Ahad, 31 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


JB jadi bandar raya dalam taman

Posted:

JB jadi bandar raya dalam taman

JB jadi bandar raya dalam taman

Oleh NURUL HUDA HASSANhuda.hassan@utusan.com.my


Abdul Ghani Othman melawat sekitar Taman Merdeka Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID


JOHOR BAHRU 30 Julai - Bandar raya ini bakal ditransformasi menjadi sebuah bandar taman dengan wujudnya lebih banyak taman rekreasi sejajar usaha untuk mengekalkan kehijauan di dalam kawasan bandar.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, usaha ke arah itu dapat dilihat dengan wujudnya kawasan seumpama itu seperti di Bandar Dato' Onn, Setia Tropika, Hutan Bandar, Taman Bunga Istana Besar dan Taman Merdeka Johor Bahru.

Tambahnya, bagi merancakkan lagi usaha tersebut, kerajaan negeri bercadang membangunkan kawasan seluas kira-kira 8.10 hektar di Danga Bay untuk membina sebuah taman rekreasi yang turut menekankan konsep kehijauan.

"Kita akan memilih tema yang sesuai untuk taman tersebut yang pasti mampu menjadi tarikan pengunjung ke situ," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Taman Merdeka Johor Bahru, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil; Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Esa Ahmad dan Datuk Bandar, Mohd. Jaffar Awang.

Mohd Jaffar dalam ucapannya berkata, Taman Merdeka Johor Bahru dibangunkan di atas tanah seluas 12 hektar dengan kos RM13 juta yang ditanggung bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Lanskap Negara.

Menurutnya, setiap laman yang ada di taman berkenaan mempunyai konsep dan cerita yang hendak disampaikan kepada para pengunjung dan setiap rekaan bangunan dan senibina arca yang dibangunkan adalah bersesuaian dengan zaman tersebut.

"Semua sembilan laman yang ada disusun mengikut tarikh berlakunya sejarah dan jika kita berjalan menyelusuri taman ini kita seolah-olah dapat merasakan sama perkembangan sejarah negara.

"Bermula dari zaman kegemilangan kesultanan Melayu, keperitan dan kepayahan hidup di zaman penjajahan Inggeris, Jepun dan era komunis sehingga ke detik kemerdekaan negara," ujarnya.

Justeru, beliau berharap Taman Merdeka Johor Bahru bukan sahaja dilihat sebagai kawasan rekreasi tetapi pada masa sama bermanfaat sebagai kawasan pendidikan khususnya kepada golongan pelajar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kepak 2011 platform cari kerja, kemahiran

Posted:

Kepak 2011 platform cari kerja, kemahiran

Kepak 2011 platform cari kerja, kemahiran

KOTA TINGGI 30 Julai - Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 anjuran kerajaan negeri merupakan platform terbaik terutamanya bagi golongan muda mencari peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran bagi memenuhi kehendak pasaran kerja.

Tinjauan Mingguan Malaysia di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Bandar Penawar, di sini mendapati rata-rata pengunjung yang hadir terdiri daripada golongan muda yang sedang mencari peluang pekerjaaan dan meningkatkan kemahiran.

Seorang pengunjung, Muhd. Fakhruddin Mohd. Fauzi, 21, berkata, program itu adalah medan terbaik bagi golongan pelajar sepertinya mencari pekerjaan kerana pelbagai kekosongan jawatan disediakan dalam pelbagai sektor.

Menurutnya, menerusi program itu mereka dapat mencari maklumat lanjut mengenai kekosongan jawatan yang ditawarkan berbanding hanya mencarinya di dalam Internet.

"Di sini juga kita boleh terus mendaftar secara online untuk mencari pekerjaan. Sekiranya di rumah, kita kurang panduan dan tidak dapat mengetahui secara terperinci mengenai pekerjaan yang ingin dicari," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Karnival selama tiga hari yang berakhir hari ini menyediakan pelbagai peluang kepada orang ramai menambah ilmu pengetahuan dengan sasaran melahirkan modal insan berkualiti bagi memenuhi pasaran kerja.

Program turun padang secara menyeluruh dan agresif yang julung kali diadakan itu membabitkan agensi kerajaan dan swasta dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000.

Bagi Norzila Jasmadi, 21, pelbagai maklumat disediakan kepada orang ramai khususnya bagi golongan yang sedang mencari pekerjaan pertama.

Katanya, Kepak 2011 perlu diteruskan pada masa akan datang kerana golongan muda yang baru menamatkan pengajian memerlukan panduan khusus dalam usaha mencari pekerjaan.

"Tidak dinafikan, ia merupakan platform terbaik kepada kami untuk menambah kemahiran dan mencari pekerjaan pertama kerana semua ruang pameran yang disediakan menawarkan pelbagai informasi berguna kepada kami," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nurul Nadia Mohd. Fauzi, 23, berharap supaya pihak penganjur dapat memilih lokasi yang lebih sesuai dan mudah dikunjungi pada masa akan datang.

Katanya, lokasi Kepak 2011 kali ini agak jauh dan sukar untuk dikunjungi terutamanya bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved