Khamis, 14 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Anwar pengkhianat negara

Posted:

Anwar pengkhianat negara

Anwar pengkhianat negara

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas.

Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.

"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang ingin melihat negara ini huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.

Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.

"Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan.

"Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara," tegasnya.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini.

"Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.

"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia.

Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.

"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar saksi pertama pembelaan kes liwat Saiful

Posted:

Anwar saksi pertama pembelaan kes liwat Saiful

Anwar saksi pertama pembelaan kes liwat Saiful

KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi saksi pertama yang memberi keterangan di peringkat pembelaan pada perbicaraan kes liwat yang membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 8 Ogos ini.

Peguam Sankara Nair memberitahu demikian kepada pemberita di luar mahkamah selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh perbicaraan disambung mulai tarikh tersebut hingga 26 Ogos ini.

Tempoh perbicaraan selama 15 hari itu ditetapkan semasa sebutan kes liwat tersebut di hadapan hakim berkenaan hari ini.

Pada prosiding tersebut, barisan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden manakala Anwar turut diwakili oleh peguam utamanya, Karpal Singh.

Anwar yang memakai alat penyokong leher hadir bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak lelaki tunggalnya, Mohd. Ihsan.

Menurut Nair lagi, Anwar akan menjadi saksi pertama kerana berdasarkan Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh yang akan mula memberi keterangan di peringkat pembelaan.

Selain itu, kata beliau, pihaknya akan memfailkan permohonan pada minggu ini untuk mendapatkan perintah agar pihak pendakwaan membawa saksi-saksi ke mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.

Setakat ini, pihak pembelaan hanya dapat menemu bual lima daripada 25 saksi yang disenaraikan daripada sejumlah 71 saksi yang telah ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Lima saksi yang telah ditemu bual ialah kenalan keluarga Mohd. Saiful Bukhari, Datuk Mumtaz Jaafar; adik perempuan mangsa, Saidati Adha; doktor dari Hospital Pusrawi , Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid; pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Khairil Anas Yusof dan pegawai perubatan yang pertama ditemui pengadu di wad pesakit luar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang hanya dikenali sebagai Dr. Daniel.

Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan antara saksi yang masih belum dapat ditemu bual.

Pada 16 Mei lalu, Ketua Pembangkang itu diperintahkan membela diri setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas meneliti kesemua keterangan saksi di peringkat pendakwaan dan berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, N0.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peneraju industri UK beri respons positif

Posted:

Peneraju industri UK beri respons positif

Peneraju industri UK beri respons positif

Oleh Othman Mohamad


Najib Tun Razak disambut Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Luar dan Komanwel, John MacDonald CBE (dua dari kanan) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Farnborough, London, semalam. Turut kelihatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong (kiri). – BERNAMA


LONDON 13 Julai - Ahli perniagaan British hari ini diperjelaskan mengenai peluang pelaburan yang boleh dipertingkat dan diterokai di Malaysia terutama dalam sektor-sektor berteknologi tinggi, kegiatan nilai tambah dan yang berasaskan pengetahuan.

Selain banyak peluang pelaburan terbuka luas kepada syarikat United kingdom (UK) yang boleh dijalankan secara usahasama pintar dengan syarikat Malaysia, kerajaan memberi jaminan akan memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi menguntungkan kepada syarikat asing.

Komitmen tersebut dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan mesyuarat meja bulat dengan para peneraju industri UK di sini, dalam kerangka lawatan rasmi pertama beliau atas kapasiti Perdana Menteri ke UK.

"Antara bidang yang boleh diterokai ialah perkhidmatan perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, elektrik dan elektronik, teknologi hijau, tenaga yang boleh diperbaharui, dan ICT," katanya pada pertemuan tersebut.

Pengerusi Kumpulan HSBC Holdings Plc, Dauglas Flint yang mengetuai peneraju-peneraju negara ini ketika berucap pada majlis itu antara lain menyatakan mereka menyambut baik pelawaan Najib itu dan melihat iklim pelaburan yang meyakinkan ketika Malaysia dalam proses transformasi menjadi negara berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang 2020.

Pada mesyuarat tersebut, Najib yang juga Menteri Kewangan membayangkan wujud peningkatan peluang pelaburan yang banyak di bawah Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Najib memberitahu, para peneraju perniagaan itu bahawa pada tahun lepas, Malaysia mencapai pertumbuhan kukuh 7.2 peratus selepas mengalami penguncupan sebanyak 1.7 peratus pada 2009 - pertumbuhan tertinggi sejak 2000, dengan kebanyakan sektor mengembang dan eksport meningkat.

Ekonomi Malaysia, jelas beliau, dijangka berkembang antara 5 dan 6 peratus tahun ini dan optimis bahawa ekonomi negara kekal kukuh. Ringgit pula telah mengukuh 12 peratus sejak 2010, manakala harga komoditi utama yang tinggi telah dilegakan oleh kekukuhan permintaan domestik.

"Oleh itu, kami juga yakin peningkatan aliran masuk FDI berterusan berkembang selari dengan perkembangan dengan pengukuhan pelaburan domestik.

"Malaysia akan terus mempertingkatkan persekitaran perniagaan cergas serta struktur industri dan infrastruktur yang telah pun maju demi memastikan ia kekal sebagai tempat yang berdaya saing bagi para pelabur asing.

"Hubungan dua hala Malaysia-UK perlu terus memberi tumpuan kepada usaha memacu dan menawarkan insentif pada perkongsian pintar antara sektor swasta kedua-dua negara dan pada masa yang sama, hubungan sedia ada antara Malaysia-UK perlu diperkukuhkan lagi," katanya yang memberi gambaran terperinci dan terkini kepada para peneraju industri dan pelabur tersebut mengenai kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Rekod pelaburan di Malaysia menampakkan negara terus menjadi destinasi pelaburan keutamaan kepada para pelabur asing. Pada tahun lepas, aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) meningkat lebih 540 peratus kepada AS$9 bilion, berbanding dengan AS$ 1.4 bilion pada 2009.

Dalam konteks UK, negara ini menjadi sumber FDI yang kesebelas terbesar kepada Malaysia sehingga akhir tahun lepas sebanyak AS$1.7 bilion menerusi 394 projek pembuatan seperti barangan berasaskan getah, petrokimia, petroleum dan plastik.

Dagangan dua hala pula bernilai AS$4.1 bilion tahun lepas dengan eksport ke UK sebanyak AS$2.3 bilion, meningkat 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus meletakkan UK sebagai rakan dagang ke-18 terpenting kepada Malaysia.

Import UK ke Malaysia pula tahun lepas bernilai AS$1.8 bilion. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved