Utusan Online - Johor |
Karnival Kepak 2011 di Persada Posted: Karnival Kepak 2011 di PersadaJOHOR BAHRU 17 Jun - Kerajaan negeri akan menganjurkan Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) di sini selama empat hari bermula Khamis ini. Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan akhbar di sini hari ini memberitahu, karnival tersebut memberi pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan dan latihan kemahiran kepada orang ramai. Menurutnya, karnival itu merupakan program turun padang secara menyeluruh dan agresif yang membabitkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat. Sasaran utama program tersebut ialah isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 atau kumpulan pendapatan di bawah 40 peratus mengikut perangkaan sedia ada. Kepak juga menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan atau peluang perniagaan. Program tersebut juga memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk suri rumah, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas. Selepas ini, Kepak akan digerakkan ke seluruh negeri dan sasarannya adalah peluang-peluang pekerjaan di sekitar Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian. Akhbar Utusan Malaysia dilantik sebagai media rasmi program berkenaan. | ||
Harga sayur, ikan, ayam di Mersing naik Posted: Harga sayur, ikan, ayam di Mersing naik
MERSING 17 Jun - Kenaikan harga beberapa barang keperluan seperti sayur, ikan dan ayam di Pasar Awam Endau sejak kebelakangan ini bukan sahaja 'memeningkan' pengguna namun turut merisaukan peniaga. Ini kerana kenaikan harga itu turut memberi kesan kepada jumlah pelanggan dan pendapatan harian mereka. Seorang peniaga sayur, Azlina Tuganal, 41, memberitahu, harga sayur kailan sekilogram (kg) sebelum ini adalah RM5.50, namun kini naik kepada RM6 manakala cili turut meningkat dari RM5 kg kepada RM7. "Kenaikan harga ini menyebabkan jumlah pelanggan kurang dan jumlah peniaga sayur yang ramai di pasar ini juga memberi saingan sengit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Seorang lagi peniaga sayur, Fu Mooi, 24, pula memberitahu, dia akan mengambil sayur daripada pembekal di Johor Bahru tiga kali seminggu turut mendapati bekalan semakin berkurangan dan harga meningkat. "Sebelum ini tidak pernah terjadi seperti ini, tetapi kebelakangan ini ia bertambah teruk," katanya yang kini cuba mendapatkan bekalan sayur dari Kuantan, Pahang. Pekerja pasar, Awang Salleh, 58, turut risau dengan kehilangan pelanggan yang mungkin akan beralih ke tempat lain untuk mendapatkan barangan keperluan harian ekoran harga yang semakin meningkat. "Saya risau jika pelanggan beralih ke luar Mersing kerana di pasar Mersing juga mengalami situasi yang sama seperti di Endau," katanya. Peniaga kedai makan, Zaiton Osman, 47, juga kecewa kerana harga ayam melambung daripada RM7 kepada RM8.50 kg. Dia bimbang pelanggan tersalah tafsir dengan harga makanan yang berubah disebabkan harga ayam semakin mahal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan