Rabu, 22 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Parkir awam jadi 'bilik pameran'

Posted:

Parkir awam jadi 'bilik pameran'

Parkir awam jadi 'bilik pameran'

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


KHEMAH yang dipasang di tempat letak kereta di Taman Greenwood, Gombak turut menimbulkan persoalan di kalangan penduduk sekitar.


KUALA LUMPUR 22 Jun - Sikap sesetengah pihak yang secara tidak bertanggungjawab menguasai tempat letak kereta awam untuk kepentingan peribadi sering menjadi topik hangat.

Jika sebelum ini, Utusan Malaysia pernah melaporkan tentang sikap sesetengah penghuni rumah bertingkat di ibu negara yang menjadikan petak parkir awam seperti hak milik sendiri, kini ada pula yang menjadikan kemudahan itu sebagai tempat mereka berniaga.

Beberapa aduan diterima daripada penduduk sekitar Gombak mengenai tindakan peniaga kereta terpakai yang menjadikan medan parkir awam di Jalan 10, Taman Greenwood sebagai 'bilik pameran' mereka.

Seorang pengadu, Mazlan Mohamad, 38, mendakwa, kawasan parkir itu telah dimonopoli oleh peniaga kereta terpakai sehingga orang ramai sukar untuk meletakkan kenderaan di kawasan itu.

Menurutnya, kawasan itu sepatutnya untuk kegunaan orang ramai meletak kenderaan untuk berurusan di kawasan berhampiran, bukan untuk menjalankan perniagaan kenderaan secara haram.

"Peniaga-peniaga makanan di sekitar kawasan ini juga merungut kerana sejak peniaga itu memenuhkan kereta di situ, bilangan pelanggan mereka semakin berkurangan kerana sukar untuk meletakkan kenderaan," katanya.

Menurut Mazlan lagi, aduan mengenai perkara itu telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS), namun sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan diambil.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan mendapati dakwaan tersebut adalah benar dan mendapati hampir 50 buah kenderaan yang diletakkan di situ untuk dijual.

Sekali pandang, agak sukar untuk membezakan kenderaan yang diparkir itu adalah milik orang ramai atau milik peniaga kereta terpakai.

Namun, setibanya di kawasan itu, seorang lelaki yang bertindak sebagai jurujual telah menghampiri penulis dan menawarkan harga kereta terpakai di situ dengan harga lebih murah berbanding tempat lain.

Mungkin disebabkan tidak perlu membayar sewa premis, mereka boleh menawarkan harga kereta pada harga yang lebih rendah berbanding peniaga lain yang membayar sewa tapak perniagaan.

Bagaimanapun, semua itu tidak mewajarkan tindakan peniaga terbabit untuk berniaga di situ kerana mereka ternyata telah menyusahkan orang ramai untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukar ambil tindakan kerana kurang bukti

Posted:

Sukar ambil tindakan kerana kurang bukti

Sukar ambil tindakan kerana kurang bukti

KUALA LUMPUR 22 Jun - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengakui ada menerima beberapa aduan daripada orang ramai mengenai tindakan peniaga kereta terpakai menjadikan kawasan letak kereta di Taman Greenwood, Gombak sebagai kawasan perniagaan mereka.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa dan Keselamatan MPS, Azmi Ismail berkata, bertindak atas aduan orang ramai itu, pihaknya telah pun mengarahkan anggota penguat kuasa ke lokasi terlibat untuk memantau keadaan.

Namun, jelasnya, tindakan licik pihak terlibat meletakkan kenderaan untuk dijual itu bersama-sama seperti kenderaan awam lain menyebabkan tindakan sukar diambil.

"Mereka bijak melindungi perbuatan mereka itu sehingga kita sukar untuk bertindak. Sudah tentu kita tidak boleh bertindak tanpa bukti yang mencukupi," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, tegas Azmi, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan oleh pihaknya bagi memastikan tidak ada pihak yang menyalahgunakan kawasan letak kereta berkenaan untuk kepentingan perniagaan mereka.

"Kami juga akan menyiasat status sebenar tapak tersebut sama ada ia tapak kereta awam atau sebaliknya. Pada asasnya, perniagaan yang dijalankan dengan cara itu adalah salah," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd., syarikat pemegang konsesi tempat letak kereta bayar dan peraga di Selangor cawangan Selayang, Rosli Jusoh juga menafikan kawasan terlibat adalah di bawah pengurusan pihaknya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bazar Danau Kota harus kekal

Posted:

Bazar Danau Kota harus kekal

Bazar Danau Kota harus kekal

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ketika Bazar Larut Malam Danau Kota di sini mula dibuka pada awal tahun 2006 lalu, tidak ramai yang menaruh keyakinan ia mampu bertahan lama.

Namun, setelah lima tahun dan dengan pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh pihak penganjur, dari sebuah tapak kosong, bazar tersebut kini menjadi tumpuan warga kota dan juga dari seluruh negara.

Bazar tersebut kini menempatkan seramai 365 peniaga serta mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada warga kota.

Di sinilah tempat peniaga kecil Melayu mula bertatih dalam perniagaan sehingga ramai yang boleh dibanggakan dan dianggap berjaya dalam bidang perniagaan.

Bagaimanapun, perkembangan pesat bazar itu menyaksikan beberapa masalah mula timbul termasuk daripada penduduk berdekatan yang mendakwa terganggu dengan kewujudan bazar itu khususnya gangguan kesesakan lalu-lintas.

Melihat kepada situasi tersebut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mencari kawasan baru bagi menempatkan semula bazar tersebut, sekali gus menyelesaikan masalah penduduk.

Bagi Ketua Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Cawangan Setapak/Genting Kelang, Ahmad Selamat (gambar), cadangan memindahkan bazar itu boleh dianggap seperti mahu membunuhnya.

Katanya, bazar itu penuh dengan nostalgia dan banyak berjasa kepada peniaga kecil Melayu kerana bukan senang untuk menjadikan kawasan itu seperti sekarang - popular dan yang paling penting menjadi sumber rezeki ramai peniaga.

"Sangat sayang kalau bazar ini dipindahkan. Disebabkan bazar ini, kawasan Danau kota sudah meningkat jauh berbeza daripada dahulu, malah harga hartanah di sini juga sudah banyak meningkat.

"Ini sahaja harapan peniaga Melayu di sini kerana kalau ditutup atau dipindahkan, pasti musnah apa yang dibina selama ini," katanya.

Dia berharap penduduk sekitar akan faham kerana selain hanya dibuka enam jam sehari enam hari seminggu, pelbagai usaha turut dilakukan bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku di situ supaya tidak mengganggu penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved