Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pembangkang cuba ‘bunuh’ kredibiliti kerajaan

Posted:

Pembangkang cuba 'bunuh' kredibiliti kerajaan

Pembangkang cuba 'bunuh' kredibiliti kerajaan

KUALA LUMPUR 21 Julai – Tindakan pembangkang memanipulasi video perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu disifatkan sebagai satu cubaan untuk membunuh kredibiliti kerajaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pembangkang tahu jika mereka berjaya merosakkan kredibiliti polis, maka sekali gus kredibiliti kerajaan juga akan terjejas.

"Malah mereka juga cuba merosakkan nama baik dan reputasi para pemimpin kerajaan melalui fitnah dan pendustaan serta lakonan dan politik jalanan yang semuanya tidak berjaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang memburukkan imej polis dengan mengubah video perhimpunan itu yang kononnya memaparkan polis bertindak kejam serta mengamalkan kekerasan melampau ketika kejadian.

Dalam pada itu, Rais turut mengingatkan pihak polis agar lebih tegas dalam menjalankan tuntutan undang-undang.

"Kini pembangkang merancang melalui 'pukulan lipat' terhadap polis namun, mujurlah polis di negara ini paling berhemah. Kalau di negara lain, belasahan sebenar akan mereka terima.

"Kerja polis bukan untuk senyum dan gosok belakang pengacau ketenteraman awam. Siapa yang tidak mengikut undang-undang akan menerima padahnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembangkang bankrap idea - Ahmad Maslan

Posted:

Pembangkang bankrap idea - Ahmad Maslan

Pembangkang bankrap idea - Ahmad Maslan

SHAH ALAM 21 Julai - Parti pembangkang dilihat semakin terdesak untuk meraih kuasa pentadbiran di negara ini apabila terus-menerus menyerang institusi kerajaan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka telah 'bankrap idea' dan tidak mempunyai sebarang isu untuk diketengahkan.

Beliau berkata, mereka juga sanggup 'menghalalkan' apa juga bentuk tindakan walaupun melanggar undang-undang seperti menganjurkan perhimpunan haram.

"Inilah taktik mereka sekarang. Mereka menyerang dan memfitnah institusi kerajaan dan sasaran mereka sekarang ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing dengan tuduhan tidak telus dan zalim.

"Sebelum ini, mereka pernah menyerang institusi kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Raja-raja Melayu dengan mempertikaikan titah yang dibuat oleh institusi berkenaan.

"Alasan mereka ialah ada campur tangan daripada pihak yang memerintah. Saya ingin tegaskan apa yang dikatakan mereka, tidak semudah itu boleh berlaku," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Pemegang Amanah Yayasan Restu ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara yayasan itu dengan My Events International bagi melaksanakan penganjuran pameran bertaraf antarabangsa pada tahun depan.

Yayasan Restu diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Abdul Latiff Mirasa manakala My Events International diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan.

Dalam pada itu, Ahmad menegaskan, semua institusi kerajaan mempunyai integriti serta prosedur termasuklah sekatan dan imbangan yang mengambil kira kepentingan negara dan rakyat secara keseluruhan bukannya parti politik.

"Contohnya pada 2004, BN (Barisan Nasional) kalah satu kerusi dengan majoriti dua undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemuning di Kelantan.

''Kalau benar BN berpakat dengan SPR, sudah tentu kita boleh tambah tiga undi supaya BN menang di DUN Kemuning, namun itu tidak berlaku. Ini membuktikan perkara negatif yang mereka fikir tentang SPR tidak berlaku," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved