Sabtu, 18 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Penduduk Taman Mahsuri kecewa

Posted:

Penduduk Taman Mahsuri kecewa

Penduduk Taman Mahsuri kecewa

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


K. ARUMUGAM menunjukkan lokasi tong sampah yang tidak diuruskan dengan baik di Taman Mahsuri, Padang Serai, baru-baru ini.


PADANG SERAI 17 Jun - Lebih 1,000 penduduk di Taman Mahsuri di sini mendesak pihak berkuasa memantau urusan pungutan sampah di kawasan itu yang dikatakan tidak terurus sehingga mencacatkan pemandangan kawasan persekitaran.

Mereka mendakwa, tempat pembuangan sampah dibiarkan bertaburan dan mengundang kehadiran haiwan liar serta pembawa penyakit.

Keadaan itu turut menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penduduk apabila mereka terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan pada setiap hari terutamanya ketika musim hujan.

Seorang penduduk, K. Arumugam, 49, berkata, pihak Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) perlu memantau kerja-kerja memungut sampah yang dilaksanakan syarikat pemegang konsesi Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman) memandangkan ia tidak dijalankan dengan sempurna.

"Sampah dibiarkan bertaburan dan melimpah sehingga ke atas jalan. Kami sudah tidak tahan lagi hidu bau sampah setiap hari," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Menurut Arumugam, keadaan tersebut dibiarkan berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

"Saya dan beberapa penduduk sudah maklum serta hantar gambar kepada MPKK tetapi belum dapat maklum balas," katanya.

Seorang lagi penduduk, Hashim Abdul Ghani, 52, berkata, tong-tong sampah terbabit tidak diuruskan dengan baik dan mengundang kehadiran anjing liar.

"Keadaan ditambah buruk lagi dengan sikap sambil lewa penduduk yang tidak membuang sampah ke dalam tong," katanya.

Pandangan itu disokong Lee Tion Sun, 42, yang meminta MPKK supaya lebih peka terhadap masalah yang dihadapi penduduk di kawasan tersebut kerana ia turut melibatkan soal kesihatan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PIBG rayu sedia padang sukan

Posted:

PIBG rayu sedia padang sukan

PIBG rayu sedia padang sukan


Mansor Zakaria (berkopiah) bersama Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Changkat Jong yang lain menggesa Kementerian Pelajaran membina padang bagi kemudahan murid sekolah berkenaan di Teluk Intan, semalam.


TELUK INTAN 17 Jun - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Changkat Jong menggesa Kementerian Pelajaran segera membina padang bagi kemudahan murid sekolah berkenaan melakukan riadah.

Pengerusinya, Mansor Zakaria berkata, kini, semua aktiviti riadah dan sukan murid dilaksanakan di kawasan simen tempat meletakkan kenderaan.

Katanya, selain tidak sesuai, keadaan itu membahayakan murid yang terdedah kepada luka dan cedera jika terjatuh di atas simen berkenaan.

"Permintaan kami, jika tidak boleh padang besar, padang kecil pun kami bersyukur kerana ia sangat diperlukan oleh murid di sini.

"Golongan ibu bapa pasti tidak senang melihat anak-anak mereka melakukan aktiviti di atas simen yang jelas tidak sesuai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mansor berkata, masalah tiada padang sukan itu sudah berlarutan sejak sekolah tersebut dibina sekitar tahun 1980-an.

Katanya, pelbagai surat permohonan untuk mendapatkan kemudahan padang permainan telah dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hilir Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tetapi semuanya ditolak.

Malah, jelasnya, aduan juga sudah dikemukakan ke pejabat Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 Julai tahun lalu di Putrajaya tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan.

"Permintaan kami tidak besar, harap dapat ditunaikan," ujarnya.

Sementara itu, Hamidon Mat Rasul, 59, pelbagai pihak sebelum ini pernah berjanji untuk membina padang di sekolah itu tetapi sehingga hari ini janji tersebut tidak ditunaikan.

"Kalau tidak percaya juga, sila datang pagi dan lihat sendiri bagaimana murid-murid terdedah kepada bahaya ketika menjalankan aktiviti sukan di atas simen tempat letak kereta," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes seludup petrol, diesel meningkat

Posted:

Kes seludup petrol, diesel meningkat

Kes seludup petrol, diesel meningkat

KANGAR 17 Jun - Kes penyeludupan petrol dan diesel di negeri ini meningkat secara mendadak sepanjang tempoh tujuh hari lalu dengan lima bot dipercayai dari negara jiran berjaya ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di perairan Kuala Perlis.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Wilayah 1 Langkawi, Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata, selain dua bot yang ditahan masing-masing pada Jumaat dan Isnin lalu kerana cuba menyeludup diesel, Maritim turut menahan tiga bot lain yang cuba menyeludup petrol ke negara jiran semalam.

Menurut beliau, walaupun kejadian berlaku secara berasingan, kesemua bot berkenaan berjaya ditahan di kawasan yang sama iaitu kira-kira 0.1 batu nautika dari pantai Kuala Perlis.

Beliau berkata, dalam kejadian 4 petang semalam, Maritim menahan tiga bot tanpa nombor pendaftaran di 0.1 batu nautika dari pantai Kuala Perlis kerana cuba menyeludup petrol ke negara jiran.

"Dalam pemeriksaan tersebut, Maritim menemui 48 tong berisi 1,200 liter petrol dalam ketiga-tiga bot dipercayai cuba dibawa masuk ke arah paya bakau berhampiran," katanya kepada para pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, kesemua lima awak-awak yang dipercayai dari negara jiran berjaya melarikan diri melalui pantai yang berselut menuju ke hutan paya bakau setelah menyedari kehadiran bot laju Maritim.

Katanya, Maritim berjaya merampas bot dan petrol bernilai kira-kira RM17,280 dan kesalahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Sementara itu, dalam kejadian Jumaat dan Isnin lalu, Maritim berjaya merampas 600 liter diesel dalam setiap bot yang bernilai RM2,160 namun begitu empat awak-awak dari negara jiran berjaya melarikan diri.

Sehubungan itu Abdul Rahim menegaskan, Maritim Wilayah Utara akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa bagi mencegah aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim.

"Dalam masa yang sama, Maritim meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan segera sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved