Khamis, 14 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Maidam edar 5,000 buku hayati Ramadan

Posted:

Maidam edar 5,000 buku hayati Ramadan

Maidam edar 5,000 buku hayati Ramadan


Wan Harujan Sulaiman menunjukkan buku terbaru keluaran Maidam di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 13 Julai - Sempena ketibaan Ramadan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerbitkan buku Fadilat Ramadan bagi meluaskan kefahaman dan kesedaran kepada orang ramai tentang keistimewaan bulan mulia itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, sebanyak 5,000 naskhah akan diagihkan kepada surau, masjid, sekolah, institusi pengajian tinggi dan perpustakaan awam di seluruh negeri sebelum 1 Ogos ini.

Katanya, buku tulisan Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Abdul Manan Mohammad Al-Merbawi itu bakal menjadi panduan umum bagi menghayati bulan Ramadan.

"Buku-buku ini akan diedarkan secara percuma bagi membolehkan orang ramai merujuk sekiranya mempunyai persoalan tentang kelebihan bulan Ramadan.

"Saya berharap orang ramai dapat menelaah buku ini sebagai persiapan untuk kita menyambut ketibaan Ramadan agar kedatangannya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Buku setebal 87 muka surat memuatkan penerangan mengenai amalan-amalan sunat, kelebihan, perkara-perkara yang dilarang serta dalil-dalil tentang kewajipan berpuasa.

Dalam pada itu, Wan Harujan berkata, sejak 2008 sehingga kini, sebanyak 109,000 naskhah buku telah dicetak merangkumi 71 tajuk berkaitan pelbagai permasalahan dalam agama Islam.

Jelasnya, Maidam berperanan menyediakan bahan-bahan ilmiah kepada masyarakat dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka terhadap agama Islam dari semasa ke semasa.

"Penerbitan buku yang bersesuaian merupakan salah satu tanggungjawab Maidam yang perlu dilaksanakan untuk menyebarkan agama Islam kepada orang ramai tidak kira waktu dan tempat.

"Selain itu, kita juga memberi peluang kepada penulis-penulis di luar sana untuk berkongsi ilmu yang mereka miliki bagi membentuk budaya menulis dan membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bau sampah ganggu penduduk

Posted:

Bau sampah ganggu penduduk

Bau sampah ganggu penduduk

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Timbunan sampah sarap yang mencetuskan bau busuk di Tapak Pasar Tani Ayer Lanas, Jeli, Kelantan, semalam.


JELI 13 Julai - Penduduk Kampung Ayer Lanas di sini mendakwa terpaksa menghidu bau busuk sejak dua bulan lalu ekoran longgokan sampah yang dibuang di kawasan berhampiran tapak pasar tani di situ tidak diuruskan pihak berwajib.

Menurut penduduk, beberapa tong sampah dahulunya disediakan di tapak pasar itu telah dipindahkan ke satu kawasan yang jauh menyebabkan tapak pasar tani tersebut tidak mempunyai tong sampah.

Seorang penduduk, Mahadi Mohamad, 36, berkata, bau busuk itu mengganggu kehidupan seharian mereka dan ia menjadi lebih teruk pada waktu malam ekoran bau yang ditiup angin.

"Dulu memang ada tong sampah di tapak pasar tetapi telah dipindahkan. Orang ramai pula masih membuang sampah di tapak pasar tani sehingga ia berlonggok dan mengeluarkan bau busuk.

"Lebih teruk lagi sampah-sampah itu pula tidak dikutip oleh pihak berwajib meskipun jumlahnya sudah terlalu banyak," ujar beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Ayub Yaacob, 27, pula berkata, keadaan itu bukan setakat mengganggu kehidupan seharian mereka, malah turut memberi kesan kepada peniaga di pasar tani berkenaan.

"Siapa yang mahu datang ke sini kalau terpaksa menghidu bau busuk. Setiap hari Jumaat kalau ada pasar, pengunjung pasti mengeluh kerana keadaan tersebut.

"Sebagai orang Islam, kita diajar untuk menjaga kebersihan justeru saya berharap orang ramai dan pihak berkuasa dapat bekerjasama menyelesaikan masalah ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kembara Ramadan bermula 2 Ogos

Posted:

Kembara Ramadan bermula 2 Ogos

Kembara Ramadan bermula 2 Ogos

KOTA BHARU 13 Julai - Skuad Kembara Ramadan sempena Program Semarak Merdeka 2011 akan menjelajah ke seluruh daerah di negeri ini sepanjang berlangsungnya sambutan kemerdekaan negara yang jatuh dalam bulan puasa.

Program bertema Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera anjuran Jabatan Penerangan Malaysia negeri Kelantan itu merupakan aktiviti julung kalinya diadakan.

Ia bagi menggantikan program Semarak Merdeka 1Malaysia (SM1M) yang telah diadakan sejak 2008.

Pengarahnya, Ramly Yusoff berkata, program yang akan bermula pada 2 hingga 20 Ogos depan dan mendapat kerjasama kira-kira 12 agensi termasuk polis, badan korporat dan media tempatan.

Katanya, lebih 54 kenderaan termasuk 30 motosikal dari Kelab Motor Honda Klasik yang dihiasi dengan Jalur Gemilang akan singgah ke 10 daerah bagi menyemarakkan lagi sambutan Ramadan dan bulan kemerdekaan.

Beliau berkata, program itu akan dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Makhtar Mustapha di lokasi pertama program di Masjid Ikhsaniah Lubuk Jambu, Mulong, Kota Bharu pada 2 Ogos ini.

"Sepanjang program, Skuad Kembara Ramadan akan bergerak ke setiap daerah bagi mengedarkan Jalur Gemilang dan surah Yasin kepada orang ramai.

"Mereka juga akan ke masjid dan surau terpilih untuk berhimpun dan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik,'' katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Program Semarak Merdeka 2011 di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved