Utusan Online - Dalam Negeri |
- Kurikulum tekan sikap pemandu
- APMM bakal terima aset baru
- Mohamad Hasan persoal sikap hak asasi Amnesty International
Posted: Kurikulum tekan sikap pemandu
KETIKA 30 negara lain menunjukkan penurunan jumlah kematian di jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, Malaysia terus mencipta nama sebagai negara yang mencatatkan kadar paling tinggi. Malah, Kementerian Pengangkutan baru-baru ini melaporkan, 19 rakyat Malaysia mati dalam kemalangan jalan raya setiap hari dengan 11 daripadanya adalah penunggang motosikal. Bertitik tolak daripada peningkatan jumlah kemalangan itu, banyak pihak mula mempertikaikan relevansi kurikulum institut atau sekolah memandu dalam mendidik dan membentuk pemandu berhemah di negara ini. Malangnya, usaha merombak kurikulum latihan memandu yang digembar-gemburkan sejak 2007 sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Ikuti bahagian pertama laporan wartawan Utusan Malaysia, ROSALINDA MD. SAID dan jurugambar HAFIZ JOHARI serta HAYAT SUEET mengenai usaha kerajaan untuk merealisasikan rombakan kurikulum itu. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp | ||
Posted: APMM bakal terima aset baru
PUTRAJAYA 12 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menerima sebilangan aset-aset kapal dan bot, prasarana kompleks pejabat, jeti serta penyerapan 1,060 anggota dan pegawai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) ke dalam agensi itu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, APMM yang bakal menjadi agensi tunggal penguatkuasaan maritim negara menjelang Ogos depan juga bakal menerima pengiktirafan Diraja setaraf dengan pasukan keselamatan lain. ''Perkara ini (pengiktirafan Diraja) akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri selepas mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan memenuhi segala syarat baru boleh digunapakai. ''Dari segi martabat, kalau dikurniakan taraf diraja ia lebih tinggi dan peranan juga menjadi lebih penting di mana para anggota berasa lebih bersemangat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan khas bersama warga APMM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish. Mengenai kemungkinan terdapat pertindihan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim lain, beliau menjelaskan, fungsi dan kuasa berkaitan penggubalan dasar, undang-undang, kawal selia, pelesenan, penyelidikan, pembangunan, pemeliharaan sumber dan tugas-tugas lain yang tidak berkaitan dengan penguatkuasaan serta operasi mencari dan menyelamat di laut masih dikekalkan kepada agensi-agensi maritim sedia ada. ''Identiti dan sifat maritim Malaysia hendaklah mengambil kira peranan maritim semasa darurat, krisis khas atau perang seperti yang termaktub di bawah Seksyen 17 Akta Maritim yang sifatnya mengandungi ciri-ciri ketenteraan tertentu agar mampu menyokong Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya. | ||
Mohamad Hasan persoal sikap hak asasi Amnesty International Posted: Mohamad Hasan persoal sikap hak asasi Amnesty InternationalREMBAU 12 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyelar pertubuhan hak asasi dunia, Amnesty International (AI) yang menggesa Perdana Menteri Britain, David Cameron supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Katanya, AI seharusnya 'menyuluh muka' mereka dahulu sebelum cuba mengajar orang lain. ''Jangan hendak mengajar orang dan jangan mengata pemimpin negara kita. ''Tengok apa hak asasi manusia yang AI telah lakukan terhadap umat Islam di Britain dan apa sudah jadi dengan hak asasi masyarakat Asia yang tinggal di negara tersebut. ''Apakah mereka semua ini diberi layanan sama rata," soal Mohamad. Mohamad yang ditemui di Kampung Sungai Layang dekat sini menambah, gimik yang dilakukan oleh AI itu sememangnya digunakan pihak tertentu untuk menempelak kerajaan dan pada masa sama merosakkan imej negara di kaca mata dunia. ''Mana ada polis yang telah menahan individu yang menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu diberikan layanan baik, makan dan solat. ''Apakah AI ingat polis di Britain boleh beri layanan sebagaimana yang telah diberikan oleh polis di negara ini terhadap individu yang ditahan kerana merusuh atau berarak," katanya. Portal berita, Malaysiakini hari ini melaporkan, AI menggesa Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Najib kerana didakwa memberi layanan buruk dan tindakan kejam terhadap mereka yang menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu. Menurut pertubuhan hak asasi dunia itu, Cameron perlu memberitahu Najib yang dalam rangka lawatan empat hari ke United Kingdom bahawa 'pencabulan hak asasi' seumpama itu tidak dapat diterima. ''Saya nasihatkan kelompok di UK ini, tengoklah apa yang telah mereka lakukan kepada Iraq dan Libya. Saya nak kata, mereka (Britain) juga bertanggungjawab menubuhkan sebuah negara Israel," tegasnya. Ditanya keangkuhan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang menggesa rakyat memakai baju kuning setiap Sabtu, Mohamad berkata: ''Tidak mengapalah dia mahu terus mencabar undang-undang. ''Bila esok undang-undang dikuatkuasakan, jangan menangis. Cabarlah undang-undang, kita hendak tengok sejauh mana dia hendak buat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan