Utusan Online - Selatan |
Perjelas Adat Perpatih di luar NS Posted: Perjelas Adat Perpatih di luar NSOleh AINOL AMRIZ ISMAIL
KUALA PILAH 16 Julai - Sistem Adat Perpatih yang menjadi amalan masyarakat di negeri ini perlu dipromosikan di seluruh negara agar tata cara dan perjalanannya tidak disalah ertikan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penjelasan itu perlu kerana pemakaian adat perpatih ini tidak hanya tertakluk ketika hendak melangsungkan perkahwinan, sebaliknya ia adalah adat yang subur merangkumi semua corak kehidupan yang tertib dan terancang. "Adat perpatih ini perlu dipelihara dan dijaga, malahan dipastikan kesuburannya. "Amat perlulah, ia diperjelaskan kepada masyarakat luar yang tidak mengetahui sejarah atau susur galur adat ini, sehingga ada yang menyatakan adat ini hanya terpakai ketika kenduri kahwin semata-mata," katanya. Mohamad berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional 2011 di pekarangan Muzium Diraja, Istana Lama Seri Menanti dekat sini, hari ini. Kata Mohamad, dia melahirkan rasa gembira apabila pesta ini suatu ketika dahulu diadakan di sebuah universiti luar dari negeri ini dan sambutan serta soal jawab mengenai adat begitu rancak dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi. "Pada 2005, kita pernah mengadakan pesta masakan tradisional negeri ini di Kuala Lumpur dan sambutannya juga amat baik. "Keluarkanlah adat ini, perjelaskan kepada umum. Anjurkan di luar Negeri Sembilan supaya tarikan dan pengetahuan mengenainya dapat berkembang dan diperjelaskan," katanya. Adat perpatih ini mempunyai lima prinsip utama iaitu keturunan dikira mengikut nasab ibu, tempat kediaman adalah di kawasan ibu isteri, perempuan mewarisi pusaka dan lelaki penyandang saka, perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang dan orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku itu. Mohamad berkata, adat perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Katanya, ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, pelantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka melanggar adat atau melakukan kesalahan dan banyak lagi. "Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: 35 berentap 23-24 JulaiMELAKA 16 Julai - Sebanyak 35 pelumba dari dalam dan luar negara akan menyertai Melaka Open Invitational Powerboat Race 2011 yang berlangsung di Seafarer Seaview Pantai Klebang pada 23 dan 24 Julai ini. Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun berkata, peserta tersebut termasuk bekas pelumba dunia dari Perancis Kay Marshall, juara monohull di Malaysia, Thein Kim Song yang pernah menjadi juara di Singapura dalam NT Class dan seorang pelumba muda dari Explorer, Brandon Thein. "Perlumbaan itu diadakan bagi merebut Piala Ketua Menteri Melaka yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000," katanya di sini, semalam. Idris yang juga penasihat kejohanan itu berkata, peserta luar negara lain ialah dari Australia, New Zealand dan Thailand. Beliau berkata, acara dijalankan dalam tiga kategori iaitu Kelas 15 kuasa kuda ke bawah, kelas 70 kuasa kuda ke bawah dan kelas Catamaran Tunnel Hull F3000. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan