Rabu, 13 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Madu lebah penawar ulser diabetes

Posted:

Madu lebah penawar ulser diabetes

Madu lebah penawar ulser diabetes

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


MAFAUZY Mohamed (kanan) menunjukkan contoh ternakan madu lebah di kawasan persekitaran USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kota Bharu, baru-baru ini. - UTUSAN/HAPIZAH AZIZ


KOTA BHARU 12 Julai - Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mempelopori penggunaan madu lebah bagi merawat ulser diabetes dan mengurangkan masalah inflamasi pada mukosa mulut pesakit kanser nasofarign yang menjalani rawatan radiasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Penyelidikan melibatkan madu lebah untuk kedua penyakit tersebut telah dijalankan oleh pakar perubatan hospital berkenaan kira-kira 20 tahun lalu.

Kini, kajian tersebut diteruskan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menyumbangkan madu lebah tualang dan gelam bermula tahun 2005.

Berikutan USM dianugerahkan status universiti penyelidikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2005, sekumpulan pakar perubatan mengambil peluang memulakan penyelidikan melibat madu tempatan.

Projek penyelidikan pertama bertajuk Keberkesanan Pengambilan Madu Terhadap Gejala Pernafasan di Kalangan Jemaah Haji Malaysia berjaya dijalankan dan ia merupakan antara 46 penyelidikan madu yang telah dan sedang dijalankan di USM Kampus Kesihatan.

Pengarah Kampus USM Kampus Kesihatan, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed berkata, sebanyak RM2 juta Geran Penyelidikan Universiti dianugerahkan kepada pensyarah bagi menjalankan penyelidikan madu lebah tualang tersebut.

Menurutnya,di samping menjalankan kajian keberkesanan penggunaan madu untuk pelbagai jenis penyakit, penyelidikan tersebut turut membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai khasiat perubatan madu tempatan secara saintifik.

''Pengetahuan yang diperoleh menyebabkan pasaran madu tualang kini meningkat sekali gus memberi pendapatan lumayan kepada pencari lebah dan penternak terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara USM Kampus Kesihatan dan Universitas Hasanuddin Makasar serta Syarikat Aifa Health Sdn. Bhd. di Kubang Kerian di sini, baru-baru ini.

Universiti Hasanuddin Makasar diwakili oleh Pembantu Rektor, D.A Suriamiharja, manakala Syarikat Aifa Health Sdn. Bhd. oleh Ketua Eksekutifnya, Aisan Fadhli Ab. Halim.

Mafauzy menambah, kajian yang dilakukan itu juga berbentuk serampang dua mata, di samping mengkaji khasiat madu lebah, usaha itu juga membantu meningkatkan taraf hidup pencari lebah yang rata-ratanya daripada golongan bottom bilion.

USM katanya, prihatin dengan nasib golongan berkenaan dan mendapati hasil kajian membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan serta mempromosikan madu lebah yang dicari seterusnya menjadikan ia sebagai sumber pekerjaan.

''Harga madu di pasaran juga meningkat dan menjadi pilihan ramai sebagai makanan kesihatan untuk semua peringkat masyarakat,"katanya.

Tambahan pula, katanya, hasil penyelidikan melibatkan herba, madu dikenalpasti berpotensi menurunkan paras gula dalam darah serta meningkatkan kesihatan fizikal .

Katanya lagi, sehubungan itu pensyarah dan penyelidikan di Kampus Kesihatan digalakkan mendapatkan geran penyelidikan dari sumber luar untuk mempelbagaikan penyelidikan mereka dalam meningkatkan kualiti.

''Selain madu lebah, USM turut meluluskan geran di bawah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat berjumlah RM50,000 bagi projek ternakan madu lebah kelulut.

''Setakat ini usaha membangunkan produk madu lebah kelulut bagi kegunaan merawat penyakit dan pemakanan kesihatan telah dimulakan," katanya.

Dr. Mafauzy menambah, pihaknya juga mengalu-alukan perjanjian persefahaman yang diadakan dengan Universiti Hasanuddin Makasar dalam kajian melibatkan madu lebah serta pembangunan produknya.

Beliau berharap, kerjasama itu mampu menghasilkan suatu modul perawatan yang komprehensif dan dapat ditawarkan kepada pengamal perubatan tempatan dan global.

''Begitu juga, gabungan kerjasama dengan Syarikat Aifa Health Sdn. Bhd. yang secara prinsipnya bersetuju menyumbangkan sejumlah dana untuk mengadakan sebuah Makmal Efikasi Pre-Klinik dalam menjalankan kajian berkaitan," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan perhatian ahli akademik, pelajar dan warga USM Kampus Kesihatan yang sensitif dengan keperluan masyarakat dalam membangunkan perubatan tradisional dan komplementari berasaskan madu.

Katanya, kajian berasaskan saintifik itu mampu diintegrasikan dalam sistem perubatan yang sedia ada dan usaha tersebut dapat dilihat sebagai salah satu daripada strategi Blue Ocean yang tidak memerlukan USM bersaing dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMTAS 2011 ukur hasil penyelidikan

Posted:

UMTAS 2011 ukur hasil penyelidikan

UMTAS 2011 ukur hasil penyelidikan

KUALA TERENGGANU 12 Julai – Simposium Tahunan Antarabangsa Universiti Malaysia Terengganu (UMTAS) 2011 baru-baru ini, mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan hampir 500 kalangan penyelidik, warga akademik dan pelajar dari dalam dan luar negara.

Selain Malaysia, negara lain yang turut serta dalam simposium ke-10 yang berlangsung selama tiga hari itu ialah Indonesia, Belgium, Iran, Thailand, Libya dan Oman.

Bertemakan Memperkasakan Sains, Teknologi dan Inovasi Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Baik, beratus kertas kerja dalam pelbagai lapangan penyelidikan dibentangkan dalam lima persidangan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, usaha universiti Malaysia Terengganu (UMT) boleh menjadi medan penting bagi perkongsian ilmu, kemahiran dan penemuan baru bagi warga penyelidik.

''Selain membantu membentuk jalinan kerjasama, pembentangan hasil penyelidikan dan pameran oleh pihak dalam dan luar negara dapat mengetengahkan lebih banyak potensi dan kemungkinan dalam penyelidikan yang boleh ditawarkan oleh negara.

''Saya berharap agar simposium ini boleh menjadi kayu pengukur kepada para saintis untuk terus berusaha bagi mendapatkan penemuan terbaru dalam bidang sains mahupun teknologi," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian simposium itu.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal-Ehwal Antarabangsa UMT dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur UMTAS 2011, Prof. Madya Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad.

Menurut Fadillah, Malaysia kini dalam usaha menjadi hab penyelidikan dunia dengan memanfaatkan begitu banyak potensi dengan kepelbagaian sumber yang ada.

Justeru, katanya, institusi penyelidikan seperti UMT perlu terus memainkan peranan penting dalam menjayakan kegiatan pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta idea inovatif ke peringkat lebih tinggi seiring dengan proses transformasi negara.

Dalam pada itu, beberapa peserta simposium yang ditemui berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan pada masa depan.

Menurut pelajar jurusan Sarjana Sains Kimia dari UMT, Rosmadila Abd. Rahman, 23, dengan menyertai program tersebut, dia dapat bertukar-tukar pandangan dengan peserta selain menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.

"Ini kali pertama saya turut serta dalam simposium seperti ini dan ternyata simposium ini sungguh bermanfaat," katanya.

Pendapat Rosmadila turut dipersetujui oleh rakannya, Nor Hidayati Sudin, 23, yang menyifatkan simposium itu penting dalam melahirkan para saintis baru negara pada masa hadapan.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Sheikh Eldin Mohamed Elamin Elnaeim, 35, memberitahu, simposium itu berguna dalam membangunkan negaranya iaitu Sudan agar maju setapak lagi dalam bidang sains dan teknologi.

Justeru, bekas pensyarah dari Fakulti Sains Marin dan Perikanan, Red Sea University, Port Sudan itu berkata, dia tidak melepaskan peluang mengikuti simposium itu bagi menambah pengetahuannya mengenai penemuan terbaru dalam bidang itu.

"Simposium ini juga dapat membantu saya menjalankan kajian terperinci untuk pengajian saya," katanya yang kini sedang mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang yang sama di UMT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nikmati pandangan menakjubkan di puncak Gunung Berembun

Posted:

Nikmati pandangan menakjubkan di puncak Gunung Berembun

Nikmati pandangan menakjubkan di puncak Gunung Berembun


Sebahagian kakitangan UniSZA yang berjaya menawan puncak Gunung Berembun di Dungun, baru-baru ini.


DUNGUN 12 Julai - Pendakian setinggi 1,108 meter ke puncak Gunung Berembun dekat sini menyajikan pengalaman baru yang amat berharga bagi 30 kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), baru-baru ini.

Gunung Berembun itu tentunya sudah cukup tinggi buat mereka yang terpaksa memerah tenaga untuk mengatur langkah demi langkah di bawah kanopi hutan sebelum tiba di puncaknya dengan perasaan yang teruja dan sangat mendamaikan.

Ketua program itu, Baharin Salim berkata, kembara empat hari tiga malam itu bermula di tapak perkhemahan Hutan Lipur Air Terjun Cemerong dengan sesi taklimat senaman ringkas sebelum memulakan pendakian.

Dengan diiringi empat pemandu arah berpengalaman, ia satu peluang buat peserta untuk berjinak-jinak dengan dunia pengembaraan hutan dan gunung.

"Program itu amat memerlukan ketahanan mental dan fizikal kerana kami diingatkan tidak terlalu 'melayan' rasa kepenatan hingga hilang tumpuan untuk menatapi pemandangan dari puncak yang menakjubkan.

"Ia juga menuntut hasil semangat berpasukan dan komitmen yang tinggi semua pendaki dalam berhadapan dengan pelbagai kepayahan dan risiko seperti hujan lebat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Tambah Baharin, lokasi pertama di kaki Air Terjun Chemerong yang disimbahi percikan dan curahan air dari ketinggian kira-kira 500 meter merupakan saat yang begitu dinantikan peserta.

Katanya, gotong-royong dilakukan bagi membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan di kawasan perkhemahan Air Terjun Lansir.

"Walaupun aktiviti lasak ini jarang disertai, kejayaan mengharungi cabaran berkenaan kerana peserta telah membuat latihan secukupnya kira-kira dua minggu sebelum program bermula.

"Selain membuat latihan di Bukit Besar dan Bukit Pak Apil di Kuala Terengganu, kami sebelum itu telah melakukan ekspedisi di kaki Gunung Tebu di Lata Tembakah, Besut," katanya.

Kata Baharin, berada di puncak tidak bermakna kembara itu telah selesai kerana perjalanan turun dari gunung itu bagaimanapun benar-benar menguji kekuatan kaki peserta, ditambah dengan permukaan yang licin kerana hujan.

"Walaupun tidak berpeluang menyaksikan matahari terbit kerana pemandangan terhalang oleh kabus tebal, kami berazam untuk meneruskan pendakian ke gunung-gunung yang lebih tinggi dan mencabar," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved