Utusan Online - Utara |
Posted: UTP tandatangani tujuh MoU Oleh ASLIZA MUSA
IPOH 21 Jun - Universiti Teknologi Petronas (UTP) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan tujuh rakan industri baru bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Syarikat-syarikat berkenaan ialah Mikuni (M) Sdn. Bhd., Cybersecurity Malaysia dan Green Initiative Sdn. Bhd. (Astra Group Sdn. Bhd.). Turut menandatangani MoU berkenaan ialah Jaring Communications Sdn. Bhd., Muhibbah Engineering (M) Berhad, Petrotechnical Inspection (M) Sdn. Bhd. dan Reality One Pte. Ltd. Majlis tersebut diadakan di Pusat Sumber Petroleum di Menara Berkembar Petronas (KLCC), baru-baru ini. Pada majlis itu, UTP diwakili Naib Canselornya, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim dan disaksikan Ketua Institut Teknologi Petronas Sdn. Bhd (ITPSB) dan Presiden Pengurusan Sumber Manusia, Petronas, Juniwati Rahmat Hussin. MoU dengan Mikuni yang disaksikan pengerusinya, Ismail Bahari bertujuan bersama-sama membangunkan Pusat Kecemerlangan Kajian Injap dengan teknologi dan peralatan terkini. Antara lain kerjasama itu juga melibatkan penyelidikan dalam bidang kebocoran injap menggunakan 'Acoustics Emissions' (AE), penyelidikan pasca siswazah dalam rekaan injap, kawalan dan pembangunan material selain akreditasi, pensijilan dan aktiviti lain yang relevan dengan penubuhan pusat tersebut. Selain itu, Mou dengan Cybersecurity Malaysia dan Reality One Pte. Ltd. pula bertujuan membangunkan teknik dan teknologi yang bakal mempelopori kajian terbaru dalam keselamatan model siber untuk bandar pintar dan teknologi tanpa wayar. Kerjasama dengan Green Initiative Sdn. Bhd. (Astra Group Sdn. Bhd.) pula melibatkan kerjasama membangunkan penyelidikan penggunaan bateri dalam sistem pengangkutan hijau termasuk kenderaan hibrid dan elektrik. Sementara itu, bagi kerjasama dengan Jaring Communications Sdn. Bhd. pula bertujuan melaksanakan Program Pengkomputeran Berprestasi Tinggi dan jaringan pengkomputeran yang dapat menjimatkan pembelian lesen, proses dan perisian komputer. Kerjasama bersama Muhibbah Engineering (M) Berhad pula membolehkan mahasiswa bakal memperoleh peluang menjalani latihan industri di Muhibbah selain menyediakan biasiswa kepada penuntut UTP dan menghantar jurutera mereka ke UTP untuk menjadi tenaga pengajar sementara. MoU yang ditandatangani bersama Petrotechnical Inspection (M) Sdn. Bhd. pula bertujuan melihat dari segi aspek dinamik dan getaran rawak melibatkan peralatan struktur di luar pesisir pantai termasuk pengesahan piawaian pemasangan barangan utama dan prestasinya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Mahasiswa UTP jayakan Konsert Diraja Posted: Mahasiswa UTP jayakan Konsert DirajaPersembahan Orkestra Cina UTP pada Konsert Diraja sempena sambutan ulang tahun ke-83 Sultan Azlan Shah di Dewan Canselor UTP, Tronoh, baru-baru ini. TRONOH 21 Jun - Mahasiswa Universiti Teknologi Petronas (UTP) cukup sinonim dengan bidang sains dan teknologi. Bagaimanapun, itu bukan bermakna mereka akan kaku jika dijemput untuk mempamerkan bakat dalam bidang seni dan budaya. Kehebatan itu dapat disaksikan apabila mereka menjayakan Konsert Diraja sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-83 di sini, baru-baru ini. Konsert yang julung kali diadakan di Dewan Canselor UTP itu merupakan anjuran bersama UTP, kerajaan negeri Perak dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain Sultan Azlan Shah, turut berangkat menyaksikan konsert berkenaan ialah Raja DiHilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk R. Ganeson; Naib Canselor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim dan Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob. Antara kumpulan kesenian UTP yang mengambil bahagian ialah Kumpulan Seni Persembahan yang terbabit dalam persembahan tarian, kumpulan orkestra Cina, kumpulan gamelan dan kumpulan Virtuoso. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Embun Menitik, Taman Gemala Sari, For Once in My Life, Aku Makin Cinta dan We are the Champion. Orkestra Cina UTP yang dipimpin oleh Goh Suk Liang dengan 65 pemuzik pula menyampaikan persembahan menarik melalui dua buah lagu iaitu Tanah Pusaka dan Payung Mahkota. UPSI pula tampil menerusi persembahan oleh pemuzik orkestra, Kumpulan Penari Cempaka Sari, kumpulan In Tune Chorus dan pelakon monolog. Acara kemuncak konsert itu adalah persembahan daripada semua artis menyanyikan lagu yang diciptakan khas untuk Sultan Azlan Shah bertajuk 'Dirgahayu Tuanku Bistari'. Lagu tersebut dicipta oleh Yang Mulia Raja Azuan Nahar Raja Adnan dan liriknya ditulis Azam Dungun dan Azri Aziz. Turut menyerikan konsert ialah persembahan hebat penyanyi popular era 70-an dan 80-an, Aishah dan Suhaimi Mior Hassan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Enam artis jadi duta AUCMS
KEPALA BATAS 21 Jun - Alliance University College of Medical Sciences (AUCMS) melantik enam artis sebagai duta mereka. Enam artis tersebut ialah bekas bintang Akademi Fantasia (AF) iaitu Khai, Rosma, Salima dan Aliff Razali; penyanyi utama kumpulan Kristal, Lan serta pelakon, Zuraini Kassim. Presiden AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Wazir berkata, pemilihan artis terbabit dibuat berdasarkan amalan gaya hidup sihat yang ditonjolkan mereka selain menjadi contoh kepada pelajar kolej perubatan terulung di Kepala Batas itu. Menurutnya, imej bersih yang dibawa kesemua artis itu juga membolehkan mereka menjadi idola kerana mereka akan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pelajar di kampus. "AUCMS bekerjasama dengan pihak pengurusan mereka, World Event Management Sdn. Bhd. untuk membawa artis-artis ini ke kepala Batas dan mendekati pelajar di kampus kami. "Mereka akan mengikuti program yang dianjurkan pelajar serta menjadi juru cakap ketika berhadapan dengan masyarakat selama setahun kontrak mereka," katanya pada sidang akhbar selepas majlis memperkenalkan mereka di Hotel Seri Malaysia di sini, baru-baru ini. Tambah Zainuddin, ia adalah langkah berani yang diambil AUCMS kerana ingin menonjolkan artis yang mampu memberi kesan positif kepada cara hidup serta menggalakkan lebih ramai pelajar lepasan sekolah menyertai AUCMS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan