Utusan Online - Politik |
Posted: Anwar berang hasrat Pas?Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang. Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas. "Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat. "Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini. Semalam, Zamil mendakwa dia menerima maklumat daripada pemimpin PKR Selangor yang memberitahu Anwar terkejut, kecil hati serta marah dengan tindakan beberapa pemimpin Pas sehingga Ketua Pembangkang itu mengarahkan orang kepercayaannya untuk menjejaki individu bertanggungjawab. Mengulas lanjut, Anuar berkata, Pas berhasrat untuk membawa masuk Tengku Razaleigh ke dalam pakatan kerana mahu mengimbangi semula kekuatan serta pengaruh DAP dan PKR, yang dilihat jauh lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju pembangkang berbanding parti itu. "Pas sedar mereka berada paling bawah dalam hierarki pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAP. Jadi, jika Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara inilah peluang terbaik bagi Pas untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Tidak mustahil Ku Li ganti Anwar - Harun Taib Posted: Tidak mustahil Ku Li ganti Anwar - Harun TaibKUALA TERENGGANU 31 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berpendapat, jika Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengemudi pakatan pembangkang selepas ini. Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam pakatan pembangkang akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas Presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan tersebut, jika keadaan memerlukan. "Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang. "Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabit kesalahan dalam kes liwatnya. Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu seterusnya berkata, setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain. "Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," jelasnya. Ditanya sama ada Tengku Razaleigh dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang setelah Anwar dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang termasuk masalah moral yang dihadapinya, Harun menjelaskan: "Itu bukan faktornya.'' Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan