Utusan Online - Hiburan |
Posted: Laris tanpa publisitiOleh MOHD. IFQDAR
MENYUSURI perjalanan seni One Nation Emcees (ONE) yang dianggotai Mimi, Jojoe dan Zydee, mereka kurang mendapat publisiti; sama ada di media cetak mahupun media elektronik berbanding dengan rakan-rakan artis yang lain. Keadaan itu banyak menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat mereka kerana secara tidak langsung, ketiadaan publisiti memberi gambaran seolah-olah trio ini tidak aktif dan hanya menunggu masa untuk berkubur. Cetusan daripada senario itu, timbul kata-kata sinis yang mengklasifikasikan juara program realiti televisyen (TV) Gangstarz musim kedua itu sebagai artis sendu. Sekalipun lagu-lagu ONE seperti Raja Gelek, Apa Ku Kisah dan Syukur (Kau Yang Satu) sering berkumandang di corong-corong radio, namun mereka dianggap tidak popular berbanding lagu-lagu dendangan mereka. Pada hakikatnya, mereka tetap aktif dan banyak menerima undangan pentas. Terbaru, ONE sudah mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan dengan membintangi filem Klip 3GP, terbitan Primeworks Studio, yang akan masuk panggung pada 13 Oktober nanti." ucap Mimi. | ||
Posted: Sedar ada kepentinganSEBAGAI satu-satunya wanita dalam ONE, Mimi, 26, atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norisham, mengakui, publisiti sememangnya memainkan peranan penting bagi menentukan naik atau turun karier seseorang artis. Katanya, tanpa publisiti, kerjaya seseorang penyanyi itu dipandang sepi walaupun hakikatnya dilimpahi dengan pelbagai undangan menyanyi. "Saya sedar, ONE agak kurang menerima publisiti seolah-olah kami tidak aktif lagi dalam industri. "Sebenarnya, jadual seni kami begitu padat sehinggakan masa untuk bersama keluarga dan kawan-kawan amat terhad. "Ia termasuklah kesibukan kami sebelum ini yang membintangi filem terbitan Primeworks Studio iaitu Klip 3GP. "Tidak bermaksud untuk membangga diri, sebaliknya saya bersyukur kerana dilimpahi dengan rezeki yang tidak putus-putus," jelas Mimi yang semakin ramping dan anggun itu. Dalam pada itu, bagi menyokong hujah yang diperkatakan Mimi itu, baru-baru ini, ONE dipilih oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) untuk mengadakan persembahan di pentas berprestij dunia iaitu Istana Budaya (IB) pada 1 hingga 3 Julai lalu. Ia sempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2011 (FMKL) yang berlangsung sepanjang bulan ini. Ujar Mimi, dia menganggap tawaran agensi kerajaan itu sebagai simbolik kejayaan kumpulannya kerana usia pembabitan seni mereka yang masih mentah dihargai oleh sebuah organisasi besar seperti JKKN. "Semestinya kami berbangga membuat persembahan di IB kerana ramai penggiat seni yang mendambakan untuk beraksi di pentas berprestij itu. "Syukur dan terima kasih diucapkan kerana peluang tersebut diberikan kepada ONE," ucap Mimi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan