Utusan Online - Feminin |
Posted: Minyak wangi jana pendapatanOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
MELANGKAH ke musim perayaan, memberi inspirasi kepada pengeluar dan pengimport pati minyak wangi tanpa alkohol, Dd's Perfume keluaran Genuine Strategies Sdn Bhd lahir dengan idea baru. Pembaharuan dilakukan demi meningkatkan lagi penerimaan produk ini di kalangan pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat. Ini termasuk meraikan pengedar-pengedar yang selama ini berusaha gigih meningkatkan jualan Dd's Perfume dalam satu majlis jamuan Aidilfitri bersama selebriti tempatan. Menurut seorang pengedar, Norazira Mohd Noor, walaupun masih awal, permintaan terhadap produk tersebut semakin meningkat seperti larisnya buah kurma dan biskut raya. Bagi Norazira , sambutan minyak wangi tanpa alkohol seperti Dd's Perfume dijangka mendapat sambutan tinggi di bulan Ramadan. "Sebagai pengedar baru saya berasa selesa kerana Genuine Strategies sentiasa memberi bimbingan kepada pengedar-pengedarnya tentang strategik perniagaan. Bahkan mereka tidak lupa meraikan pengedar menerusi jamuan berbuka puasa dan hari raya seperti yang mereka pada tahun lepas ," ujarnya yang berjaya menjual hampir 100 kotak dalam masa seminggu. Norazira berkata, langkah syarikat ini mengadakan aktiviti menyambut Aidilfitri bersama pengedar-pengedar merupakan satu inisiatif bagi menarik pelanggan baru serta membantu menjana pendapatan para pengedarnya. Pratikal Dalam pada itu, Ethi Nasyiyah Syahril yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan itu menambah, dia memilih produk Dd's Perfume kerana ia praktikal, mempunyai pembungkusan yang menarik manakala aromanya tahan lama. Malah, harga wangian itu yang berpatutan membolehkan wanita sepertinya memiliki haruman yang bertaraf antarabangsa di samping mampu menambah pendapatan keluarga dan meringankan beban suami. Jelasnya, ketibaan bulan Ramadan ini dilihat mampu memberi pulangan yang berlipat kali ganda kerana ia dilihat sebagai pelengkap kepada musim perayaan. Bagi penggemar minyak wangi yang ingin mendapatkan pati minyak wangi tanpa alkohol, Dd's Perfume atau ingin mendapatkan maklumat lanjut untuk menjadi pengedarnya, hubungi Farah (012-3422271), Mimie (012-2332804) atau Ila Qirana (012-2420764). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Sheena pewaris empayar kosmetik Posted: Sheena pewaris empayar kosmetikOleh BINTU RASYADA A. RAHMAN BUKAN mudah merealisasi sesi fotografi bersama si cantik manis ini. Hanya selepas beberapa kali dipujuk pembantu peribadi, Eddie Yahya, akhirnya Wanita Ikon 2007, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed mengizinkan puteri sulungnya muncul secara eksklusif buat kali pertama di dalam media. Pastinya, bagi pihak Mingguan Malaysia, kami berterima kasih dengan kesudian beliau. Malahan turut rasa bangga kerana berjaya meyakinkan pemilik empayar kecantikan K-Life dan Kayla Beverly Hills itu bahawa buah hati yang diberi nama An-Nuurazafira Rasherinna ini perlu diberi pendedahan sedemikian rupa. Mahu atau tidak, gadis pemalu berusia 23 tahun itu bakal menggalas tanggung-jawab besar untuk mewarisi perniagaannya suatu hari nanti. Dan kini, sebagai Akauntan Eksekutif di syarikat ibunya, dia harus didedahkan dengan selok-belok dunia perniagaan sebenar yang penuh cabaran. Gementar dan malu, itu jawapan pertama yang terbit dari bibir mungil gadis yang mesra disapa sebagai Sheena saat ditanya perasaannya. "Maaf kak, saya tak pandai beraksi. Nanti tolong ajarkan caranya," katanya merendah diri ketika wajahnya dioles jurusolek. Banyak perkara yang kami bualkan. Dari cerita mengenai perniagaan hingga kepada hobi dan cara dia menghabiskan masa mudanya. Bersosial Kata Sheena, dia tidak pandai bersosial. Teman baiknya adalah adik-beradik dan selepas pulang dari pejabat, dia hanya menghabiskan masa di 'singgahsana' milik keluarga. Tambahnya, dari kecil dia tidak dimanjakan dengan kemewahan. Kesusahan yang ditempuhi ketika dulu menjadikan mereka tidak mahu mendabik dada dengan kesenangan yang dimiliki kini. "Mommy sentiasa ajar kami berusaha untuk mendapat apa yang diingini," kata lulusan University of Adelaide, Australia ini. Bagi Sheena, ketika remaja lain tergila-gila barangan berjenama, dia pula tidak memilih. Apa yang dirasakan cantik dan sesuai dengan diri, dia akan mendapatkannya. Dia juga tidak kisah untuk menikmati hidangan di gerai-gerai tepi jalan asalkan ia enak. Rancak bercerita mengenai karier, Sheena berkata, masih terlalu banyak yang dia perlu pelajari mengenai selok-belok perniagaan. Bukan setakat bagaimana menguruskannya, malahan dia juga mendalami ilmu kecantikan termasuk menelaah produk dibawah jenama keluaran syarikat mereka. "Sheena jadikan mommy sebagai idola. Dia mahir dalam banyak perkara, bagi Sheena, dia seorang ibu yang sempurna," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan