Rabu, 22 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Mahasiswa UMP bantu pesakit kulit

Posted:

Mahasiswa UMP bantu pesakit kulit

Mahasiswa UMP bantu pesakit kulit

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Presiden MMP UMP, Muhamad Fazli Abdul Halim (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Dzulkifli Roppen yang mewakili isterinya, Che Normah Husin di rumahnya di Kampung Chempaka, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 21 Jun – Kesempitan hidup pesakit kulit, Normah Husin, 47, dan keluarga mendapat perhatian daripada siswa dan siswi Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menyumbang sebanyak RM1,100 kepada keluarga berkenaan di rumahnya di Kampung Chempaka, dekat sini baru-baru ini.

Program Jalinan Kasih II, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Pembimbing Rakan Siswa (Persis) disertai seramai 40 pelajar yang mencurahkan keringat membersihkan kawasan persekitaran rumah keluarga Normah.

Pengarah program, Kamalia Hani Mohd. Basri berkata, ia merupakan program susulan yang dibuat oleh pihak universiti pada awal April lalu.

"Ini adalah sebahagian gerak kerja amal yang dijalankan oleh pihak kami dalam membantu mereka yang memerlukan. Lagipun anak Normah iaitu Mohd. Roslan merupakan salah seorang rakan sekuliah kami di UMP.

"Kami mengambil peluang tersebut untuk membantu Mohd. Roslan sekeluarga setakat yang termampu. Daripada jumlah tersebut RM700 kami berikan dalam bentuk wang tunai manakala selebihnya dalam bentuk pembelian pakaian," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kamalia Hani berkata, melalui program itu, pihaknya berharap rakan-rakan mahasiswa dapat merasai kesusahan dan kesempitan hidup yang dialami oleh mereka yang kurang berkemampuan.

"Selepas ini, pihak kami akan memperbanyakkan lagi program sebegini sebagai satu gerak kerja sosial dalam membantu mereka yang memerlukan.

"Melalui program ini juga, kita dapat membentuk budaya bantu-membantu di kalangan mahasiswa UMP selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan mahasiswa yang mampu berdaya saing dalam semua bidang," ujarnya.

Sementara itu, Normah berkata, dia terharu dan berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan kepada keluarganya.

"Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada anak-anak UMP, sumbangan yang saya terima ini akan digunakan sebaik mungkin," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar Kemboja, Indonesia antara 300 daftar di KTD

Posted:

Pelajar Kemboja, Indonesia antara 300 daftar di KTD

Pelajar Kemboja, Indonesia antara 300 daftar di KTD


Sebahagian pelajar baru mendaftar masuk bagi sesi pengajian Jun 2011/2012 di Kolej Teknologi Darulnaim di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 21 Jun - Kira-kira 300 pelajar baru dari seluruh negara mendaftar masuk bagi sesi pengajian Jun 2011/2012 di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) bermula Sabtu lalu.

Ketua Eksekutif KTD, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman berkata, kemasukan pelajar kali ini turut disertai kumpulan pertama pelajar dari Kemboja dan Indonesia yang akan mengikuti kursus pengajian peringkat diploma di situ.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan tempat kepada pelajar luar negara terutamanya dari kalangan penduduk kurang berkemampuan melalui kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) merupakan NGO yang membantu mencari dana untuk membiayai pengajian pelajar luar negara tersebut di KTD.

"Melalui pendidikan, kita boleh membantu saudara seagama di luar dengan lebih baik agar mereka dapat membaiki taraf hidup.

"Peluang ini bukan sahaja akan disediakan kepada pelajar di rantau ini tetapi kita juga merancang membawa masuk pelajar dari Palestin," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Abdullah Sudin yang juga Presiden Haluan berkata, kolej tersebut mempunyai bilangan pelajar melebihi 800 orang mengikuti pelbagai program pengajian peringkat diploma.

Antara program tersebut ialah perakaunan, teknologi maklumat dan pengajian Islam dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) selain program diploma di bawah KTD.

Salah seorang pelajar baru, Nazri Punggawa, 18, yang berasal dari Semporna, Sabah berkata, dia memilih belajar di KTD kerana terpikat dengan suasana pembelajaran di negeri itu.

Nazri yang mengambil jurusan Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan UTM-KTD berkata, persekitaran di sini masih lagi terkawal kerana budaya penduduk dan perkembangan sosioekonomi yang berjalan sederhana.

Seorang lagi pelajar, Abdul Muizz Abdul Basir, 18, dari Kuantan, Pahang yang bakal mengikuti program Diploma Sains Komputer Multimedia UTM-KTD berazam untuk menggapai cita-citanya sebagai seorang pereka grafik selepas tamat pengajian di situ.

"Saya mahu mengikut jejak langkah abang yang kini menjalani praktikal di bahagian grafik stesen televisyen Al-Hijrah," katanya.

Rakannya, Muhammad Luqman Ibrahim, 18, dari Kuala Terengganu pula berharap akan dapat melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti apabila selesai pengajian Diploma Pengajian Islam Al-Quran dan As-Sunnah di kolej itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar dalami ilmu pelancongan di desa

Posted:

Pelajar dalami ilmu pelancongan di desa

Pelajar dalami ilmu pelancongan di desa


Sebahagian pelajar Berjaya University College of Hospitality yang menyertai Program Khidmat Komuniti di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 21 Jun - Suasana kampung dan kemesraan masyarakat setempat menjadi daya penarik dan pengalaman istimewa bagi pengunjung yang tidak pernah tinggal di desa.

Tarikan itu membuatkan 30 penuntut tempatan dan antarabangsa dari Berjaya University College of Hospitality (Berjaya UCH) yang menyertai Program Khidmat Komuniti anjuran institusi itu di Kampung Teluk Ketapang di sini baru-baru ini cukup teruja.

Jurucakap program itu, Wong Nye Chee berkata, kunjungan tiga hari itu mendedahkan para peserta yang terdiri daripada penuntut kursus perhotelan dan pelancongan tentang pembangunan serta kemajuan homestay di sini.

Menurutnya, gabungan ilmu yang dipelajari di bilik kuliah selain pengalaman yang dirasai sendiri mampu melahirkan graduan Berjaya UCH yang berdaya saing dengan memiliki pengetahuan tambahan untuk pasaran kerja.

"Pada kami, bukan mudah untuk sesebuah organisasi seperti Persatuan Homestay Teluk Ketapang menarik pelancong tanpa kerja kuat dan strategi yang betul.

"Itulah yang dapat kami pelajari. Dari mula kami disambut dengan paluan kompang sehingga kami dilambai semasa mahu pulang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Nye Chee menyifatkan program itu sebagai pembelajaran luar kelas untuk memperkukuhkan jaringan institusi dengan pemain sektor pelancongan selaras dengan peranannya melahirkan tenaga manusia dalam bidang itu.

Katanya, peserta juga dapat belajar banyak perkara kerana ramai di antara mereka yang tertarik dengan demonstrasi majlis-majlis keramaian yang diadakan khusus untuk tontonan peserta program.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved