Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Perebutan wilayah maritimGambar fail bertarikh 19 April 2010 ini menunjukkan anggota tentera laut Vietnam melambai kepada pelancong di pulau Spratly atau dikenali sebagai Truong Sa yang turut dituntut oleh Vietnam. – AGENSI WASHINGTON 18 Jun – Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam semalam meminta supaya Laut China Selatan dijadikan kawasan bebas belayar dan menolak penggunaan tentera di perairan itu, ketika ketegangan antara China dan beberapa negara jirannya meningkat berikutan perebutan wilayah. Selepas mengadakan rundingan di Washington, kedua-dua negara itu menyatakan 'keamanan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan berlayar di Laut China Selatan adalah perkara paling penting yang dimahukan masyarakat antarabangsa. "Pertikaian wilayah di perairan itu perlu diselesaikan melalui kerjasama dan proses diplomatik tanpa penggunaan tentera," kata kedua-dua negara itu dalam satu kenyataan bersama semalam. Menerusi kenyataan itu, AS dan Vietnam turut menyokong rundingan diadakan mengikut perjanjian 2002 antara China dan 10 negara ASEAN, di mana kedua-dua pihak bersetuju mengikuti peraturan yang ditetapkan di Laut China Selatan. Pertikaian di kawasan itu semakin meningkat beberapa minggu ini dengan Vietnam mengadakan latihan peluru hidup selepas menuduh kapal China mengganggu sebuah kapal pemantau minyak mereka dan memotong kabel cari gali minyak sebuah lagi kapal negara itu. China dalam pada itu turut melancarkan latihan tentera selama tiga hari di Laut China Selatan yang disifatkan media sebagai memperkukuh rondaan agensi pengawasan maritim negara itu. Sementara itu, Filipina hari ini berkata, 15 blok minyak di Laut China Selatan yang bakal ditawarkan kepada syarikat cari gali minyak antarabangsa akhir bulan ini terletak dalam wilayahnya. Menurut peta yang dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2009, dua daripada 15 blok itu terletak dalam kawasan yang turut dituntut oleh China. – AFP/AGENSI |
Korea Selatan silap tembak pesawat penumpang Posted: Korea Selatan silap tembak pesawat penumpangSEOUL 18 Jun - Tentera Korea Selatan melepaskan tembakan ke arah sebuah pesawat dari China yang membawa 119 penumpang selepas menyangka ia adalah jet pejuang Korea Utara. Kejadian awal pagi semalam itu berlaku ketika hubungan yang semakin tegang antara dua negara berjiran tersebut. Tentera Korea Selatan yang bertugas di pos kawalan di pulau Gyodong, kira-kira 1.7 kilometer dari pesisir pantai Korea Utara, melepaskan tembakan menggunakan senapang K-2 ke arah pesawat dari China itu yang terbang rendah ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul. Pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Korea Selatan, Asiana Airlines itu melakukan penerbangan menuju ke Incheon melintasi tenggara pulau Jumun, kira-kira 12 kilometer di selatan Gyodong. "Tembakan dilepaskan selama 10 minit, tetapi pesawat itu tidak mengalami sebarang kerosakan kerana tembakan tidak mengenai pesawat yang berada pada kedudukan agak jauh. "Tentera menyangka ia adalah jet pejuang Korea Utara sebaik pesawat itu terbang melintasi ruang udara pulau Jumun," lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pegawai tentera laut. Jurucakap tentera laut mengesahkan laporan tersebut, namun enggan memberi maklumat lanjut berhubung kejadian itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan