Utusan Online - Johor |
Posted: Warga emas lega rumah dibaiki Oleh FARIK SALLEH
KOTA TINGGI 20 Julai - Seorang warga emas kini boleh menarik nafas lega apabila rumah yang dihuni lebih 40 tahun lalu di Kampung Singapura di sini, dibaiki Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan kampung tersebut baru-baru ini. Chik Andot (gambar), 87, yang tinggal bersama anak lelaki bongsunya, Endot Mahmod, 53, berkata, dia tidak mengharapkan bantuan lain kecuali rumah untuk berteduh dan terjamin dari segi keselamatan. "Sebelum ini saya berhasrat untuk membaiki ruang bilik air dan mengecat rumah tetapi tidak mampu kerana tidak lagi boleh bekerja berat. ''Endot pula hanya melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan mereka yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. "Bagaimanapun, saya lega apabila Pemuda UMNO cawangan kampung ini sudi membersih, membaiki dan mengecat rumah seterusnya memastikan kehidupan saya lebih selesa selepas ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Turut serta dalam program membaiki rumah Chik itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Singapura, Khamisan Ali. Mesran turut menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM1,600 termasuk atap, tingkap, cat dan kos kemasukan bekalan air paip ke rumah warga emas tersebut. Sementara itu, menurut Khamisan, Chik merupakan keluarga miskin yang dipilih ahli jawatankuasanya bagi pelaksanaan aktiviti turun padang yang bertujuan mendekati masyarakat selain memberi bantuan kepada golongan tidak bernasib baik di kampung ini. | ||
Penduduk Kluang perlu jimat air Posted: Penduduk Kluang perlu jimat airJOHOR BAHRU 20 Julai - Penduduk di beberapa kawasan di daerah Kluang khususnya yang tinggal di kawasan tinggi dan jauh dari sistem bekalan air diminta lebih berhemah dalam menggunakan air. Ia ekoran pengeluaran air terawat dari loji rawatan air Sembrong Barat yang dikendalikan Southern Water Corporation (SWC) berkurangan sejak kebelakangan ini sekali gus menyebabkan gangguan bekalan. SWC dan Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd., (SAJH) dalam satu kenyataan bersama memberitahu, kawasan yang dijangka terlibat adalah Taman Gunung Lambak, Taman Koperasi, Taman Kerjasama, Taman Sri Kluang, Taman Desa Harmoni, Taman Kluang Barat, Jalan Lambak, Jalan Sekolah, Jalan Kolam Air, Kampung Majid, Taman Sri Andal, Taman Bahagia, Taman Bersatu dan Taman Kluang Jaya. "Kawasan lain yang terlibat termasuk Taman Sri Jaya, Kampung MIC Sri Lalang, Taman Perwira Jaya, Kawasan Industri Jalan Mersing, Ladang Chuan Hoe, Hospital Kluang, Taman Intan, Taman Perumahan Polis Jalan Padang Tembak, Paloh, Chamek dan Niyor," jelas kenyataan itu. Turut terlibat adalah kawasan CEP Renggam, Taman Murni Paloh, Felcra Batu 4 Jalan Yong Peng-Paloh, Kampung GSA Chamek, Pusat Penyembelihan Babi Jalan Paloh, Happy Valley dan Sekolah Menengah Agama Johor serta Industri Mengkibol, Kilang Revertax dan Kilang MML di Jalan Batu Pahat. Berikutan itu, SAJH terpaksa mengambil langkah proaktif bagi memastikan pengeluaran air bersih terawat mencukupi untuk kegunaan penduduk terbabit kerana loji itu hanya mampu mengeluarkan 50 hingga 51 juta liter air bersih berbanding kemampuan sebenar 55 juta liter. SWC akan memastikan pengeluaran bekalan air sentiasa mencukupi sebelum disalurkan kepada pihak SAJ yang seterusnya mengagihkan air terawat kepada pengguna. Buat masa ini pembekalan air adalah terkawal, namun mereka yang berdepan dengan masalah berkaitan diminta menghubungi SAJ bagi mendapatkan bantuan bekalan air untuk kegunaan harian. Orang ramai yang menghadapi masalah bekalan air atau memerlukan bantuan tangki air boleh menghubungi SAJ menerusi talian 1-800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas ke 019-7227474 atau menerusi e-mel customer.care@saj.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan