Utusan Online - Pahang |
- 12,422 hektar tanah dibangun
- Surau baru hadiah RamadanKg. Terlang, Paloh Hinai
- PIBG sekolah terima sumbang RM60,000
Posted: 12,422 hektar tanah dibangunOleh MUSAZLILA MUSTAPAR KUALA KRAU 31 Julai - Seluas 12,422 hektar tanah dibangunkan di perkampungan Orang Asli di negeri ini dengan tanaman kelapa sawit oleh RISDA dan Felcra yang memberi pendapatan bulanan serta bonus mencecah jutaan ringgit kepada peserta. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Mohd. Sani Mistam berkata, pembangunan dalam sektor tersebut bertujuan meningkatkan tahap ekonomi Orang Asli di kawasan terbabit. Menurutnya, peserta di empat daerah negeri ini iaitu Temerloh, Bera, Maran dan Jerantut menerima bonus tahunan berjumlah RM1.2 juta. "Kita berbangga kerana jabatan ini mampu membangunkan masyarakat Orang Asli dalam sektor ekonomi melalui cara tanam semula berkelompok yang membolehkan mereka mempunyai pendapatan bulanan. "Selain pembangunan ladang, JAKOA turut melaksanakan program pembangunan usahawan menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Jabatan Pertanian dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam melahirkan 500 usahawan Orang Asli menjelang 2015," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Mesra Minda di Perkampungan Orang Asli Kampung Pian dekat sini, semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Olian Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar dan Pengarah JAKOA Pahang, Isa Hamid. Mohd. Sani berkata, usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli dilaksanakan secara berterusan dengan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti elektrik, bekalan air bersih, jalan berturap, dewan orang ramai, taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan bantuan rumah. Katanya, jabatan itu juga membelanjakan RM2.6 juta bagi memberi bantuan dalam sektor pertanian seperti bekalan baja, racun dan keperluan asas pertanian. Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, JAKOA Pahang mengeluarkan kos sebanyak RM14,854 bagi membina rumah baru serta membaik pulih 827 rumah di perkampungan Orang Asli. "Pada tahun ini, 40 rumah akan dibina bagi menggantikan rumah lama," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Surau baru hadiah RamadanKg. Terlang, Paloh Hinai Posted: Surau baru hadiah RamadanKg. Terlang, Paloh Hinai
PEKAN 31 Julai - Kira-kira 200 penduduk di sekitar Kampung Terlang, Paloh Hinai di sini bersyukur apabila impian mereka mendapatkan surau baru akhirnya tercapai. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, pembinaan surau baru bagi menggantikan surau lama yang berusia lebih 50 tahun dianggap sebagai hadiah sempena kedatangan Ramadan ini. "Diharap surau tersebut dapat memberi keselesaan kepada jemaah semasa beribadat serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perasmian surau tersebut di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pegawai Daerah Pekan, Datuk Fadzil Mohd. Kenali dan Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Paduka Sheikh Mohd. Fauzi Sheikh Ali. Beliau berharap penduduk di kampung itu menggunakan surau tersebut dengan sebaik mungkin dan tidak menjadikannya sebagai tempat untuk menabur fitnah. Sementara itu, Ketua Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau mewakili penduduk kampung tersebut bersyukur kerana ada pihak yang membantu mendapatkan peruntukan bagi membina surau itu. "Dengan adanya surau baru ini dapatlah kami berjemaah dan bertarawih pada bulan Ramadan nanti," katanya. | ||
PIBG sekolah terima sumbang RM60,000 Posted: PIBG sekolah terima sumbang RM60,000
JERANTUT 31 Julai - Sebanyak RM60,000 disumbangkan oleh Pejabat Parlimen Jerantut kepada 46 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di daerah ini bagi menggerakkan program kecemerlangan pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini. Bagi PIBG di peringkat sekolah rendah (SK) menerima cek bernilai RM1,000 manakala sekolah menengah kebangsaan (SMK) pula memperoleh RM2,000. Peruntukan itu bagi membolehkan pihak sekolah dan PIBG mengadakan program motivasi terhadap pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, peruntukan itu merupakan sumbangan Kementerian Pelajaran yang disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pada Februari lalu. "Wang itu akan membantu pengurusan PIBG secara kolaborasi dengan pentadbir sekolah untuk merancang program bagi melakarkan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan penting nanti," katanya selepas mewakili Ahli Parlimen Jerantut menyampaikan sumbangan itu kepada pengetua dan guru besar yang mewakili PIBG di sini, semalam. Hadir sama, Pegawai Pelajaran Jerantut, Adnan Abdul Kadir dan Pengerusi Majlis Pengetua SMK Jerantut, Ramli Mohamad. Ahmad Shukri berkata, usaha itu merupakan antara transformasi pendidikan di negeri ini berasaskan pembinaan modal insan selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan