Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Video perhimpunan dimanipulasi

Posted:

Video perhimpunan dimanipulasi

Video perhimpunan dimanipulasi

Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com

KUALA LUMPUR 20 Julai - Portal berita propembangkang dikesan mengubah video berhubung kejadian yang berlaku pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu, bagi memburukkan imej polis.

Tindakan pihak berkenaan dianggap melampau apabila mereka dikatakan membuat teknik ubahan (tampering) pada klip video itu.

Sumber berkata, hasil himpunan video yang diperoleh untuk didedahkan kepada umum, polis mendapati terdapat klip yang dibuat pertindihan suara.

Menurutnya, selain itu, polis juga telah memperoleh video asal tentang dakwaan blog-blog tertentu bahawa polis bertindak membiarkan seorang lelaki yang memerlukan bantuan perubatan dalam keadaan bergari.

Katanya, dakwaan dan tohmahan yang dibuat kononnya polis telah bertindak kejam dan mengamalkan kekerasan melampau adalah tidak benar.

"Terdapat video yang menunjukkan tindakan seorang peserta perhimpunan haram yang sanggup menunggu kedatangan polis untuk memulakan kekacauan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam klip video tersebut, penunjuk perasaan itu dilaporkan duduk bersila sambil memberitahu rakannya yang lain, 'dia (polis) tak datang, kita (penunjuk perasaan) gagal," merujuk kepada usaha mereka untuk menunggu kehadiran polis sebelum menimbulkan provokasi.

Sumber itu menambah, pendedahan yang akan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas ini perlu diamati dengan sebaik-baiknya oleh masyarakat.

Katanya, masyarakat perlu melihat bagaimana usaha peserta perhimpunan berkenaan yang sebenarnya mencipta provokasi terhadap polis.

"Masyarakat juga perlu menilai ketelusan yang diuar-uarkan portal berita propembangkang apabila mereka sanggup membuat pertindihan suara dan teknik ubahan dalam video yang diambil.

"Berdasarkan tindakan itu, portal tersebut perlu dikenakan tindakan tegas berikutan kesalahan memaparkan berita palsu kepada pembaca untuk memburuk-burukkan pihak keselamatan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak tahan diaibkan

Posted:

Tidak tahan diaibkan

Tidak tahan diaibkan

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


RAJA Azmi Raja Sulaiman (kanan) dan Roslin Hashim keluar selepas siasatan bagi keputusan kes dakwaan khalwat di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam


KUALA LUMPUR 20 Julai – Ekoran siasatan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Roslin Hashim masih tidak berpenghujung, penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini mendakwa 'kelewatan' itu adalah disebabkan campur tangan pihak ketiga.

Menjelaskan dengan lebih terperinci, penerbit filem '... Dalam Botol' itu memberitahu bahawa dia mengetahui siapa yang menjadi dalang dalam 'melengah-lengahkan' siasatan dan punca campur tangan tersebut.

Raja Azmi, 52, turut mendakwa bahawa dalang itu ialah punca sebenar keretakan perkahwinan Roslin dengan Nurhayati Othman, 40.

"Saya syak orang ini ada menghubungi orang besar dalam Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk panjangkan kes ini. Memang saya menuduh dan kalau tuduhan saya ini tidak benar, saya sanggup meminta maaf pada orang tersebut dan biar Allah yang menghukum saya atas apa yang saya kata. Sampai bila saya hendak diaibkan, saya tak tahan," katanya sambil menangis.

Dakwaan tersebut turut diakui oleh Roslin yang juga bekas pemain badminton negara.

Raja Azmi menyatakan demikian di luar pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jawi di bangunan Pusat Islam di sini hari ini.

Penulis novel Black Widow Wajah Ayu itu hadir ke pejabat tersebut dengan ditemani suaminya, Jalani Sidek, 48, kira-kira pukul 8.50 pagi manakala Roslin tiba di tempat yang sama beberapa minit kemudian.

Pada sesi hari ini, mereka hanya dimaklumkan bahawa siasatan masih belum selesai dan akan mengambil masa kira-kira sebulan lagi sebelum sebarang kata putus mengenai kes itu iaitu sama ada akan dihantar ke pihak pendakwaan untuk didakwa atau sebaliknya.

Perkembangan itu hanya dimaklumkan oleh kakitangan lain dan bukannya pegawai penyiasat kes yang dikatakan terpaksa ke Majlis Tilawah Al-Quran ke-53 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Saya rasa frust (kecewa) sangat. Dari dulu hingga sekarang kata nak siasat, nak siasat apa lagi. Nak panggil semua pekerja hotel ke? Hari ini hanya jumpa staf yang hanya boleh kata saya menurut perintah, kalau boleh saya nak jumpa dengan pegawai (yang kendalikan kes)," ujar Roslin, 35, dengan nada kecewa.

Bekas suami kepada Faizah Mohamad, 35, dan Nurhayati itu turut mempertikaikan tindakan pegawai menyiasat yang tidak memberikan sebarang penjelasan atau perkembangan mengenai kes itu pada setiap pertemuan sebaliknya hanya menyatakan 'hendak siasat lagi'.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Raja Azmi dan Roslin didakwa berdua-duaan (berkhalwat) dalam satu serbuan oleh bekas isteri kedua Roslin di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini.

Mereka berdua diletakkan di bawah jaminan pihak Jawi sejak April lalu dan jaminan tersebut telah dibaharui sebanyak empat kali sepanjang kes itu disiasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga penduduk Kelantan fail saman

Posted:

Tiga penduduk Kelantan fail saman

Tiga penduduk Kelantan fail saman

KUALA LUMPUR 20 Julai - Tiga penduduk Kelantan mengemukakan saman pemula untuk memohon perisytiharan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa melulus dan menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Saman pemula tersebut difailkan oleh dua peniaga, Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58, dan rakan mereka, Gan Han Chuan, 44, melalui firma guaman Tetuan Sheng Lee Law di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lalu.

Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker.

Ketiga-tiga mereka menamakan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebagai defendan-defendan.

Dalam saman tersebut, plaintif memohon perintah perisytiharan bahawa kerajaan negeri itu tidak berkuasa meluluskan atau menggubal undang-undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Selain itu, plaintif memohon perisytiharan bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Turut dimohon perisytiharan bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal sebarang undang-undang, undang- undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Plaintif juga memohon ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlahnya, kos dan perintah lain. Mereka diwakili peguam Lee Kien Han dan M. Rueben yang turut menyebut bagi pihak Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili kerajaan negeri.

Sementara itu, Lian Ker memberitahu pemberita bahawa pada mulanya saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil namun oleh kerana membabitkan isu Perlembagaan, ia telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Peguam Kien Han memberitahu pemberita bahawa Penolong Kanan Pendaftar, Jessica Ombou Kakayun hari ini memerintahkan supaya defendan memfailkan afidavit jawapan sebelum 3 Ogos ini dan menetapkan pengurusan kes saman itu pada 17 Ogos ini di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

Pada 11 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan penjualan loteri Big Sweep dilakukan secara terbuka di Kelantan terutama Kota Bharu biarpun Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan semua bentuk aktiviti perjudian di negeri tersebut.

Berikutan itu, pada 28 Februari lalu, MPKB-BRI menyaman dua pemilik kedai buku di negeri itu kerana menjual tiket loteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved