Utusan Online - Pahang |
Posted: Perjumpaan unik bekas pelajarOleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
KUANTAN 18 Jun - Perjumpaan 96 bekas pelajar Sekolah Menengah Sulaiman (SMS) Bentong membawa kelainan apabila mereka memakai pakaian sekolah bagi mengembalikan nostalgia zaman persekolahan sekitar tahun 1970-an. Lebih menarik, perhimpunan pagi turut diadakan dengan menyanyikan lagu Negaraku dan sekali gus mengimbau kenangan sewaktu persekolahan dahulu. Suasana ceria jelas terpancar kepada bekas pelajar sekolah terbabit yang kebanyakannya berusia sekitar antara 45 hingga 55 tahun. Menurut bekas ketua pengawas sekolah itu pada tahun 1977, Datuk Shamsuddin Nawawi, kelainan dalam mengadakan perjumpaan tersebut telah disusun oleh satu jawatankuasa khas terdiri daripada bekas pelajar untuk mencari tema bagi tujuan tersebut. Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menambah, jika sebelum ini diadakan perjumpaan biasa sahaja tetapi dengan memakai pakaian sekolah akan memberi kenangan manis kepada mereka. "Pada mulanya saya bimbang kerana mungkin tidak ramai yang akan memakai uniform itu tetapi gembira kerana mereka memberi kerjasama dan secara tidak langsung mengingatkan kenangan pada zaman persekolahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Selain bekas pelajar, bekas pengetua dan guru sekolah tersebut turut hadir dalam perjumpaan itu. Shamsuddin berkata, pihaknya akan mewujudkan Persatuan Alumni SMS bagi membolehkan semua bekas pelajar di sekolah itu menyertainya. Dalam pada itu, bekas pelajar sekolah tersebut, Raihana Khudri menyifatkan perjumpaan itu membawa segala kenangan persekolahan yang masih segar dalam ingatan. "Sukar hendak digambarkan apabila kami memakai pakaian sekolah dan berjumpa semula di sini yang memberi kenangan terindah kepada kami," katanya yang kini bertugas sebagai Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi bekas Pengetuanya, R.I.S Stork, 77, beliau gembira kerana turut sama dijemput pada perjumpaan itu dan dapat berjumpa semula dengan bekas anak didiknya. Katanya, pendidikan yang dicurahkan oleh para guru telah mengubah kehidupan bekas pelajar terbabit untuk menjalani kehidupan sempurna sehingga kini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Wanita perlu miliki ilmu mendidik anak Posted: Wanita perlu miliki ilmu mendidik anakKUANTAN 18 Jun - Ilmu merupakan elemen penting yang perlu dimiliki setiap wanita dalam mendidik anak-anak untuk menjadi generasi harapan negara. Cik Puan Tengah Pahang, Datuk Rohaya Abdul Rahim berkata, selari dengan peredaran zaman dan suasana kehidupan yang penuh cabaran, setiap wanita perlu mendalami ilmu agar dapat membina keluarga berlandaskan agama dan pekerti mulia. "Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan isu-isu mengenai wanita, pembuangan bayi, penderaan fizikal, gangguan seksual dan perceraian yang berlaku dalam masyarakat. "Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya ada pada kita semua sebagai ibu dan bapa. Justeru, didikan agama dan akademik iaitu ilmu pastinya memainkan peranan dalam melahirkan generasi akan datang yang berwawasan," ujarnya. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Pahang berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Sayangi Diri, Sayangi Keluarga anjuran majalah Wanita di sini hari ini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarang Majalah Utusan Karya Sdn. Bhd., Badrul Azhar Abdul Rahman dan Pengarang Wanita, Normala Hamzah. Sementara itu, menurutnya, bengkel yang diadakan dengan tema sedemikian amat bermakna bagi seseorang wanita dalam menjalankan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, rumah tangga dan di tempat kerja. "Bengkel ini sebagai platform terbaik kepada golongan wanita untuk mencari ilmu dalam memastikan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga tidak diabaikan terutama wanita bekerja. "Melihat kepada pengisian bengkel ini yang padat dengan pelbagai topik seperti keagamaan, kecantikan, penampilan, kesihatan dan masakan, saya pasti akan membantu melengkapkan diri setiap peserta dalam membina sebuah keluarga yang harmoni dan cemerlang," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: 8 pelajar terima sumbanganKUANTAN 18 Jun - Seramai lapan pelajar cemerlang dari lapan buah sekolah menengah di sini menerima sumbangan RM600 setiap seorang daripada Badan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) baru-baru ini. Para pelajar tersebut yang merupakan anak angkat Bakti dipilih oleh sekolah masing-masing berdasarkan pencapaian akademik mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, bantuan bagi tempoh dua tahun itu disalurkan menerusi program Derma Siswa Bakti untuk membantu pelajar miskin tetapi berpotensi. "Saya berharap penerima menggunakan sumbangan itu secara berhemah seperti membeli peralatan persekolahan dan perbelanjaan harian," katanya pada majlis penyampaian cek Program Anak Angkat Bakti 2011 di Bangunan MCA di sini baru-baru ini. Dalam pada itu, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Chempedak, Nor Fatin Ezati Mohd. Hanafiah, 17, berkata, sumbangan itu akan disimpan bagi membiayai pembelajarannya. Dia bersyukur dan terharu dengan sumbangan tersebut dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh seterusnya melanjutkan pengajian ke universiti. Seorang lagi penerima, B. Rajvin Singh, 17, berkata, wang tersebut akan digunakannya sebagai persiapan membeli buku rujukan tambahan bagi menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi. Pelajar SMK St. Thomas itu menambah, sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan keluarganya dan memberi semangat untuk dia berjaya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan