Utusan Online - Politik |
DAP semakin ghairah hina Islam Posted: DAP semakin ghairah hina IslamOleh MOHD. ASRON MUSTAPHA KUALA LUMPUR 13 Julai - Keghairahan pemimpin DAP untuk memetik hadis nabi secara semberono, sedangkan mereka sendiri tidak beriman kepada kenabian Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan tindak-tanduk Pas yang terlalu mengejar matlamat politik berbanding agama. Sambil membidas kegagalan Pas itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam merupakan satu lagi detik hitam kepada agama Islam. Beliau yang kesal dengan perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menegaskan, tindakan sewenang-wenang sekutu Pas itu memetik hadis nabi tanpa beriman kepada kenabian Rasulullah, adalah biadab serta menghina kesucian agama Islam. "Jangan hanya kejar kuasa politik semata-mata. Sekali sekala jenguk-jenguklah rakan seperjuangan agar Islam tidak menjadi bahan politik. Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan mereka kalangan ulama sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara itu berlaku. "Seingat saya, ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami'yat. "Dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis nabi itu perlu beriman dengan nabi. Kalau tidak beriman bagaimana mereka mahu percayakan hadis berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis nabi," katanya seperti dipetik dari portal http://umno-online.com. Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar daripada Sidang DUN Selangor oleh Speker, Datuk Teng Chang Kim, setelah beliau mempertikaikan tindakan Suee Lim yang dikatakan cuba mempersendakan Islam. Tambah Muhammad Yusoff, teguran keras beliau terhadap pemimpin Pas adalah bertujuan untuk memastikan agama Islam terpelihara dan bukannya dijadikan bahan mainan atau objek politik semata-mata demi kepentingan sesetengah pihak. "Kalau benar-benar minat masuklah Islam dan mendalami sepenuhnya, bukan sekadar membaca sepotong dua hadis nabi. Kita juga khuatir hadis yang dipetik itu sama ada hadis daif atau sebaliknya. Jangan main petik sahaja. Saya berharap perkara seumpama ini tidak lagi," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Hadis: Sikap wakil rakyat Islam Pas, PKR dikesali Posted: Hadis: Sikap wakil rakyat Islam Pas, PKR dikesaliSHAH ALAM 13 Julai - Sikap membisu wakil rakyat Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam semasa Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim cuba mempergunakan hadis pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam amat dikesali. Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, sebagai wakil rakyat beragama Islam, mereka sepatutnya menegur Suee Lim yang cuba memetik hadis bagi menguatkan hujahnya sedangkan wakil rakyat DAP itu tidak mengetahui maknanya. Lebih dikesalkan kata beliau, Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Ali dan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman juga langsung tidak bertindak balas dan dilihat seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa. "Pada saya seseorang yang tidak faham maksud hadis, tidak layak melafazkannya apalagi jika orang itu bukan beragama Islam. "Jadi adalah wajar sebagai seorang Islam kita bertanya dan menegur jika ada orang bukan Islam cuba berbuat demikian kerana perbuatan itu jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan dilihat cuba mempersendakan Islam. "Apabila saya diarah keluar dewan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim kerana menegur Suee Lim, mereka hanya melihat kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini. Mohamad Satim berkata demikian ketika diminta mengulas sikap wakil rakyat Pas dan PKR beragama Islam yang hanya mendiamkan diri ketika Suee Lim cuba memetik hadis untuk menyokong perbahasannya pada sidang DUN semalam. Ketika menegur tindakan Suee Lim itu, beliau hanya bertanya tentang kesahihan hadis yang mahu dibacanya tetapi telah diarah keluar oleh Chang Khim. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan