Ahad, 17 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sindiket curi aluminium tumpas

Posted:

Sindiket curi aluminium tumpas

Sindiket curi aluminium tumpas

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 16 Julai - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket yang dipercayai melarikan 275 aluminium 'magazine' iaitu kepingan bekas untuk menghasilkan cakera padat bernilai RM33,000 dari sebuah kilang di Batu Maung dekat sini kelmarin.

Kejayaan itu hasil penangkapan seorang suspek remaja berusia 16 tahun oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kira-kira pukul 10 malam ketika sedang berlegar-legar 100 meter dari kilang tersebut.

Siasatan polis mendapati, sindiket tersebut mempunyai kaitan dengan kecurian barangan besi dan aluminium bernilai RM200,000 di sebuah kilang berhampiran pada 4 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin berkata, siasatan juga mendapati, suspek bertindak secara berkumpulan bersama tiga rakannya yang masih bebas.

Beliau memberitahu, hasil soal siasat ke atas suspek, pihaknya menahan empat lagi lelaki berusia 16 hingga 43 tahun yang terdiri daripada pengusaha dan pekerja premis barangan lusuh berhampiran tempat kejadian.

"Suspek mengaku mencuri 25 kotak berisi 275 aluminium 'magazine' yang ditemui dalam kenderaannya dengan cara memanjat tembok stor serta memotong pagar dawai belakang kilang terbabit.

"Kesemua kotak tersebut dibawa keluar menggunakan motosikal yang diangkut sedikit demi sedikit. Malah, semua barang dicuri dijual kepada premis barangan lusuh tanpa lesen di Batu Maung pada harga RM1,190," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Fah Hin memberitahu, polis berjaya menemui semula 262 keping aluminium 'magazine' di premis barangan lusuh itu selain merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

"Harga pasaran bagi aluminium magazine adalah RM120 setiap keping dan produk kilang tersebut diproses untuk dieksport ke luar negara," katanya.

Beliau memberitahu, suspek direman empat hari mulai semalam dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala empat pekerja serta pengusaha premis barangan lusuh terbabit disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu memiliki barangan curi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anggota polis bebas tuduhan rasuah

Posted:

Anggota polis bebas tuduhan rasuah

Anggota polis bebas tuduhan rasuah

IPOH 16 Julai - Seorang anggota polis berpangkat sarjan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam daripada tuduhan menerima rasuah, lapan tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Teo Say Eng memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Mohamad Izahari Ramli, 56, terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dihadapinya setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan.

Dia mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Faiz Dziyauddin yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atas kesalahan itu, 19 Oktober tahun lalu.

Dia yang pernah bertugas sebagai anggota polis di Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak didakwa menerima rasuah RM500 daripada Heng Ah Lek di Rose Garden Coffee House, Teluk Intan pada pukul 11 malam, 12 Mac 2003.

Wang rasuah itu didakwa sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas Ah Lek yang dikatakan pemilik sebuah premis perjudian di Kelab Persatuan Kebajikan dan Sukan Bagan Datoh, Sungai Burung, dekat sini.

Mohamad Izahari diwakili peguam bela Ranjit Singh Sandhu manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PEMENANG TERBAIK

Posted:

PEMENANG TERBAIK

PEMENANG TERBAIK


Seramai 37 pegawai kadet berjaya menamatkan pengajian mereka selama tiga tahun dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik).– Bernama


sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan hadiah pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah kepada Pegawai Rendah Kanan Mohd. Firdaus Awang Koding, 21, dari Terengganu setelah diumumkan sebagai Pemenang Terbaik Keseluruhan dan Pemenang Akademik Terbaik pada Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Siswa Diploma Kelas 2011 di Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved