Utusan Online - Pahang |
- Sediakan prasarana pekerja – MB
- Bas bandar mula beroperasi di Jerantut
- JAKOA buka lebih banyak pejabat kecil
Sediakan prasarana pekerja – MB Posted: Sediakan prasarana pekerja – MBOleh ALI MAHMOOD BENTONG 17 Julai – Pemilik ladang swasta di negeri ini diminta membantu kerajaan menyediakan prasarana di ladang masing-masing untuk kemudahan dan keselesaan pekerja mereka. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri bersedia menyediakan prasarana jika pengurusan ladang bekerjasama dan membantu menyediakan peruntukan. Menurutnya, sebelum ini, pengurusan ladang swasta sukar menyediakan prasarana di ladang kerana harga komoditi getah dan kelapa sawit di pasaran dunia tidak menguntungkan. ''Sekarang ini harga komoditi tersebut yang melonjak sejak beberapa tahun lalu membolehkan ladang swasta mendapat keuntungan besar. ''Sudah tentunya mereka tidak menghadapi masalah membelanjakan sedikit keuntungan itu bagi menyediakan prasarana dan kebajikan pekerja mereka," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan 200 pekerja Ladang Tuan di mukim Sabai Bentong dekat sini semalam. Menurut beliau, kerajaan negeri bersedia menyediakan kemudahan prasarana tetapi pengurusan ladang perlu menyediakan peruntukan sebagai membantu kerajaan melaksanakan projek di ladang mereka. Adnan berkata, kerajaan negeri boleh menyediakan prasarana tersebut tetapi tidak adil kerana ia adalah milik mereka dan sepatutnya majikan yang menyediakan sepenuhnya prasarana itu. Bagaimanapun katanya, kerajaan memahami apabila pengurusan sebelum ini tidak mendapat keuntungan baik dan cukai tanah yang dikenakan adalah murah. Bagi mengatasi masalah tersebut, Adnan berkata, kerajaan sedia bekerjasama dengan pengurusan ladang untuk menyalurkan prasarana bekalan air, elektrik air dan sebagainya. Sehubungan itu, beliau menyeru pekerja ladang supaya bekerjasama dengan pengurusan ladang bagi meningkatkan hasil ladang. |
Bas bandar mula beroperasi di Jerantut Posted: Bas bandar mula beroperasi di JerantutLAU Lee (tengah berkacamata) bersama ahli lembaga MDJ dan pelawat pada majlis pelancaran Bas Bandar di Bandar Baru Inderapura, Jerantut, baru-baru ini. JERANTUT 17 Julai - Bas bandar mula beroperasi di daerah ini awal bulan ini bagi memberi keselesaan kepada penduduk di kawasan terlibat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, Syarikat Bas Sinar Pelangi Sdn. Bhd., diamanahkan untuk menguruskan operasi bas bandar itu. ''Operasi bas itu merupakan antara idea Majlis Daerah Jerantut (MDJ) yang wajar dipuji sejajar hasrat kerajaan negeri memacu sektor pelancongan daerah ini khususnya Taman Negara Kuala Tahan. ''Usaha itu juga memberi keselesaan penduduk khususnya warga emas dan orang kelainan Upaya (OKU) untuk berurusan di bandar ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi Bas Sinar Pelangi Sdn. Bhd, di sini kelmarin. Hadir sama, Yang Dipertua MDJ, Datuk Mohamad Roslan Harun; Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman dan Naib Ketua UMNO Jerantut, Datuk Nazri Ngah. Operasi bas itu bermula di Terminal Baru Inderapura dan membabitkan laluan ke Sungai Jan, Jalan Tahan, Taman Koperasi, Perumahan Awam Kos Rendah Bandar Baru, pasar, Hospital Jerantut, Kompleks Pejabat Kerajaan, Taman Inderapura dan Taman Pedah Jaya. Menurut Lee, usaha MDJ dan syarikat bas berkenaan antara pengisian agenda sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khususnya transformasi pengangkutan awam untuk merancakkan sektor pelancongan. ''Pengusaha bas terbabit bersetuju mengenakan tambang bernilai RM1.50 seorang untuk ke lokasi pilihan masing-masing dalam radius 15 kilometer sekitar kawasan bandar ini," katanya. Jelasnya, kemudahan itu juga dapat menjana pertumbuhan sektor perniagaan apabila penduduk dan pelancong lebih mudah bergerak ke hotel penginapan dan premis perniagaan. Sementara itu, Wan Norizan berkata, perkhidmatan pengangkutan itu akan menambah keceriaan bandar itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
JAKOA buka lebih banyak pejabat kecil Posted: JAKOA buka lebih banyak pejabat kecilJERANTUT 17 Julai - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan membuka lebih banyak pejabat kecil di perkampungan Orang Asli bagi memudahkan mereka menyalurkan maklumat dan juga masalah yang dihadapi. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Sani Mistam berkata, pejabat itu akan dikendalikan antara dua atau tiga pegawai yang bertanggungjawab menangani sebarang isu termasuk mendaftarkan perkahwinan, kelahiran dan kematian serta program kesihatan. "Melalui pejabat itu, pegawai JAKOA boleh mendengar masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli serta usaha mengatasinya dapat dilakukan segera," katanya pada Program Kem Mesra Minda Bersama Agensi Kerajaan di sini. Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JAKOA, Nisha Nisran Asra Ramlan. Mohd. Sani berkata, buat masa ini beberapa pejabat kecil telah dibuka di Gua Musang, Kelantan iaitu di Pos Belatin, Bihar dan Brooke. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan