Khamis, 2 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bayar cukai tanah dilanjut

Posted:

Bayar cukai tanah dilanjut

Bayar cukai tanah dilanjut

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 1 Jun - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan lanjutan tempoh kutipan pembayaran cukai tanah seluruh negeri ini sehingga penghujung bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, langkah itu bagi memberi kelonggaran kepada penduduk negeri ini yang masih belum menjelaskan bayaran cukai tersebut daripada didenda.

''Tarikh akhir pembayaran cukai tanah negeri ini telah tamat semalam, namun atas pertimbangan, pihak kerajaan negeri bersetuju untuk menawarkan lanjutan tempoh sebulan kepada pemilik tanah yang masih belum melangsaikannya.

''Saya berharap dengan kelonggaran ini pemilik tanah yang mungkin terlupa atau terlepas pandang dapat menunaikan kewajipan ini bagi mengelakkan dikenakan caj denda tambahan," katanya.

Mohamad berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan prestasi kutipan cukai tanah di seluruh negeri ini yang diperoleh sepanjang tempoh awal Januari sehingga hujung bulan lalu.

''Berpandukan statistik awal, sebanyak 80 peratus pemilik tanah sudah menjelaskan bayaran cukai ini dan selebihnya yang mewakili 20 peratus masih belum melangsaikannya.

''Jumlah keseluruhan kutipan masih belum dapat ditentukan lagi kerana masih ada lagi pejabat daerah yang belum menghantar laporannya," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

79 tong sampah komunal diedar di kawasan padat penduduk

Posted:

79 tong sampah komunal diedar di kawasan padat penduduk

79 tong sampah komunal diedar di kawasan padat penduduk


Siow Chen Pin (empat dari kiri) ketika melancarkan Program Penempatan Tong Komunal Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di Flat Templer, Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.


SEREMBAN 1 Jun - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) mengagihkan sebanyak 79 tong sampah komunal untuk ditempatkan di kawasan penduduk berkepadatan tinggi sekitar negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, pemberian tong komunal itu merupakan salah satu usaha Kerajaan Pusat untuk menyediakan kemudahan pelupusan sampah yang lebih baik dan teratur.

''Saya berharap penghuni kawasan yang menerima tong komunal ini akan dapat menggunakan kemudahan ini dengan betul serta bersikap lebih bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran.

''Setiap tong ini mempunyai kapasiti 1,100 liter dan akan ditempatkan di sekitar taman perumahan yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi," katanya ketika berucap pada program Penempatan Tong Komunal Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JSPN) di Flat Templer, Lobak, di sini hari ini.

Chen Pin berkata, penduduk memainkan peranan yang penting dalam memastikan kebersihan serta pengurusan sampah dapat dijalankan secara efisien dan cekap.

''Kita dapati ada yang hanya mencampakkan beg plastik sampah mereka dari dalam kereta atau ketika menunggang motosikal.

''Ini akan menyulitkan kerja-kerja pembersihan. Akhirnya, yang rugi adalah penduduk sendiri," katanya.

Chen Pin berkata, orang ramai perlu memasukkan sampah ke dalam beg plastik serta diikat kemas sebelum dibuangkan ke dalam tong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kem pengakap bertaraf dunia

Posted:

Kem pengakap bertaraf dunia

Kem pengakap bertaraf dunia

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 1 Jun - Sebuah kem pengakap bertaraf antarabangsa akan dibina dengan kos RM9 juta di kawasan Krubong di sini hujung tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia melibatkan kawasan seluas 12 hektar sebagai tambahan kepada Kem Pengakap negeri di Bukit Katil.

Menurutnya, pembinaan kem pengakap baru di Krubong itu apabila siap nanti mampu memuatkan seramai 100,000 orang pada satu-satu masa.

"Kem ini akan menyediakan tapak perkhemahan yang luas dengan bangunan pejabat bagi pertubuhan ini melaksanakan operasinya dan kita harap ia siap dibina pada penghujung tahun depan.

"Pada masa ini, pelan pembinaan bangunan dan infrastruktur bagi projek ini sudah diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan hanya menanti waktu untuk memulakan pembinaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kem Jambori Pengakap Kali Kelapan yang turut dihadiri Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh dan Pengerusi Majlis semalam.

Kata Mohd. Ali, lokasi tapak kem itu juga lebih sesuai kerana berhampiran dengan Stadium Hang Jebat berbanding lokasi awal yang dicadangkan sebelum ini iaitu di Merlimau.

Sementara itu Shafie berkata, pertubuhan itu bercadang menarik penyertaan lebih ramai ahli Parlimen khususnya di kalangan Jemaah Menteri dalam Kabinet bagi menganggotai Persekutuan Pengakap Malaysia.

"Kita sudah ada Persekutuan Pengakap Parlimen tapi tidak semua ahli Parlimen menjadi anggotanya walaupun kebanyakan mereka adalah bekas pengakap suatu masa dulu.

"Usaha menarik lebih ramai ahli di kalangan pemimpin ini adalah bagi membolehkan mereka terutama pemimpin muda negara memupuk semangat seterusnya menjadi pemimpin contoh yang dapat mentadbir negara dengan lebih aman," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved