Utusan Online - Feminin |
Posted: Tilla bukan penggodaOleh BINTU RASYADA A. RAHMAN SEBAGAI bintang baru yang sedang mengukir nama, saya memberi lima bintang kepada gadis ini. Pertama, dia menepati waktu. Walaupun mempunyai sesi urusan lain di sebelah pagi, dia sampai tepat pada waktunya di studio Utusan. Kedua, kerana kesungguhannya. Selain mendapatkan sendiri pakaian dan aksesori yang sesuai, dia cuba mencari kelapangan untuk memastikan sesi fotografi ini tetap diadakan. Dan paling utama, dia punya bakat semula jadi. Tanpa banyak arahan, dia beraksi spontan persis model berpengalaman di depan lensa kamera jurugambar JEFRI IRAN. Mungkin bagi mereka yang baru mengenali menganggap Tilla atau Syatilla Melvin seorang yang sombong. Namun di sebalik wajah yang serius itu, dia sebenarnya peramah dan mudah memberikan kerjasama. Lihatlah aksi si tinggi lampai ini, sehingga ada yang mengusik dia seperti wanita penggoda. Namun, awas! Tilla bukan sebarangan yang disangka. Dia punya prinsip dan pegangan hidup yang tersendiri. Minatnya dalam dunia seni bukan omong kosong. Dia berusaha keras untuk itu dan sesekali tidak akan mensia-siakannya. Terpilih sehingga peringkat 12 peserta terbaik dalam satu pencarian menjadi kenangan terindah buat gadis berusia 20 tahun ini. Melihat gayanya pasti ramai yang tidak menyangka Tilla sebenarnya sangat menggemari kehidupan kampung. Apatah lagi dibesarkan di Parit Buntar, Perak menjadikan dia sangat dekat dengan suasana desa. "Tilla suka memancing. Rasa tenang sangat bila dapat luangkan masa untuk aktiviti ini. Jangan ingat Tilla takut nak pegang cacing untuk dijadikan umpan," kata anak kedua daripada lima beradik perempuan ini. Hampir tiga tahun melibatkan diri dengan dunia modelling, gadis berambut separas pinggang ini juga sangat meminati bidang kecantikan. Katanya, selepas tamat belajar dia membantu ibu saudara mengusahakan salon. sehingga kini dia mahir melakukan sendiri rawatan untuk tubuh, wajah dan rambut. Menurutnya, sejak dari kecil dia suka kelihatan cantik dan ketika ditanya cita-cita, dia akan berkata ingin menjadi pramugari atau model. Ketika itu kebanyakan kawan-kawan akan mentertawakan Tilla. "Sekarang saya sudah buktikan yang saya sudah berada dalam bidang ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan