Rabu, 22 Jun 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Bakal juara lumba kereta

Posted:

Bakal juara lumba kereta

Bakal juara lumba kereta

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


Ida Seatter (kiri) sentiasa menemani anak gadisnya di litar perlumbaan.


NATASHA Nur Ida Adam Seatter, satu nama yang semakin meningkat naik dalam sukan lumba kereta di negara ini.

Melihat wajahnya yang ayu dengan turut kata yang lemah-lembut, mungkin ramai tidak menduga anak gadis ini tangkas di litar.

Didedahkan dengan dunia pemotoran seawal usia 11 tahun, Natasha sememangnya bertuah kerana ahli keluarganya yang lain turut meminati sukan tersebut.

Ini secara tidak langsung ia menggalakkan lagi penglibatannya sekali gus menjadikannya seorang pelumba yang semakin disegani hari ini.

Mula menaiki podium sejak tahun 2005, membuktikan penglibatan Natasha dalam sukan lumba kereta adalah serius dan bukan sekadar mengisi masa lapang.

Ketika ditemui baru-baru ini, ternyata anak gadis yang baru berusia 18 tahun ini begitu bersemangat berkongsi cerita mengenai penglibatannya dalam sukan lumba kereta.

Hari ini, Natasha bukan sahaja telah membuktikan kebolehannya di Malaysia, malah anak kepada pasangan Datin Ida Seatter dan Datuk Adam Seatter ini turut 'menggegar' litar antarabangsa.

"Saya bermula sebagai ahli junior Klub Kart Selangor pada tahun 2005 dan pernah kejohanan anjuran kelab tersebut dengan menduduki tempat ketiga.

"Tahun berikutnya (2006) saya berjaya menduduki tempat pertama dan pada tahun yang sama saya telah menyertai perlumbaan di Dubai iaitu perlumbaan antarabangsa saya yang pertama," katanya ketika ditemui di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bermula dari situ, Natasha kini ligat berlumba Terbaru dia menyertai siri perlumbaan Formula BMW Pasifik. Sudah pasti ia memerlukan Natasha membuktikan kebolehan ketika memandu kereta di litar antarabangsa.

Malah Natasha merupakan pemandu termuda dan satu-satunya pemandu wanita yang terpilih dari seluruh dunia untuk menguji enjin Lotus Formula T1 25 di litar Yas Marina, Abu Dhabi.

Dalam pada itu ibunya, Ida, yang turut menemani Natasha sepanjang temu bual berlangsung memberitahu, mereka sekeluarga menyokong penglibatan anak gadisnya itu dalam sukan pemotoran.

Ini jelas terbukti apabila dia sentiasa menemani anaknya ke mana jua termasuk ketika Natasha menyertai perlumbaan.

"Walaupun sibuk, saya akan pastikan Natasha akan ditemani oleh saya. Pada masa sama ia memberi dorongan untuk dia mencapai kejayaan.

"Sudah minatnya dalam sukan pemotoran dan kebetulan pula dia berjaya mencipta kejayaan setiap kali menyertai perlumbaan.

"Jadi tidak salah rasanya saya sekeluarga memberi sokongan padu untuk Natasha terus berjaya dalam bidang yang sangat dicintainya ini,'' jelasnya.

Sokongan yang diberi terhadap anak gadisnya juga terdorong daripada minat Ida dan suami dalam sukan pemotoran.

Biarpun tidak terlibat secara serius sebagaimana anaknya, Ida sentiasa mengikuti dengan rapat perkembangan sukan lumba kereta terutama di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Natasha turut memberitahu bahawa kehadiran ibunya tidak pernah mengganggu setiap perlumbaan yang disertainya.

Malah dia rasa bertuah kerana sentiasa ditemani ibu di mana jua dia berada.

Natasha yang mewakili kumpulan Eurasia Motorsports turut berkongsi pendapat bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pelumba kereta sekiranya tidak mempunyai disiplin yang tinggi.

Katanya, mereka bukan sahaja perlu mendisiplinkan diri dari segi masa malah dari segala aspek termasuk makanan.

Tetapi itu semua tidak pernah memberi tekanan mahupun halangan kepada Natasha untuk terus mengorak langkah di dalam dunia pemotoran.

Begitupun, anak sulung daripada tiga beradik itu tetap menyimpan impian ingin menjadi seorang pemandu kereta lumba profesional satu hari nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Koleksi terbaru Princess

Posted:

Koleksi terbaru Princess

Koleksi terbaru Princess



PRINCESS jenama kasut yang menawarkan pilihan bak sang puteri menyambut ulang tahun ke-30 penuh stail dan glamor.

Bertempat di Hotel Empire, Kuala Lumpur, majlis ulang tahun tersebut turut memperkenalkan kad keahlian khusus untuk pelanggan setianya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alan Lok, sambutan kali ini bukan sekadar merai ulang tahun ke-30 malah sebagai bukti pencapaian hebat jenama ini.

"Yang penting, kami mahu memberikan sesuatu buat pelanggan setia kami, para media dan sekutu kerana terus memberikan sokongan dan kesetiaan. Atas dasar kesetiaan itulah yang membawakan kami pada kedudukan ini," katanya.

Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran para selebriti tanah air May June, Dina, Farawahida dan ramai lagi. Malah mereka turut memperagakan kasut dan beg tangan Princess.

Koleksi terbaru Princess mengambil inspirasi daripada kecantikan dan keanggunan wanita moden.

Sebagai jenama telah bertapak sejak tahun 1981, Princess telah menghasilkan pelbagai fesyen menarik dan kasut yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Ini bagi memenuhi misinya iaitu menghasilkan kasut di mana setiap wanita yang memakainya akan terasa seperti puteri.

Antara yang ditampilkan dalam koleksi terbaru itu ialah kasut tumit tinggi, kasut ballet rata, sandal bergaya dan juga selipar.

Selain itu, jenama tersebut juga menawarkan pilihan bagi wanita yang mempunyai saiz kaki yang besar.

Bagi melengkapkan gaya, turut ditampilkan koleksi beg tangan dan kaca mata yang terdapat dalam warna pastel seperti merah jambu dan krim.

Terdapat juga warna terang seperti oren, biru dan kuning yang sesuai untuk majlis santai yang ceria.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved