu bagaimanapun bukanlah kajian semula terhadap Penyata Razak 1956.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, cadangan ini merupakan satu kajian menyeluruh mengenai sistem pendidikan kebangsaan memandangkan selepas Penyata Razak belum ada lagi laporan menyeluruh berhubung sistem pendidikan kebangsaan.

Katanya, beliau juga pada masa sama menerima banyak pandangan berhubung keperluan menilai semula sistem pendidikan kebangsaan seiring tuntutan perkembangan semasa.

"Saya ada terima banyak cadangan termasuk laporan dalam media mengenai keperluan menilai sistem pendidikan kebangsaan, sama ada sistem selama ini sudah mencapai matlamat dan sama ada perakuan dalam Penyata Razak sudah dilaksanakan dan dicapai sepenuhnya," katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin menjelaskan, semenjak beliau menerajui Kementerian Pelajaran, banyak usaha telah diambil untuk menambah baik sistem pendidikan kebangsaan sama ada dari aspek pengajaran dan pembelajaran, infrastruktur, kandungan dan mutu pelajaran.

"Bagaimanapun, selama ini usaha-usaha yang dilakukan secara berperingkat dan berasingan. Justeru, kali ini cadangan kajian yang komprehensif perlu dibuat," katanya.

Sementara itu Muhyiddin turut mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh korporat dan usahawan muda Surabaya.

Turut serta pada majlis itu ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif KRA Group, Karim Raslan.

Kajian cadangan penilaian itu ujar Muhyiddin, perlu dilakukan kerana banyak perubahan dalam sistem pendidikan telah berlaku seiring dengan perubahan zaman.

"Kita mahu melihat supaya anak-anak bangsa yang terdidik dalam sistem pendidikan baru kelak memiliki pandangan 'world view' dan menimba ilmu secara mendalam.

"Ia bukan setakat memenuhi keperluan mereka tetapi untuk pembangunan negara masa depan. Perkembangan baru hari ini memerlukan kita melihat semula hala tuju pendidikan untuk 50 atau 30 tahun akan datang," jelasnya.

Menurut Muhyiddin, model kejayaan negara lain dalam sistem pendidikan akan dijadikan sebagai rujukan bagi kerajaan seandainya cadangan kajian tersebut dipersetujui untuk dilaksanakan.

- Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved