Rabu, 22 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


UTeM sedia makmal berteknologi

Posted:

UTeM sedia makmal berteknologi

UTeM sedia makmal berteknologi

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 21 Jun - Selaras dengan penubuhannya sebagai universiti teknikal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menawarkan kemudahan pengajian jurusan kejuruteraan terkini kepada pelajar yang berminat menyambung pembelajaran dalam bidang tersebut.

Naib Canselor UTeM, Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hasan berkata, usaha itu termasuk menyediakan kemudahan makmal kejuruteraan berteknologi tinggi setaraf dengan kegunaan industri.

Menurutnya, ia bagi membolehkan pelajar dan tenaga pengajar terlibat menggunakan kemudahan makmal yang disediakan dengan selesa dan bersesuaian dengan keperluannya sebagai alat bantuan pengajian.

"Ini bertepatan dengan konsep pembelajaran menggunakan kaedah amalan dan aplikasi, makmal berteknologi tinggi UTeM telah memberikan pendedahan dan pengalaman yang berbeza kepada lebih 7,000 pelajar UTeM yang sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kelengkapan makmal yang disediakan khusus untuk Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) terdiri daripada peralatan mesin yang lebih maju dan moden mengikut keperluan pengajian semasa.

"Ini bersesuaian dengan peranan UTeM sebagai universiti berfokus yang menumpukan sepenuh perhatian untuk menghasilkan golongan profesional yang bersedia untuk memasuki pasaran industri," katanya.

Katanya, usaha itu dianggap sebagai salah satu usaha pihaknya melaksanakan misi dan visi UTeM ke arah menjadi universiti teknikal terkenal di peringkat global.

"Pendekatan pembelajaran secara hands on seperti yang diamalkan beberapa negara maju seperti Jerman merupakan keistimewaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan cara pembelajaran secara teori.

"Jurutera Pengajar turut dikhaskan untuk memberi bimbingan kepada mahasiswa FTK ketika mengendalikan peralatan berteknologi tinggi di makmal," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keistimewaan KUIM tarik minat pelajar menengah Pahang

Posted:

Keistimewaan KUIM tarik minat pelajar menengah Pahang

Keistimewaan KUIM tarik minat pelajar menengah Pahang


KAKITANGAN Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Kuala Sungai Baru, Alor Gajah bersama pelajar Tingkatan Empat dan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang, Kuala Rompin, Pahang yang mengunjungi kolej universiti itu, di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 21 Jun - Kejayaan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menawarkan kursus pengajian Islam dan fasiliti pembelajaran terbaik menarik minat sekumpulan pelajar sekolah menengah Pahang mengunjungi kolej universiti itu di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah di sini baru-baru ini.

Program yang disertai seramai 40 pelajar Tingkatan Empat dan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selendang, Kuala Rompin itu turut disertai empat guru pengiring.

Ia dianjurkan Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya SMK Selendang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana kampus pusat pengajian tinggi, sekali gus memberi dorongan kepada mereka untuk meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Guru Pengiring program, Sharifah Khajarami Syed Alwi berkata, pemilihan KUIM sempena program itu dibuat berdasarkan keupayaan institusi pengajian itu menawarkan kursus pengajian berteraskan agama Islam selain kemudahan pembelajaran yang sedia ada.

"Kemudahan pengajian yang ditawarkan mampu menarik minat pelajar menyambung pengajian di KUIM malah kita dapati kemudahan pembelajaran dan yuran pengajian yang disediakan juga berpatutan," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kemudahan pengajian dan fasiliti pembelajaran yang disediakan di KUIM agak berbeza dengan pusat pengajian tinggi lain.

"Kami juga amat teruja dengan program pengajian yang ditawarkan di KUIM malah bantuan kewangan disediakan untuk pelajar yang berminat menyambung pengajian di kolej universiti ini," katanya.

Sementara itu, salah seorang pelajar, Muhammad Ariff Asyraf Arifin, 17, sebelum menyertai lawatan ke KUIM, dia sering membaca laporan dan mengetahui tentang koleh universiti itu di akhbar serta internet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMKA Al-Irshad juara Debat Bahasa Arab

Posted:

SMKA Al-Irshad juara Debat Bahasa Arab

SMKA Al-Irshad juara Debat Bahasa Arab

SEREMBAN 21 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad, Pulau Pinang muncul juara Debat Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai hari ini.

Kumpulan debat SMKA Al-Irshad dinobatkan sebagai johan selepas menewaskan pencabar terdekat dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan pada pertandingan peringkat akhir.

Kejayaan itu membolehkan pasukan SMKA Al-Irshad membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, buku tajaan Utusan Publication, Berita Publishing dan PTS Publication termasuk piala pendebat, piala iringan dan piala pusingan, sijil penghargaan dan penyertaan serta kamus elektronik Besta setiap seorang.

Naib johan pula membawa pulang wang tunai RM1,000, buku, piala pendebat, piala iringan serta sijil penghargaan dan penyertaan.

Lebih membanggakan SMKA Al-Irshad apabila ketua kumpulan, Mohamad Ikmal Hakimi Mohamad Helmi, 17, dipilih sebagai pendebat terbaik pertandingan tersebut.

Untuk itu, Mohamad Ikmal menggondol hadiah wang tunai RM500, piala pendebat terbaik dan sijil.

Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Muhammad Muda.

Menurut Mohamad Ikmal, dia amat gembira dan bersyukur atas kejayaan tersebut kerana tidak menyangka terpilih sebagai pendebat terbaik dalam pertandingan tersebut.

"Ini merupakan kali kedua saya menyertai pertandingan ini, tahun lalu kami sekadar layak untuk ke peringkat separuh akhir. Namun tahun ini kami bernasib baik dapat ke peringkat akhir dan lebih menggembirakan saya apabila kumpulan kami diumumkan sebagai juara," katanya yang mempelajari bahasa Arab sejak tahun satu.

Jelas Mohamad Ikmal, pertandingan itu perlu diteruskan dalam usaha menjadikan ia sebagai landasan menguji keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa tersebut.

"Bahasa Arab unik dan mencabar untuk dikuasai kerana satu perkataan boleh dikembangkan menjadi pelbagai maksud, ia sangat kompleks untuk dipelajari berbanding bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris," ujarnya.

Sementara itu, ketua pasukan debat SMAP Labu, Muhamad Harith Zulkifli, 17, berkata, dia bersama ahli kumpulannya tetap bersyukur walaupun mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu.

"Kami tidak sangka dapat sampai ke peringkat ini. Saya amat menghargai usaha gigih serta kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan yang lain," katanya yang menjadi kumpulan pembangkang untuk berbahas dalam tajuk, Laman Web Sosial Membina Sahsiah Remaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved